Monday, November 10, 2014

Tiang Cahaya a.k.a Light Pillar

 
Time ni suhu dicatatkan adalah -25 darjah Celcius

Light pillar ataupun dipanggil tiang-tiang cahaya merupakan fenomena visual yang terhasil disebabkan pantulan cahaya daripada kristal-kristal ais di permukaan ufuk melintang yang kedudukannya selari. Cahaya tersebut boleh juga datang dari sumber seperti Matahari (selalunya pada permukaan ufuk yang rendah) atau selalunya dipanggil sebagai tiang mentari atau tiang solar. Dan cahaya tersebut boleh jugak datang dari Bulan mahupun lampu-lampu tepi jalan.

*haa..contohnya gini. tiang mentari or sun pillar. ingat abang Goku je mampu buat super saiya beliau?

Tiang-tiang cahaya merupakan sejenis fenomena optikal yang terhasil daripada pantulan cahaya matahari mahupun cahaya bulan oleh kristal-kristal ais yang terdapat di permukaan atmosfera Bumi. Tiang-tiang tersebut kelihatan seperti jalur-jalur halus yang memanhang secara menegak ke atas ataupun di bawah sumber cahaya. Paling ketara dan jelas kelihatan adalah pada ketika Matahari berada di ufuk senja. Adakalanya ia juga muncul daripada Bulan. 


 
*Lautan Pasifik berdekatan Pulau Hawaii 

 

 

Lebih menarik kalau ianya samulajadi berbanding man made light.

*Contoh Moon pillar [05/08/2011 - Door County, WI, USA]

1 comment:

  1. Subhanallah... cantik. saya baru tau sun pillar ni masa tengok detective conan hehe kalau tak memang taktau yang benda macam ni wujud :)

    ReplyDelete