Showing posts with label Liebster Award. Show all posts
Showing posts with label Liebster Award. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Liebster Award [3rd Tagged]

 
Liebster Award kali ketiga ditagged oleh feycasnowie. terima kasih diucapkan. thehehe~
antara soalan yang ditanya,

1) gambar yang buat korang gelak.
takda la gambar yang boleh digelakkan. haha~

2) lagu yang buat korang tersenyum
If I Let You Go - Westlife

3) quote yang dapat mengembalikan semangat bila down
kadang kadang kita perlu membiarkan sebuah persoalan itu kekal menjadi persoalan tanpa jawapan. kerana kita sendiri tidak pasti sama ada kita memerlukan jawapan itu sekarang ataupun di kemudian hari. dan adakah kita sudah bersedia menerimanya sebagai jawapan.

4) 3 list utama dalam wish list sekarang.
nak keja, nak ada rumah sendiri, nak ada kereta sendiri.

5) 3 drama/movie yang terbaru yang telah/ sedang tontoni.
tak ada la. sebab tak minat tengok tv. hihi

6) 3 cara melupakan seseorang yang sangat bermakna dalam hidup korang.
i - sibukkan diri dengan kerja
ii - tengok family outing or running man
iii - baca buku motivasi

7) 3 perkara yang dilakukan bila berdepan semula dengan ex secara sengaja or tak.
erm, takda ex..so, tak buleh na jawab soalan ni. hakhak

8) 5 list brand facial pernah pakai
L'Oreal Paris Hydrafresh (4 tahun), then Clinelle (kulit bertambah teruk/berminyak), then Thursday Plantation (takda kesan), then Bodyy Shop - Tea Tree (pakai sekejap je), now i comsume Clinique. totally ohsem!

9) kenapa baik / berkesan (refer to Clinique)
kulit muka bertambah sekata. tak menggelupas lagi. (tapi pemakanan tetap kena jaga. awas!)

10) komen tentang cik Fifie Feyca.
erm, comel kot. haha

11) apa yang perlu ditambah baik dalam blog fifie.
xda apa dah kot. semua okay. :)

dan bawah ni question to my Liebsters pulak.
1) dalam sehari, berapa jam korang habiskan masa untuk online?
2) siaran ASTRO fevret korang.
3) perkara yang membuatkan korang marah tahap gaban.
4) sikap negative yang ingin korang buang tapi masih belum berjaya lagi.
5) handphone pilihan korang. mana lebih best. android/ iphone/ 3310?
6) makanan yang paling korang teringin nak makan time hujan lebat. haha
7) selalu mengidam nak makan fast food, western food or masakan kampung?
8) masakan kampung paling sedap bagi korang.
9) permainan zaman kanan kanak yang paling korang suka main.
10) surat cinta pertama pernah korang tulis. umur berapa tu? haha
11) suka makan kat gerai gerai tepi jalan atau prefer restoran?

insan bertuah yang ditagged~
siapa siapa rasa nak jawab, silalah. sila tagged diri sendiri ya. hihihii

Monday, September 22, 2014

Liebster Award [2nd Tagged!]

 
okay, ini kali kedua ditagged untuk Liebster Award. kali ni dari aqneey. thanks ya ^___^
takmo cerita panjang apa itu Liebster Award. untuk tahu lebih lanjut boleh refer Entry ni.
 
 
antara soalan yang perlu aku jawab untuk kali ini,

1) Pendapat tentang diri sendiri, cantik, cute or?
aku rasa aku hot, dan cun, dan menawan, dan segak. hmmm
 
2)  Rancangan tv fevret.
The Big Bang Theory (series), Fringe (series), Family Outing (variety show), Running Man (variety show).

3) saya sengih memanjang sampai nampak gigi geraham, susu, dan semua gigi yang ada. ^_______^

4) selepas makan sebiji gula gula di kawasan tiada tong sampah.
lipat plastik gula gula tersebut, masuk dalam beg atau poket seluar.

5) apa yang akan terfikir jika diberi botol kosong.
terfikir: nak buat apa botol ni? haha!

6) barang perhiasan yang paling disayangi. mengapa.
tiada koleksi barang hiasan. maaf. hehe.
 
7) semasa typing, tengok keyboard or tak.
kadang kadang ya, kadang tak. bergantung.
 
8) huruf paling banyak dalam entry.
i kot. rasanyalah. tak sempat nak ngecheck~
 
9) kenapa bukak akaun fb?
sebab dipaksa classmate. dia kata kuno sebab takda fb acc. then, after grad, delete balik. haha.
 
10) makanan paling expert masak.
asam pedas dan sambal
 
11) being my Liebster friend? 
of course you can!~
 
okay. penat perah otak mikir nak jawab. now, its my turn. sini ada 11 soklan pulak yang bakal dijawab oleh insan bertuah pilihan nanti. 
 
hukum nak menjawab, ikut korang lah. tiada paksaan. sekadar main suka suka jah okay~
 
1) maksud matang dari sudut pandangan anda.
2) pada usia berapakah anda rasakan itulah merupakan keputusan terpenting/ terbesar pernah anda lakukan dalam hidup anda? adakah anda rasa ianya melibatkan soal kematangan dalam hidup/ diri anda?
3) pada usia berapakah anda pernah melakukan perbuatan yang anda rasakan tidak sepatutnya anda lakukan dan berhasrat tidak akan mengulanginya lagi?
4) sesuatu peristiwa yang anda kesali dalam hidup anda, adakah anda sering mempersoalkan mengapa ianya terjadi dalam hidup anda? apakah perasaan anda ketika itu?
5) memaafkan kesalahan orang yang pernah mengkhianati anda. adakah ianya merupakan salah satu cabaran terbesar bagi diri anda?
6) adakah anda pernah mempertikaikan keputusan yang dilakukan ibu bapa anda meskipun ianya nampak pahit dan sukar di mata anda?
7) penghargaan/ pemberian bermakna pernah anda berikan kepada ibu bapa anda.
8) apakah pengorbanan terbesar pernah anda lakukan untuk kawan baik anda. adakah ianya sesuatu yang berbaloi?
9) penghijrahan terpenting dalam hidup anda. adakah ianya sesuatu yang memberikan kepuasan kepada hidup anda atau sebaliknya? 
10) pernahkah anda mensia-siakan usaha/ pengorbanan ikhlas dari orang yang anda sayang kerana anda merasakan usaha/ pengorbanan yang dilakukannya itu adalah sesuatu yang tidak perlu? terangkan perasaan anda ketika itu.
11) adakah anda merasakan semua orang selayaknya diberi peluang kedua dalam apa jua situasi permasalahan/ perhubungan?

antara yang ditagged.
9) chea94

okay. sangat sangat penat bw untuk cari insan bertuah. sudi sudikan diri untuk menjawab jika sudi. kehkehkeh~  
 

Wednesday, September 10, 2014

Liebster Award

 

Aku telah di tagged oleh Khairina. thanks a lot :)

Apa itu Liebster Award?

The Liebster Award is nominated to blogger whose followers are lower than 500. Well, look like I fit in this category very well. Then blogger who being nominated this award has to follow the rules given. Those are:
  • Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  • answer the 11 questions asked.
  • nominate 11 other bloggers with smaller follwers but with lots of potential.
  • create 11 of your own questions for them to answer.
  • notify your nominee.

11 soalan yang dikemukakan oleh Khairina,

1) Serangga/haiwan yang dibenci. mengapa.
Ulat atau apa apa serangga yang seangkatan dengan ulat. molluscs jugak. sebab species ni lembik.

2) Bila tak ada kerja, biasanya buat apa selain update blog.
Cikgu tuisyen tanpa bayar, mengelamun, main dengan kucing, halau ayam jiran yang bertandang ke rumah tanpa diundang.

3) Macam mana boleh terjebak dengan dunia blog and bila start blogging.
Sebab bosan taktau nak buat apa, buat blog boleh merapu apa saja. start blog bulan 8 taon 2014.

4) Tempat yang paling nak pergi.
Kawasan pergunungan yang ada padang luas macam Nordic mountains.


5) Kenangan paling bengap dalam hidup.
belajar naik moto. langgar pagar rumah orang sampai runtuh pagar tersebut. (ianya pagar batang buluh sahaja. no shock. no shock)

6) Tangan kidal atau kanan.
Kidal. forever.

7) Hobi selain berblogging.
Membaca. Berangan bila boleh kahwin dengan kerabat diraja.

8) Pendapat tentang blog sendiri.
Sumpah lawa. dan cun. dan hot. erm..

9) Cerita kartun yang paling diminati sampai sekarang.
Tomatoman. tapi la ni dah takdak. :'(

10) Suka baca novel atau tak.
Kadang kadang depend on genre. mostly novel Zaharah Muhammad.

11) Pendapat tentang blog Khairina.
Comel dan kemas.

now, my turn pulak nak tag 11 orang. nak join silakan. tkanak pun takpe. kita main suka suka jah.

1) schazjohari
2) maizatulnadia
3) weena ridzwan
4) hanimfara
5) erlizacikal
6) feycasnowie
7) cikna136 
8) farishaizza 
9) pengemudamerahjambu 
10) mashimaroo2994 
11) firzanahazhar1 

11 soalan yang perlu korang jawab. jika sudi.

1) subjek yang paling tidak diminati di sekolah. kenapa?
2) johnny depp atau matt damon? kenapa?
3) angelina jolie atau sandra bullock? kenapa?
4) kalau diberi satu peluang, benda apa yang ingin diubah terhadap Malaysia?
5) korang anak ke berapa. adakah korang seorang yang degil? atau super degil?
6) perdana menteri yang paling berjaya bawak perubahan terhadap Malaysia. korang rasa?
7) kalau diberi peluang kawin dengan anak raja nak tak? bagi 3 sebab.
8) movie pilihan. bergenre horror atau thriller atau romatik?
9) pendapat jujur korang tentang movie melayu. berbaloi tak berebut beli tiket untuk ke wayang?
10) makan adalah hobi utama korang. betul atau tak?
11) antara 7 orang ahli utama Runningman, siapa korang paling suka? sebab?

okay. itu saja. penat fikir. penat naip. bye.