Perasan tak dalam tahun ni je banyak musibah yang menimpa negara kita. Mungkin ni adalah petanda Allah nak bagi pada kita semua yang masih dok lalai bergebang sana sini kejar dunia lupa diri kan. mungkin sudah sampai masa kita banyak banyak la mengingat Tuhan sebelum terlambat.
berbalik kepada main point kita, salah satu musibah yang paling mendapat perhatian dunia adalah tragedi kehilangan pesawat MH370. sampai sekarang masih belum ada khabar berita lagi. sama samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka.
di bawah ni ada satu artikel yang aku terbaca dari webpage myhubonline pasal pesawat MH370. jom layan~
Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.
berbalik kepada main point kita, salah satu musibah yang paling mendapat perhatian dunia adalah tragedi kehilangan pesawat MH370. sampai sekarang masih belum ada khabar berita lagi. sama samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka.
di bawah ni ada satu artikel yang aku terbaca dari webpage myhubonline pasal pesawat MH370. jom layan~
Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.
Kalau orang lain memang saya akan
menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari
darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka
saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam
3:10 pagi.
Lapar pulak perut saya bila sampai
di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di
restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi,
kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus
lena sebaik saja kepala menghempas bantal.
Sebelum tidur, memang saya selalu
bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah,
kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau
tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……
Saya melihat 2 pesawat terbang di
udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil
berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang
yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat
saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu
adalah pesawat persendirian.
Kedua-dua kapal itu terbang rendah
di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya
kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya
membahaya untuk didiami..
Saya kemudian diperlihatkan suasana
yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat
masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya
berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan
pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari
simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil
ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk
tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.
Saya berjalan menuju ke ruang
kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya
berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng
kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah
kedua-dua juruterbang tersebut.
Tiba-tiba, saya rasakan kapal
terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas
pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan.
Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil
membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.
“You don’t ever try to change the
route. There are no chance to turn back to your country. We control
everything, we knew what you done inside”
Pemandangan saya ditarik keluar dari
luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat
kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya.
Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan
yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.
Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.
Pesawat yang satu lagi melencongkan
arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati
kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air
pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan
air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.
Saya tidak tahu apa yang berlaku
pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat
kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya
memikirkan mimpi yang dialami.
Saya berharap itu semua hanyalah
mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370
masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin.
- USTAZ DARUL MANZIL
this article was fully copied from mymediahubonline
No comments:
Post a Comment