Showing posts with label mudah. Show all posts
Showing posts with label mudah. Show all posts

Sunday, August 24, 2014

resepi #part1: ketupat sotong

Assalamu'alaikum

sempena masih dalam mood Syawal ni, masih sempat lagi sekiranya kalau aku nak share satu resepi iaitu ketupat sotong. bahan bahannya pun mudah saja.

mestilah ada sotong, beras pulut yang telah dicuci, lidi, santan dan garam.


Step 1
sotong mestilah dicuci dengan sebersih bersihnya.

Step 2
sumbatkan beras pulut yang telah dicuci ke dalam sotong tadi. jangan penuh penuh sangat. nanti melimpah keluar semasa proses merebus.

Step 3
dengan menggunakan lidi, cucuk di bahagian atas sotong untuk dibuat sebagai penutup. cucuk la macam mana pun asal tertutup sudah.

Step 4
rebus sotong dalam santan yang dimasukkan garam secukup rasa. rabus sampai isi ketupat masak. done!


dah siap! kan dah cakap tadi. mudah je.
boleh dimakan begitu sahaja atau bersama kari daging / ayam. selamat mencuba!

terima kasih sudi baca :)


Saturday, August 23, 2014

homemade #part 1: kad ucapan

Assalamu'alaikum

dalam mengisi masa lapang yang terbuang begitu saja di pagi Sabtu ni, meh aku share idea nak buat homemade kad ucapan yang simple lagi kiut miut ni.


ada 3 jenis pilihan yang boleh dibuat. semuanya lebih kurang sama sahaja.


antara barang yang diperlukan pun mudah dan simple je. kertas warna ikut pilihan korang nak kale apa. gunting, homemade flowers, hiasan mengikut citarasa. warnakan ikut kreativiti. dan double side-tape. aku jarang guna gam sebab nanti basah dan menghuduhkan kad aku. -__-



first step, tekapkan kelopak contoh dan tekapkan di mana mana side kertas yang korang rasa berkenan di hati. dan pastikan kelopak tu di tekap sehingga ke hujung sisi kertas dan dilakar separuh sahaja. gambar di atas, aku tandakan dengan line hitam.

buat straight line dari sebahagian kelopak bunga yang korang tekap tadi. berdasarkan gambar di atas, kita akan buang side tepi di kedua dua bahagian.

then, dengan menggunakan double side-tape, bolehla korang tampalkan homemade bunga di atas kelopak yang baru dilakar sebentar tadi.

untuk kad bewarna pink dan kuning, lakaran seperti di bawah.



untuk melipat kad (lihat kad merah sebagai contoh), gulungkan dahulu kad tersebut sehingga bertemu kedua dua kelopak bunga kecik dan besar. satu sebagai penutup side luar, satu lagi side dalam. dan bila dah berpuas hati, bolehla dikemaskan bahagian kedua dua sisi kad tersebut seperti gambar kat bawah ni.

siap untuk bahagian luar, dan untuk bahagian dalam, korang boleh hiaskan mengikut citarasa sendiri. sebagai contoh seperti di bawah.
 

ikut kreativiti masing masing la ye. di bawah ni ada lagi contoh contoh kad bervariasi warna mengikut kombinasi warna yang aku rasa menarik la. berkenan kat hati aku. bukan korang. haha


kiut miut kan kan? macam aku cakap tadi. macam tuan belog ini jugak. 
selamat mencuba kalau rasa berminat.

terima kasih sudi baca :) ciao~