Tuesday, April 28, 2015

Melayu Ada Mannernya

 
heboh tentang isu Mawar Rashid dan GST.
jari jemari para netizen bergerak pantas menghentam. mengutuk. mencaci. mencerca. 
seronok menyebar berita especially issue yang boleh merendahkan. menjatuhkan maruah orang lain.
eh, hebatlah awak. 
eh. lupa. awak orang Melayu kan?
bukan orang Melayu ni kaya dengan adabnyakah?
kaya dengan budi bahasanyakah?
atau aku tersilap tafsir.
berkurun berabad sering dianggap kaum paling tinggi budi bahasa, kaya dengan adabnya.
itulah Melayu.
tapi tapi dan tapi
pabila suatu isu singgah di telinga. terhidang di depan mata,
walaupun kesalahan itu hanya sekecil cuma,

"bodohnya dia, macam tu nak jadi finalis dewi remaja"
"isu semasa kot, takkan tu pun tak alert"
"harapkan muka je, otak takda"
"inilah yang dikatakan beauty with no brain"

wahh!!
Melayunya awak.
kaum kamu lah yang katakan sebegitu?
tapi, tadi kamu tekankan kaum awak beradab berbudi tinggi.tapi sekarang kenapa mencaci?
itu sikap kaum kamu jugakah?

aku bukan Mawar Rashid.
aku bukan Ahmad Maslan.
aku hanya salah seorang netizen.
aku hanya salah seorang dari kaum Melayu.
salah seorang yang malu dengan sikap sesetangah orang Melayu.

 eh, takyahla kutuk dia lagi. sian dia
-------------------------------------------------------EPILOG--------------------------------------------------------
masih terngiang perbualan rakan sekerja lewat petang tadi.
ya, isu Mawar Rashid dan GST.
entah macam mana boleh muncul isu. sebut sahaja Dewi Remaja, maka namanya yang akan terkeluar.
rakan 1: mawar dewi ramaja tulah. takkan tak tahu kot.
rakan 2: yang tak tahu GST tu ke?
rakan 3: yang mengaku tak tahu GST tu ke?
rakan 1: alah, yang Dewi Remaja tu (sebolehnya tak mahu mengiyakan telahan rakan 1 dan rakan 2 yang bersungguh sungguh tekankan si Mawar yang tak tahu GST)
rakan 2: yang tak tahu GST tu lah kan? (diiringi senyum sinis disusuli ketawa)
berterus terusan rakan 2 dan rakan 3 condemn dengan menyatakan pelbagai alasan.
rakan 3: ala, korang kena paham, dia nerveous la tu. korang ni pun. tengok pun tahu kan. kesian dia.
#rakan 1 = lelaki, rakan 2 & rakan 3 = perempuan
aku bukan Mawar dan aku rasa,
tak perlu lah condemn dia. kita ni selalu sangat alert dengan bahan bahan yang boleh berterus terusan menjatuhkan orang lain. lagipun, dia dah mengaku silap dia tak alert bagai kan.
dalam isu ni, yang paling paling mengaibkan diri dia adalah orang yang menyebarkan video temu bual tu dengan caption "Mawar Rashid tak tahu GST". Motif?
kau sebarkan, kau malukan.letak caption yang bukan bukan, ingatlah, kita ada Tuhan. sampai mati pun kita masih ber-Tuhan. dan Dia Maha Adil kau tahu? =)

aku bukan saudara Mawar dan aku rasa,
kadang kadang dengan respons yang sentiasa nak menghentam orang lain apabila timbul sesuatu isu macam ni, akan membuatkan kaum kaum lain beranggapan yang negatif terhadap Melayu. 
especially, Melayu beragama ISLAM. 

"orang Melayu memang selalu macam ni ke?"
"tu kaum ku orang maa, yang kutuk marah marah sama itu amoi"

aku hanya salah seorang dari kaum Melayu, sama macam Mawar, macam netizen lain.
jujurnya,
at first baca caption "Mawar Rashid dihentam kerana Tak Tahu GST", aku pun seangkatan. segerombolan.

"harap muka je lawa, tapi, hmmm~"

tapi, tetapi, tapi,
lepas teliti, tengok, lihat, perhati video tu, aku paham.
yang aku pun pernah berada di tempat dia.
dan jikalau aku tak pernah berada di situasi dia sekali pun, 
aku tahu kalau aku condemn teruk teruk,
aku pasti Allah akan uji aku di situasi yang begitu.
awak nak tahu sebab apa?
sebab Allah tu Maha Adil. awak jugak tahu kan?
Allah uji dia untuk aku, untuk awak jugak.
dan aku pasti Allah jugak uji aku, untuk awak, untuk dia jugak.
paham? cuba jugak pahamkan. :P
#btw, adik Mawar, awak cantiklah kalau pakai tudung. =))
 
 

4 comments:

  1. perkara biasalah kalau orang cakap' beauty with no brain.' sinonim kot.

    ReplyDelete
  2. orang tu kurang ilmu sikit, beribu professor datang hentam.rilekslah.tegurlah elok elok

    http://kucenmaster.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. first impression saya, saya pun camtu sebab saya rasa (saya rasalah) mungkin sbb gaya dia. mungkin dia tkperlu cakap dia buat research dgn lawyer bagai. tp kalau saya kat tempat dia pun, saya nangis confirm ah ;_; satu lg, ni bukan penragai melayu ke apa bg saya, ni mindset dan juga lifestyle generasi alaf 21.. tp takut jugak sbb generasi nilah yg akan jadi pemimpin nnt ;_;

    ReplyDelete
  4. salam kenal ,betul cakap awak .Sekarang banyak orang melayu jatuhkan kaum sendiri tak tahu la apa yang dapat bila jatuhkan orang lain . jemput follow blog amy http://luahanfarhana.blogspot.com/

    ReplyDelete