Friday, November 13, 2015

Tips Interview/ Temuduga

 
hai para jobseekers semua!
kali ini aku nak share tips tip interview dengan korang semua. 
*ketahuilah bahawa semasa entry ini ditulis, penulis pun masih mencari cari kerja baru. ohho!
selalunya yang menjadi keraguan para graduan adalah

SPEAKING ATAU CAKAP MELAYU SAJA? ROJAK BOLEH?

kena speaking omputih ke?
macam mana kalau english tak power?
tak boleh ke cakap rojak rojak?

well, what I can say, depends on that company and the interviewer. and the important point is that just be yourself! easy. 

based on pengalaman aku interview.

1) company oil and gas yang besar besar memang WAJIB speaking. apatah lagi kalau scope of work tu korang kena deal dengan client dari negara luar. 

2) company oil and gas yang kecik kecik (capacity around 50 ~ 100 people), depend jugak. kalau company tu fully bumiputera, insya Allah, BM aje. hihi

3) company construction/ building yang agak besar (~ 200 people) depend on the interviewer jugak.
p/s: interviewer siap tanya lagi, 

"awak lebih prefer cakap melayu atau speaking?"

wahh, cengang aku 12 saat. tapi pesan aku, better speaking sebab at least korang mencuba kan. berterabur takpe sebab yang paling penting CONFIDENT!

interviewer ni bukan nak tengok sangat korang speaking high level speaking MUET/ IELTS/ bahasa bombastik bagai. tapi CONFIDENT. kalau korang tak boleh nak tunjuk level confident tu, macam mana nak deal dengan client/ vendor tu semua nanti? 

BERAPA LEVEL INTERVIEW? TEST? ASSESSMENT?

korang amatlah bertuah kalau time korang pergi interview tu terus sekali dengan MANAGING DIRECTOR/ DIRECTOR atau seangkatan. itu bermaksud interview tu hanya sekali. time tu memang DIRECTOR/ MANAGING DIRECTOR akan terus nego gaji.

kalau interviewer tu hanyalah HR/ Supervisor, tu baru First level. sebab nanti kalau korang lulus First interviewer. korang akan diinterview (Second interview) oleh MANAGING DIRECTOR/ DIRECTOR atau seangkatan untuk bincang pasal gaji/ increment/ benefit kerja semua tu. 

dah lepas sampai Second interview tu bermaksud korang dah berjaya dahla. -..-

so far, 1 interview dengan company oil & gas yang ada test dengan assessment. tapi unfortunately I tak lepas untuk First interview tu. maklumla baru pertama kali no experience, taktau expected soalan macam mana. jawab kemain lagi hemtam. 

so, sesiapa yang ada experience untuk test/ assesment ni. bolehla share experience korang.

APA YANG KENA BAWAK MASA INTERVIEW?

1) bawak pencil box. isi penuh penuh pen, gunting, pisau, pemadam, pensil, double side tape. why double side tape? 

most of the interviews, korang dikehendaki mengisi borang dan tempek gambar passport. (NO candid!). untuk tampal gambar ni, aku lebih prefer double side tape instead of glue. nanti borang jadi lembik. so, kalau guna double side tape lebih kemas. tapi ikut suka korang lah nak mana mana pun. tu borang korang bukan aku. haha

2) bawak salinan gambar. lebih takpe, jangan kurang.

3) bawak salinan resume. lebih takpe, jangan kurang.

4) bawak semua certificate (ORIGINAL & COPY)

5) Slip gaji.

6) bawak diri & CONFIDENT. ^_^

attire ini amatlah TIDAK DIBENARKAN semasa interview apatah lagi membawa kuda masuk bersama anda.

SOALAN YANG SELALU DITANYA

now, it's time for the questions.

TELL ME ABOUT YOURSELF

soalan GENERAL/ bocor/ skema mestilah "Tell me about yourself"

soalan ni kira bonuslah untuk korang. korang dah boleh hafal dah siap siap kat rumah seminggu dua. then, boleh cakap dengan confident level yang tinggi sikit. tetapi AWAS!

kalau korang tak berapa power English, diingatkan jangan terlalu lancar sangat introduce diri tu. nanti untuk unexpected soalan yang korang memang tak ready/ tak tahu nak jawab, of course english korang akan tunggang langgang. they might have caught you! nampak sangat menghafal. but, who cares. haha

untuk soalan ni, korang boleh ceritakan sikit kerja korang yang sebelum ni macam mana, SHORT/ LONG TERM GOAL, CAREER OBJECTIVE.
kalau korang terus cakap pasal career objective, automatically korang dah cover soalan untuk "WHAT DO YOU SEE YOURSELF 5/ 10 YEARS FROM NOW.

STRENGTH/ WEAKNESSES

strength tu biasa tapi selalu interviewee akan trap untuk weaknesses.
untuk soalan ni, interviewer nak tengok usaha korang mengimprovekan weaknesses tu. that's it! contoh, korang boleh cakap camni.

"Sometimes I have trouble admitting to people that I'm not understanding something they want me to do or struggling with a certain task. I can be reluctant to ask others for help. This is something that I want to improve on and am taking steps by asking those people around me if I really need their helps."

ataupun

"My greater weakness that has caused me the greatest difficulty in school/ on the job is used to be delegation. In order to finish up my grouping task on time, I would take it upon myself to my group members' task that could be done by them instead. Once my friend told me that I was doing more works than the others, the good thing is they achieved the good results, but the disadvantages is that they will not learn anything since I did all the work. After that, I reevaluated on what I've done and realized on what my friend said to me."

WHAT DO YOU KNOW  ABOUT OUR COMPANY?

kebanyakan company memang akan tanya soalan ni. so, rajin rajinkan tangan bukak webpage dorang, tengok product apa dorang buat, scope kerja macam mana, client dorang siapa, latest award, event semua tu lah.

untuk soalan soalan berikutnya, aku terus bagi sample jawapan terus okay. contoh saja.

WHY SHOULD WE HIRE YOU/ WHAT CAN YOU DO FOR US THAT OTHER CANDIDATES CAN'T/ WHY DID YOU APPLY FOR THIS POSITION/ WHY DO YOU WANT THIS JOB/ WHAT DOES THE ROLE INTEREST YOU?

"I sincerely believe I'm the best person for the job. I realize there are many other candidates who have the ability to do this job but I also bring and additional quality that makes me the very best person for this job which is my experience that I gained from the previous company..."
(then, explain la job scope previous kerja korang macam mana)

ARE YOU PLANNING TO CONTINUE YOUR STUDY?

"I plan to continue my education for the rest of my life. In any engineering field, keeping up to date through continuing education is one of the utmost important. Continuing education can include on the job training, courses sponsored by the employee/ company, and courses taken in new technologies as they emerges. I plan to be not only a career employee but the career student as well so that I can be the best engineer I want to be. I can ensure you, however that any education I pursue will not interfere with my job or the company's policies."

WHAT'S YOUR EXPECTED SALARY/ WHAT SALARY RANGE DOES YOU LOOKING FOR?

"I'm more interested in the role itself than the pay. That said, I'd expect to be paid with the appropriate range for this role since it depends on experience. I'll sure your offer will be fair and commensurate with the value I can bring to the company."

ataupun

"I'm happy about the job offer and I'm very interested in the position. But considering today's high living cost, I'd like to be making around (state how much). Would that be possible?"

ARE YOU WILLING TO TRAVEL FOR WORK?

"I'm more than willing to travel. I understand the importance of going above and beyond the call of duty to satisfy the customer requests. I'm willing to make this commitment to do whatever it takes to develop that long-term relationships with the business or client. It is only through this relationship that loyalty can be maintained and financial gains and growth can occur for both the client and the company."

WHAT OTHER CAREERS HAVE YOU APPLIED FOR/ WHO ELSE HAVE YOU APPLIED TO/ GOT INTERVIEWS WITH?

"Finding the right position is obviously very important to me so I'm being rather thorough in my job search. I've been quite selective but I have identified a number of different jobs and organizations which fit my criteria and my applications for these vacancies have reached varying stages. However, this opportunity with yourselves remains my preferred choices - both because of the specifics of the role in question and because the organization itself is one I feel to be particularly appropriate to me."

so far, itu antara soalan soalan yang selalu ditanya. and I wish all the best luck for all the job seekers sekalian. semoga dapat kerja dan dipermudahkan segala! ^_^

Tuesday, November 10, 2015

Ceritanya Biasa Sahaja.

 
Currently 2.25 AM, MY. Lately, memang susah nak lelapkan mata. Too many things came through my mind. Important? atau saja saja buat penting. 

entah.

Sejak interview session 2 weeks ago, aku rasa macam makin paranoia. 
I'm thinking too much maybe.
maybe plus insomnia disorder sikit? 

pun entah.

me not all the time. hell yeah~

almost 2 weeks I'm still waiting. after all, what I can say, I just hate the uncertainty. that's it!

job hunting really turned me into a stress-hateful-crazy paranoia person. could all of those matters will lead me to PPD someday? Gila! 
sakit mental kau nanti. campur lagi sakit jiwa. 

overstress kah aku?
bila mata tak dapat pejam, mimpi tak dapat datang. 
rather than dok berangan angan'ing golek'ing kiri kanan atas katil, rajin betul aku memblogwalking di keheningan malam.

baca kisah kisah kehidupan orang sometimes sikit sebanyak kita dapat belajar dari life dorang. even kita tak kenal pon dorang tu siapa.
but, bila tengok kehidupan dorang macam happy je selalu, I keep wondering and wondering...

bestnya hidup dorang!
bestnya dah kerja hebat hebat!
bestnya dah kawin!

itu apa yang aku pandang. bukan yang aku rasa.
the reality in life could be vice versa and most of them, hell yeah!
ya, kita tak akan faham selagi kita sendiri tak rasa.

aku tak cakap yang bila dorang happy, dorang pura pura happy. 
cumanya ada sesetengah begitu.
ada yang happy je, tetapi dorang pandai sembunyikan masalah dari pengetahun umum.
in other words, they choose to be happy more than to keep hating other peoples' life.
respect!

sometimes there are something that will put me in over suspicious situation. 
like- 
kenapa aku tak tak dapat kerja macam dorang kerja?
dan dengan bantuan syaitonnirajiim tanpa disuruh, suspicious suspicious tu akan makin bertambah banyak dan semakin ke belakang kebelakang.
korang paham tak apa yang aku cuba katakan ni? sebab aku pun macam tak berapa nak paham apa yang aku tulis. haha!

mentang mentanglah depavali hari ni, cakap pun nak serupa kap lam ya nga sikit sikit. 
sikit ja.

macam aku cakap tadi, once that thought keep pondering through my mind-
kenapa aku tak boleh kerja macam dorang?

then aku akan mula relate kan dengan kehidupan aku yang kebelakang belakang lagi.
kenapa dulu aku tak performed leklok kat uni?
then, kenapa dulu aku bukan budak MRSM/ SBPI/ and etc.
then, kenapa dulu SPM aku tak berapa bagus.
dan bermacam macam then lagilah!

ha, tu ceghita dia.
 
aku ni jenis yang suka motivatekan diri sendiri in case aku tengah down gila gila, aku akan cuba sedaya upaya positifkan diri/ minda/ jiwa/ lahiriah/ batiniah/ dan banyak yah yah lagilah!
maka dengan itu, dipendekkan ceghita (pendek celah mana pun aku taktau), terjumpalah satu video ni yang sedikit sebanyak memberikan motivasi kat aku pepagi buta ni.

LAST DAY OF SCHOOL




based on essay SPM berjela aku tu nampak sangat macam aku jenis tak tahu nak bersyukur dan hargai apa yang aku dah ada sekarang. 

aku mungkin tak dapat kerja yang hebat hebat macam yang aku idamkan, tapi sekurangnya dulu parent aku masih mampu support aku untuk belajar. 
tapi ianya tidak pada Siew Fang.

after sekolah, aku tak perlu kerja part time teruk teruk sebab parent tak sesusah Siew Fang. malah Siew Fang siap kena tanggung adik beradik yang lain lagi. ayahnya yang sakit.

after all, segalanya letak pada HATI.
pandang dengan mata hati.  rasa dengan mata hati. nilai dengan mata hati.
kenapa masih mempersoalkan yang belakang sedangkan kita masih ada hari ini untuk dihargai demi dapat yang di depan yang lebih baik.

life is to short to wake up with regrets.
just love the people who treat you right and have compassion for the one's who don't.

kan?

Friday, November 6, 2015

Konspirasi Rothchild (Yahudi, Illuminati) terhadap MH370 dan MH17

 
Sehingga ke hari ini, Malaysia telah mempertuntukkan perbelanjaan sebanyak RM 322 juta dalam misi pencarian MH370 yang dikatakan 'hilang' sejak 4 Mac 2014 yang lalu. Walaupun Malaysia dan Autralia memujuk China untuk turut sama menyumbang dana dalam pencarian pesawat tersebut, China tetap enggan.

APA SEBENARNYA YANG BERLAKU PADA MH370?


Ada yang mengatakan MH370 tidak hilang seperti yang dilaporkan media tetapi sebenarnya telah dirampas oleh pasukan tentera udara U.S di bawah arahan Yahudi Israel. Dan semua ini sudahpun dirancang sejak awal lagi. Malahan semua tebusan pesawat tersebut telah ditawan dan diletakkan di penjara di Diego Garcia dan akhirnya dibunuh. Wallah 'alam.


Selang beberapa bulan kemudian, tersebar pula berita mengenai pesawat Malaysia MH17 yang terhempas di Ukraine dan pihak Rusia juga telah 'dituduh' dalam sesi serangan tersebut. Apa yang menariknya ada pihak yang telah membongkar agenda Yahudi ini dengan mendakwa pesawat yang ditembak jatuh di Kiev, Ukraine pada 17 Julai 2014 yang lalu adalah pesawat MH370 dan bukannya MH17.

KRONOLOGI BESERTA BUKTI


Menurut Jim Stone, bekas pekerja NSA (Agensi Keselamatan Antarabangsa), pesawat MH370 berkemungkinan telah dirampas oleh pesawat AWACS milik tentara udara U.S.
AEW&C (Airbone Early Warning and Control) merupakan sistem radar udara yang digunakan untuk mengesan pesawat, kapal mahupun sebarang kenderaan pada jarak yang jauh dan boleh dikawal sama ada di medan pertempuran mahupun di ruang udara dengan  hanya 'mengarahkannya' untuk bertempur dan menyerang pesawat/ kapal berkenaan. 
AWACS (Airbone Warning And Control System) pula merupakan salah satu sistem khas yang dipasang pada kerangka pesawat E-3 dan Boeing E-767 AEW&C Jepun.

Pasukan ketenteraan Malaysia mengesan pesawat ini dengan radar ketenteraan selepas ia dikatakan "hilang dari radar awam". Kata beliau lagi, radar dan transponder sebenarnya saling tiada kaitan di mana transponder langsung tidak diperlukan untuk dikesan oleh radar. Bermaksud, jika transponder tersebut ditutup, pesawat tersebut masih lagi boleh dikesan oleh radar.

Pesawat pesawat komersial seperti MH370 memang memerlukan transponder tetapi ianya tidak diperlukan oleh jet jet peribadi. Tujuan radar adalah untuk mengelakkan jet jet peribadi yang tiada transponder ini daripada berlanggar dengan pesawat pesawat komersial. Dan logiknya di sini, jika radar pun boleh mengesan jet pribadi yang tiada responder, sudah tentulah ia boleh mengesan pesawat pesawat komersial yang besar seperti MH370.

Dan seperti yang didakwa pesawat tersebut hanya dapat dikesan oleh radar ketenteraan tetapi tidak oleh radar awam. Kenyataan ini telah membongkar segala konspirasi rampasan pesawat MH370 ini.

RAMPASAN MH370 TELAH DIRANCANG OLEH JACOB ROTHCHILD


Siapa Rothchild?

Keluarga Rothchild merupakan pemilik seluruh bank dunia termasuklah Bank Negara Malaysia. Sehingga tahun 2011, hanya 3 buah negara sahaja yang bank negaranya tidak dimiliki oleh Rothchild iaitu Cuba, Korea Utara dan Iran. Rothchild juga merupakan Presiden Institusi Kajian Polisi Yahudi. Keluarga Rothchild juga merupakan ahli ahli kesatuan Illuminati dan hampir peperangan di seluruh dunia yang berlaku dikatakan berpunca dari keluarga ini.

Rothchild dikatakan telah merancang eksploitasi terhadap MH370 bertujuan untuk mendapatkan hak milik penuh 'Patent' pembuatan cip mikro ARM KL-03 untuk tujuan sistem radar ketenteraan (menggantikan versi mikrokontroller KL-02 yang lama) yang dihasilkan oleh pakar pakar jurutera yang bekerja di Freescale Semiconductor. Jurutera jurutera ini semuanya berasal dari Suzhou, China.

Di antara penumpang MH370, ada di antaranya merupakan jurutera jurutera tersebut dan yang lainnya bekerja dalam penghasilan cip di Tianjin, China dan juga Kuala Lumpur. Selain pekerja Freescale [(Austin) - 20 orang = 12 dari Malaysia, 8 dari China] antara lainnya adalah pakar pakar dari syarikat kontraktor teknologi komunikasi ketenteraan yang utama seperti China Telecom [Hualian Zhang], Business Machines Corp., Inernational Bunisess Machines (IBM), ZTE Group. (Li Yanlin), dan Huawei Technologies Co. (2 orang). Jumlah keseluruhan pakar pakar dalam bidang ketenteraan tersebut adalah seramai 26 orang.

Berikut merupakan 'Patent' yang di katakan menjadi rebutan Rothchild sehingga sanggup mengorbankan kesemua 239 penumpang pesawat MH370. 


Apa yang lebih mengejutkan, kesemua nama pemegang hak 'Patent' seperti yang tersenarai dalam 'Patent' US8650327 (di bawah) sebenarnya TIADA dalam nama senarai penumpang nahas pesawat tersebut.


Hak 'Patent' ini berada di bawah perkongsian 5 individu penting di mana setiap pemegang tersebut menguasai 20% royalti.

1. Peidong Wang (20%)
2. Zhijun Chen (20%)
3. Cheng Ying Zhijong (20%)
4. Li Ying Zhijong (20%)
5. Freescale Semiconductor (20%)


Apabila hak 'Patent' telah disahkan, maka pemegangnya boleh mengubah atau mewariskan hak royalti tersebut kepada pewarisnya. Jika salah seorang  pemegang 'Patent' terbunuh, maka 4 pemegang hak 'Patent' yang lain boleh membahagikan sama rata bahagina yang tinggal. Tetapi sekiranya 4 daripada 5 pemegang yang terbunuh/ hilang, maka semua hak 'Patent' akan menjadi hak mutlak kepada yang masih hidup.
Oleh sebab itulah, Rothchild mahu menguasai kesemua hak 'Patent' tersebut dengan rancangan membunuh keempat empat pemegang share yang lain.
Tetapi sekiranya hak tersebut masih belum disahkan, maka keadaan tersebut tidak boleh berlaku.

Semasa pesawat tersebut dikatakan hilang, 'Patent' tersebut masih belum disahkan.

4 hari selepas MH370 hilang, 'Petent' tersebut telah disahkan oleh U.S. dan royalti 'kononnya' dibahagikan kepada 5 pemegang hak 'Patent' seperti yang dipersetujui sebelum nahas pesawat. Salah satu pemegangnya sudah tentulah syarikat itu sendiri iaitu Freescale Smiconductor, Austin, Texas, USA. Selepas 'Patent' telah disahkan, Freescale terus melancarkan gajet baru yang kononnya milik asal mereka.
Siapa pemilik syarikat ini? Rothchild!
Sekarang, hak 'Patent' tersebut sudah menjadi hak mutlak Rothchild (100%)!

KRONOLOGI PESAWAT


Pada hari kejadian, pesawat MH370 dikatakan telah membuat "u-turn" dan kali terakhir dikesan di kawasan barat Malaysia dan akhirnya 'disahkan' kononnya terhempas di Lautan Hindi. Pesawat ini didakwa terbang rendah tetapi sebenarnya ia masih pada 29,500 kaki iaitu jauh lebih tinggi kedudukan yang diperlukan untuk sesebuah pesawat dikesan oleh radar. Semua ini direka bertujuan untuk menipu dengan mengatakan ianya hilang dari radar.


Cerita SEBETULNYA, selepas MH370 dirampas dan dikawal sepenuhnya oleh AWACS (milik U.S.), ia telah diterbangkan ke sebuah pulau terpencil, Diego Garcia. CNN mengakui perkara ini.  
Diego Garcia merupakan pusat tentera udara U.S. yang paling kuat yang terletak di Luatan Hindi. Ia menjadi tapak sokongan/ bantuan U.S. untuk hampir keseluruhan konflik yang berlaku di kawasan teluk dan di Afghanistan. Ia juga mempunyai sistem radar canggih dan lapangan yang luas untuk menyembunyikan pesawat pesawat besar. Staf yang mengawal di Diego Garcia hanya berkomunikasi menggunakan kod kod rahsia dan hanya menjadi pemerhati bagi pihak ketenteraan. Difahamkan ianya hanya mengambil masa 8 jam untuk sampai ke pulau tersebut (dari Malaysia).

 Pulau Diego Garcia

Kem ketenteraan milik U.S.

Selepas pesawat tersebut dikawal dan diterbangkan jauh ke arah Barat, AWACS berkemampuan untuk menyekat kedua dua radar awam dan ketenteraan, berkemungkinan mereka telah memasuki zon sesuai yang membolehkan mereka menyekat kedua-dua radar secara serentak. "Kehilangan" pesawat tersebut diakatakan masih pada ketinggian 29,500 kaki. 
Walaupun fungsi AWACS sebenarnya direka sebagai pengkalan radar, tetapi terdapat perbagai jenis pesawat AWACS yang digunakan untuk misi bersaskan signal radio seperti menyekat dan mengambil alih, dan semuanya mempunyai kubah antena yang sama.


Beberapa hari selepas kejadian, (19 Mac 2015) salah seorang tawanan pesawat, Philip Wood (pekerja IBM) telah menghantar satu imej menerusi Iphone 5 mengatakan dia dan tawanan lain sedang ditawan oleh tentera yang tidak dikenali dan kapal terbang mereka telah dirampas. Imej tersebut gelap kerana dia dipercayai dikurung di kawasan yang gelap.

 
Imej ORIGINAL yang dihantar Philip Wood

Save imej di atas di desktop anda > Right Click > Properties > Go to Details Tab
Anda dapat lihat koordinat sebenar gambar tersebut diambil seperti yang tertera di bawah.


Latitude: 7 18'58.309"S = -7.3161969 (in decimal degrees)
Longitude: 72 25'35.559"E = 72.4265442 (in decimal degrees)

Dan jika anda memasukkan koordinat tersebut ke Google Map,


Koordinat di atas menunjukkan lokasi sebenar Philip Wood tempat dia ditawan. Dan jika anda zoom ke bahagian sebelah kiri lokasi tersebut, anda akan dapat lihat kawasan lapangan pesawat.

Gambar tersebut dihantar bersama kapsyen:
"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly."
 
Sumber:

1) Conspiracy Club
2) Before Its News
3) APFN
4) Freedom Outpost
5)