Thursday, May 21, 2015

HADIS: Bolehkah Bercakap Ketika Azan Sedang Berkumandang?

 
Hari ni mood nak bertukar kepada ustazah kejap. Apa salah kalau share ilmu kan. Kalau salah, mohon ditegur dan diperbetulkan. Bukankah kita sesama Islam perlu saling menegur kan. :)

Berkenaan sebuah hadis yang mengatakan kita tidak boleh bercakap cakap ketika azan sedang berkumandang. Adakah ianya hadis SAHIH, DHA'IF ataupun MAUDHU' (PALSU)?

Perlu diingatkan bahawa entry yang ditulis ini adalah berdasarkan beberapa rujukan yang telah dibuat.
Antara hadis yang selalu digunakan adalah:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampiri."

1) Biro Agama Islam Kubi (18/June/2011)

Hadis ini adalah TIDAK SAHIH (sama ada DHA'IF atau PALSU) kerana ianya tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitb matan hadis dan takhrij, dan juga bertentangan dengan dalil-dalil SAHIH yang menyebut bahawa Baginda SAW dan para sahabat pernah bercakap cakap ketika azan berkumandang.

Hukum bercakap cakap ketika azan

Terdapat perselisihan pendapat antara para fuqaha (ahli fiqh). Antaranya:

A) Dibolehkan dan Tiada Masalah
Pendapat dari al-Hasan, al-Awzaie, al-Bukhari dan lain-lain.

B) Makruh TETAPI dibolehkan jika untuk maslahah (memelihara tujuan syarak).
Pendapat berkenaan MAKRUH: Ibn Sirin, al-Sya'bi, Abu Hanifah, Malik, al-Thauri, Syafie. Namun sebahagian daripada mereka juga berpendapat jika percakapan tersebut untuk maslahah seperti menjawab salam/ menjawab bersin/ menyuruh kebaikan mencegah kemungkaran, ialah dibolehkan.

C) Makruh ketika Iqamah dan Tidak Makruh ketika Azan
Pendapat ini daripada Imam Ahmad.

Berdasarkan semua pendapat yang dijelaskan di atas, maka pendapat A) adalah yang terpilih kerana tiada dalil yang jelas mengatakan ianya dilarang.

Akan tetapi, demi menghormati azan, apa salahnya jikalau kita diam. :)

2) corat coret kehidupan (4/Oktober/2013)

Seperti yang kita sedia maklum, agama Islam adalah agama yang menyeluruh, bukannya agama ancaman atau ugutan.

Menurut blog ini, salah satu ciri ciri hadis palsu atau dha'if ialah apabila ianya memberikan ancaman yang besar atas suatu kesalahan yang kecil. 

Di sini kita dapat lihat menerusi hadis yang dinyatakan di atas berbaur seperti ancaman yang berat sekiranya kita bercakap cakap apabila muazzin sedang  melaungkan azan.

Dan dapat disimpulkan bahawa hadis ini adalah hadis DHA'IF ataupun MAUDHU'.

3. Hasif Anuar (22/December/2012)

Ini adalah hadis Maudhu' (Palsu). Ini hanyalah kata kata orang tua yang tergolong dalam kategori targheeb dan tarheeb (menggalakkan atau mencegah). 

Wallahu'alam. Semoga Bermanfaat.
 

No comments:

Post a Comment