Tuesday, April 7, 2015

Gelembung Ais yang Mudah Tebakar?

 
Tasik Abraham merupakan sebuah tasik buatan yang terletak di Sungai Saskatchewan Utara, barat Alberta, Kanada. Tasik ini dihasilkan pada tahun 1972, dengan pembinaan empangan Bighorn dan dinamakan sempena nama Silas Abraham, penduduk lembah Sungai Saskatchewan pada abad ke-19. Walaupun ianya hanyalah sebuah tasik buatan, tasik ini juga kelihatan bewarna biru seperti tasik-tasik glasier lain yang terletak di banjaran Rocky, yang mana ianya disebabkan oleh 'debu-debu batu kapur' yang terkandung dalam tasik glasier.



Gelembung-gelembung yang membeku di bawah permukaan Tasik Abraham kelihatan seperti butir-butir permata salju, tetapi awas anda mungkin tidak akan berada terlalu dekat pada gelembung-gelembung tersebut. Adakalanya ia dikenali sebagai buih-buih ais atau buih-buih beku. Gelembung tersebut sebenarnya merupakan 'bungkusan-bungkusan' gas metana iaitu sejenis gas yang mudah terbakar. Selalunya gas metana yang terlepas ke permukaan air tidaklah begitu berbahaya - tetapi apa yang dikatakan lebih berbahaya apabila anda cuba untuk menyalakan api di waktu gelembung-gelembung ini sedang meletup!


Kata seorang jurugambar, Fikret Onal yang turut menghuraikan fenomena ini: "Tanaman yang terdapat di dasar tasik tersebut yang menyumbang kepada penghasilan gas metana dan gas ini membeku apabila bergerak menghampiri kawasan permukaan tasik yang lebih sejuk dan akan membentuk susunan gelembung gas sebaik sahaja ke kawasan yang lebih sejuk dan sejuk terutamanya pada musim salji". Ketebalan lapisan ais yang menutupi permukaan tasik ini dianggarkan setebal 20-23 meter.

*photo by Chip Phillips

Gelembung gas metana akan terbentuk dalam air apabila bahan-bahan organik yang telah mati (tumbuhan dan haiwan) tenggelam ke dasar air dan dimakan oleh bakteria. Bakteria ini akan mengeluarkan gas metana selepas memakan bahan-bahan organik tersebut. Gas ini akan bertukar menjadi gumpalan putih apabila semakin menghampiri permukaan atas air.

 *photo by Chip Phillips

 
 *photo by galleryhip.com

Seperti yang kita sedia maklum, selain gas karbon dioksida, gas metana juga merupakan salah satu gas rumah hijau (berbahaya), dan memberi kesan 20 kali ganda kepada perubahan iklim. 

Dan terdapat banyak tasik gas metana beku seperti Tasik Abraham. Disebabkan hal ini, ianya sekaligus menyumbang kebimbangan terhadap para ahli ekologi terhadap tahap kepanasan planet ini, kerana jika lebih banyak dan banyak lagi gas metana terbebas ke udara, hal ini akan menyebabkan peningkatan terhadap perubahan iklim.

 *photo by galleryhip.com

 
 *photo by Chip Phillips

  *photo by Chip Phillips

 
 *photo by Chip Phillips

  *photo by Chip Phillips

Sumber: 1, 2, 3, 4

2 comments: