Tuesday, January 2, 2018

Best kah sambung MASTER?


Well, jawapan kepada persoalan seperti topik yang kita nak bincang pada post kali ini, adalah BERGANTUNG.

Kali ni nak share sikit pengisian bagi mereka yang ada planning nak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Sarjana. Tapi mostly focus to Master by Coursework lah ye sebab ai ni buat by Coursework sebab by Research tak lepas. haha.
Okay, nanti kita tengok reason nya kenapa.

First of all, kita kena tahu Master ni ada 3 jenis mode yang korang boleh pilih iaitu by Research, Coursework dan Mix-mode.  In general, by Research, korang kena selalu pegi lab, dan hidup  korang banyak dengan appointment with your SV or co-SV if any. By Coursework, kena attend kelas, ada kuiz, test, presentation dan coursework ni pun BERGANTUNG jugak kepada lecturer yang mengajar korang.

Benefitnya untuk yang ambik by Reseach ni, korang boleh apply jadi GA (Graduate Assistant) kepada mana mana lecturer yang ada offer lah. Keja keja GA ni BERGANTUNG lah pada lecturer tu nak suruh korang jaga test students dia ke, tolong dia buat research ke, dan lagi lagilah. Dan setiap jam yang korang peruntukkan ni boleh di claim menjadi duit. So, basically, belajar sambil dapat duit. Sebab jadi student by Research, masa yang terluang sangatlah banyak aside of korang berkampung di lab untuk project korang dan adalah meeting sikit sikit dengan SV. 

Fokus artikel ni akan lebih diberikan untuk yang nak sambung di UTP ya. 


Untuk by Coursework, tiada peruntukan untuk jadi GA. Sebab konsep by Coursework ni macam kita belajar time degree dulu. Ada quiz, test, assignment, presentation dan semestinya semua ni ada. Kadang kadang lecturer yang terlebih sempoi, just banyakkan kuiz, assignments, test takde. Dependlah. haha
Dan benefit kalau kelas korang tu, student dia dua tiga kerat aje. Lagi senang lecturer nak fokus sorang sorang.  

Susah ke Master ni?

BERGANTUNG |

1) Course pilihan

Contoh, kalau korang pilih course yang sama time degree, so tak jadi masalah di situ. Tapi, kalau dulu contoh  time degree, course Syariah, and then terjun ke bidang Engineering, maka perlukan double triple quadruple usaha di situ  sebab fundamental langsung non hado. Tapi tetap tak menjadi kesalahan pun, suka hatilah nak pilih course apa pun sebab selection untuk admission bukanlah gred macam SPM or apa, but at the end of the day, it's all about moneylah. Got it? ;)

Apa yang ai cakap ai tak lepas tu adalah, UTP tak terima student yang takde basic and fundamental dalam course yang kita nak ambik especially bila pointer tak lepas 3 kah! Contoh, time degree, kita ambik course A, then master nak ambik by Research course B.  Bukan apa, nanti masalah pada korang jugak nak kena ke hulu ke hilir baru nak paham konsep study bagai.

2) Status | Bujang atau dah berkahwin

Yang bujang tiada halangan, tapi yang bujang dan ada komitmen itu lain ceritalah kecuali kalau korang pandai manage masa betul betul, then it's okay. Tapi untuk yang dah berkahwin tu, sila fikir empat belas juta  kuasa lima puluh ribu kali sebelum nak decide nak sambung. Lagi lagilah korang yang dah beranak tua tiga empat. Baik korang tu berstatus isteri mahupun suami. Persefahaman dan tolak ansur sangatlah dituntut time ni. Ini memerlukan kecekapan yang tertinggi dalam nak bahagi masa antara keluarga dan study korang. Ai memang respect untuk sesetengah di luar sana berjaya earned dorang punya Master with their family.  Memang kental neh. Salute! 

Selain tu, semangat yang kuat amat amatlah diperlukan sebab time Master ni korang akan banyak 'ALONE' time berbanding degree dulu, siap ada geng geng lagi kan. Mungkin dalam satu  hari korang akan menangis, fikir apa yang aku buat ni betul ke tak, then fikir balik niat asal kita nak sambung dulu sebab apa. Mintak pentunjuk Allah guide kita balik ke jalan yang betul. Apa apa pun korang akan banyak sedar time nilah banyak korang akan 'bercakap, bertanya, mengadu, menangis, meraung' dengan Tuhan. But, don't worry. Everything will be fine. Insya-Allah :)

Untuk yang berhasrat untuk pursue di UTP, ai alu alukan kedatangan you alls okay.