Showing posts with label fenomena alam. Show all posts
Showing posts with label fenomena alam. Show all posts

Thursday, November 6, 2014

Mammatus Cloud

 
apa itu mammatus cloud?

 
*debushh! bagi setempek gambar.

Gambar kat atas tu dipanggil sebagai mammatus (sebut Ma-Ma-Tuss) ataupun mammatocumulus*muncungkan mulut juih ke depan untuk memberi kesan sebutan yang lebih efektif (bermaksud "awan mammary" atau awan payudara"). Term term tersebut merupakan term meteorologi yang digunakan untuk memberi maksud kepada bentuk bentuk yang tergantung pada dasar awan. Mammatus berasal dari bahasa Latin 'mamma' yang membawa maksud payudara ataupun 'udder' iaitu kantung susu seperti yang terdapat pada lembu atau kambing. 

*June 27, 2012 [somewhere around Canada]

Mammatus adalah contoh fenomena yang dikatakan awan tenggelam dalam udara dan jarang sekali berlaku. Walaupun nampak seperti menakutkan, tetapi awan mammatus tidaklah berbahaya dan bukan petanda bahawa puting beliung akan berlaku seperti mana yang disalah anggap sebelumnya. Sebaliknya awan mammatus akan terjadi sejurus selepas berlakunya puting beliung yang sangat dasyat.

 

Pergerakan gas-gas yang mempunyai kepekatan udara yang tinggi ke atas menuju ke puncak awan, menyebabkan hilangnya kesan momentum dan udara mula tersebar secara mendatar membentuk sebahagian dari awan berbentuk bongkah besi andas. Dan disebabkan kepekatan tinggi partikel partikel seperti kristal ais dan titisan air, udara yang tepu menjadi lebih berat daripada udara di sekeliling dan 'tenggelam' ke bawah ke arah permukaan Bumi. *pheww~ payah bebeno nau nak translate. lap peluh jap

 
*awan berbentuk andas 

Semakin 'tenggelam' atau ke bawahnya udara tersebut, suhunya akan semakin menigkat. Walau bagaimanapun, disebabkan tenaga haba diperlukan untuk melebur dan mengewapkan partikal partikal mendakan yang terkandung dalam udara 'tenggelam' [merujuk kepada kandungan udara dalam awan mammatus] tersebut, maka pergerakan udara yang turut menghasilkan haba dikatakan sudah cukup untuk mengewapkan partikal partikal mendapan. Sekiranya haba ini masih tidak mencukupi dan perlu lebih banyak tenaga, maka udara 'tenggelam' akan menjadi semakin sejuk dari suhu sekeliling dan sebagai akibatnya, awan mammatus akan semakin 'menurun' ke bawah.

 
 *bentuk awan yang berbentuk kantung sebenarnya merupakan 'kantung' udara yang dikatakan 'tenggelam' ke bawah

 
27/06/2012 - Selatan Saskatchewan sejurus selepas berlakunya puting beliung

Awan mammatus akan berada pada keadaannya dengan lebih lama jika udara tersebut mengandungi titisan air dan ais kristal yang lebih besar kerana lebih banyak tenaga diperlukan untuk proses pengewapan berlaku. 

 
*Colorado Springs - 06/06/2012 [Chandler Knop]

 
* June 2012 [photo by Brenda]

*setelah penat mengarang dengan menggunakan ilmu tatabahasa tinggi, terrus lapar!

Sumber: 1, 2, 3, 4

Monday, November 3, 2014

Snow Rollers


 

Snow roller atau disebut gulungan salji adalah fenomena meteorological yang jarang berlaku. Gulungan salji ini terbentuk apabila bebola salji besar terbentuk secara semula jadi membentuk ketulan dan ditiup oleh angin yang kuat di atas permukaan tanah. Ketulan ini dikatakan akan bergulung bersama sama dengan apa sahaja bahan yang berada di antara jalannya dan hasilnya akan menghasilkan gulungan yang besar. Gulungan salji yang terbentuk ini selalunya berbentuk silinder dan berlubang di bahagian tengah di mana lapisan inilah yang mula-mula terbentuk. Lapisan ini sangat nipis dan mudah lerai berbanding lapisan luar.
Setakat ini, gulungan salji paling besar direkodkan adalah berdiameter 61 cm.

 

Terdapat beberapa keadaan yang diperlukan untuk gulungan salji ini terbentuk;

- kawasan permukaan tanah haruslah dilitupi oleh lapisan ais di mana salji tidak akan melekat di atasnya
- lapisan ais tersebut haruslah dilitupi salji yang basah, salji mudah lerai dan tidak terlalu mudah ditiup oleh angin (Suhu Salji = 32 degree F)
- angin yang akan meniup salji mestilah kuat sesuai dengan keadaan untuk salji itu digulung, tetapi tidak terlalu laju sehingga gulungan salji itu tidak sempat digulung

Selalunya gulungan salji ini akan terbentuk di kawasan-kawasan berbukit mahupun bergunung-ganang.

 
 Gulungan salji di Camas, Prairie (March 31, 2009)

Kejadian ini kerap berlaku di kawasan Amerika Utara dan Utara Eropah dan yang paling terkini berlaku di Illinois pada 11 Februari, 2003.

 
Salji yang terbentuk di Petersburg seberat 5 pound = 2.3 kg

macam karpet pun ada (dari Giant Mountain, Republik Czech)

 
cool what this scenery~ blink2

 
jom kita lawan, sape lagi besau~ hoho


Sumber: 1, 2, 3, 4