Showing posts with label ramyun halal. Show all posts
Showing posts with label ramyun halal. Show all posts

Saturday, August 22, 2015

Kekenyalan NONGSHIM Shin Ramyun yang Sungguh Lazat!

 
Hari tu tengok iklan kat GoShop teringin la kata nak makan ramyun orang korea tu. Apa lah rasanya. Macam lazat je kan.That's why lah bila i nak melahap apa apa je, i tengok variety show dorang yang ada bab makan makan. konfem cepat je 3-4 pinggan nasi. haha itu nipu.
 
So, i pun try la selinap selinap kat Giant kot kot ada. Memang rezeki lah. Harganya agak mahal berbanding megi megi lain lain sebab saiznya yang agak besar. 


Tadaaa~
 
 
Setakat ni i jumpa 2 jenis ni je yang halal. Shin Ramyun Shrimp Flavor dan Shin Ramyun Noodle Soup. Untuk those yang elerjik udang tu, better NOT to try the left one. Bau perencah dia sudah cukup untuk meggatalkan muka anda! haha.
 
tapi, overall rasanya memang sedap~ kandungan mi sangat kenyal dan datang dengan porsi yang sangat banyak. macam untuk 2 orang makan.
 
 
Ada 2 jenis seasoning iaitu rempah dan jugak sayur. yang macam rempah tu memang bau udang kepalnya so so so kuat.
 
 
Kalau nak masak buat macam megi goreng pun boleh.
 
 
Atau masak ramyun ni macam biasa. sedap~ tapi yang tak suka makan bersama urat megi yang terlalu besar, jangan masak terlalu lama okay. sebab memang urat mi dia memang besar. 
 
 
Nampak lazat kan lazat kan lazat kan? i memang pandai deco deco instant food neh. rasanya wallahu a'lam. haha bye.