Monday, November 10, 2014

Tiang Cahaya a.k.a Light Pillar

 
Time ni suhu dicatatkan adalah -25 darjah Celcius

Light pillar ataupun dipanggil tiang-tiang cahaya merupakan fenomena visual yang terhasil disebabkan pantulan cahaya daripada kristal-kristal ais di permukaan ufuk melintang yang kedudukannya selari. Cahaya tersebut boleh juga datang dari sumber seperti Matahari (selalunya pada permukaan ufuk yang rendah) atau selalunya dipanggil sebagai tiang mentari atau tiang solar. Dan cahaya tersebut boleh jugak datang dari Bulan mahupun lampu-lampu tepi jalan.

*haa..contohnya gini. tiang mentari or sun pillar. ingat abang Goku je mampu buat super saiya beliau?

Tiang-tiang cahaya merupakan sejenis fenomena optikal yang terhasil daripada pantulan cahaya matahari mahupun cahaya bulan oleh kristal-kristal ais yang terdapat di permukaan atmosfera Bumi. Tiang-tiang tersebut kelihatan seperti jalur-jalur halus yang memanhang secara menegak ke atas ataupun di bawah sumber cahaya. Paling ketara dan jelas kelihatan adalah pada ketika Matahari berada di ufuk senja. Adakalanya ia juga muncul daripada Bulan. 


 
*Lautan Pasifik berdekatan Pulau Hawaii 

 

 

Lebih menarik kalau ianya samulajadi berbanding man made light.

*Contoh Moon pillar [05/08/2011 - Door County, WI, USA]

Friday, November 7, 2014

Buah Epal

 
Assalamu'alaikum

suka buah epal cam kite tak? kite, kite suke makan epal. *sambil kelip2 mata

ok. ayat ngengada di situ. entri kali ni aku nak share tentang fakta2 buah epal. sebab apa? sebab aku suka makan buah epal. sebab apa suka makan buah epal? sebab buah epal wangi. sebab apa buah epal wangi? ok. dah.

* urgh! crazy to apple that much. nak merah je. kerana hijau itu masam.
  • Epal ni berasal dari Famili Rose. bukan mak bapak dia nama Rose. tapi dari keluarga yang seangkatan dengan bunga rose @ mawar.
  • kalau korang tanam pokok epal, korang kena pastikan dia produce cukup 50 or lebih daun untuk hasilkan sebijik je buah epal sebab sekurang-kurangnya tenaga yang diperlukan untuk pokok untuk keluarkan sebijik epal adalah dari 50 helai daunnya. tu belum kira dengan daun2 yang dah dimakan ulat or yang dah gugur.
  • Epal boleh didapati dalam 3 warna - merah, hijau, kuning.
 *epal kuning
  • epal akan masak ranum 6 ke 10 kali dengan lebih cepat bila letak dalam peti sejuk. T = 35-40 Celcius dan kelembapan udara 80-90%. *tudiaa ayat enjinia dah keluaq dah
  •  bunga epal (Pyrus coronaria) adalah bunga rasmi Ankansas dan Michingan.
 *bunga epal - Pyrus coronaria
  • buah epal merupakan buah rasmi Rhode Island, New York, Washington, dan West Virginia.
  • buah epal mengandungi kira2 80 kalori dan merupakan sumber fiber pectin. sebiji epal mengandungi 5 gram fiber.
  • 2500 jenis epal ditanam di kawasan Amerika Syarikat, 7500 jenis ditanam seluruh dunia dan ditanam secara komersial di 36 buah negara di seluruh dunia.
  • kajian sains mengenai penanaman epal dipanggil Pomologi.
  • untuk hasilkan sebijik epal yang pertama kalinya pun ambil masa 4 hingga ke 5 tahun. *beli je la senang.
  •  ada 2 cara pembiakan epal: grafting dan budding.
 *grafting
  • pokok epal mula ditemui di kawasan antara Laut Caspian dan Laut Hitam.
  • epal yang paling berat penah direkod adalah seberat 1,849 kg pada 24/10/2005. 
 *Chisato raised Iwasaki (Chisato Iwasaki) for its apple farm in the town of Hirosaki (Hirosaki), Japan.

  •  bunga epal masa mula2 putik tu warna pink, then lama2 pudar ke warna putih.
  • sesetengah pokok epal boleh tumbuh setinggi 40 kaki dan hidup melebihi 100 tahun.
  •  negara pengeluar utama epal adalah China, US, Turkey, Poland dan Itali.
  •  Epal jenis "Lady" atau "Api" merupakan jenis buah epal yang paling tua berbanding jenis epal yang lain. 
 *epal jenis "Lady" atau "Api"
  • Nursery pertama untuk merawat buah epal pertama kalinya dibuka pada 1730 di Flushing, New York.
  •  pokok epal paling lama hidup direkod di US adalah dari tahun 1647-1866.
  • kulit epal sahaja mengandungi 2/3 fiber dan kaya dengan antioksida. antioksida membantu memusnahkan sel2 merbahaya yang boleh mendatangkan penyakit.
  •  epal yang paling banyak ditanam di US adalah jenis "Red Delicious".

 *"Red Delicious"
  • lepas dipetik, kebanyakan epal akan diletak lilin kat kulit luar dia tuh. lilin ni diperbuat dari bahan2 semulajadi.
  • US ada hari special untuk buah epal ni iaitu Hari Epal Kebangsaan. hamboih kau~
 Jenis2 epal

 Royal Gala

Jonathan

Bonza

Golden Delicious

Granny Smith

Fuji

Pink Lady

Sundowner

Lady Williams

ok. dahlah. penat dah taip.
 

Thursday, November 6, 2014

Mammatus Cloud

 
apa itu mammatus cloud?

 
*debushh! bagi setempek gambar.

Gambar kat atas tu dipanggil sebagai mammatus (sebut Ma-Ma-Tuss) ataupun mammatocumulus*muncungkan mulut juih ke depan untuk memberi kesan sebutan yang lebih efektif (bermaksud "awan mammary" atau awan payudara"). Term term tersebut merupakan term meteorologi yang digunakan untuk memberi maksud kepada bentuk bentuk yang tergantung pada dasar awan. Mammatus berasal dari bahasa Latin 'mamma' yang membawa maksud payudara ataupun 'udder' iaitu kantung susu seperti yang terdapat pada lembu atau kambing. 

*June 27, 2012 [somewhere around Canada]

Mammatus adalah contoh fenomena yang dikatakan awan tenggelam dalam udara dan jarang sekali berlaku. Walaupun nampak seperti menakutkan, tetapi awan mammatus tidaklah berbahaya dan bukan petanda bahawa puting beliung akan berlaku seperti mana yang disalah anggap sebelumnya. Sebaliknya awan mammatus akan terjadi sejurus selepas berlakunya puting beliung yang sangat dasyat.

 

Pergerakan gas-gas yang mempunyai kepekatan udara yang tinggi ke atas menuju ke puncak awan, menyebabkan hilangnya kesan momentum dan udara mula tersebar secara mendatar membentuk sebahagian dari awan berbentuk bongkah besi andas. Dan disebabkan kepekatan tinggi partikel partikel seperti kristal ais dan titisan air, udara yang tepu menjadi lebih berat daripada udara di sekeliling dan 'tenggelam' ke bawah ke arah permukaan Bumi. *pheww~ payah bebeno nau nak translate. lap peluh jap

 
*awan berbentuk andas 

Semakin 'tenggelam' atau ke bawahnya udara tersebut, suhunya akan semakin menigkat. Walau bagaimanapun, disebabkan tenaga haba diperlukan untuk melebur dan mengewapkan partikal partikal mendakan yang terkandung dalam udara 'tenggelam' [merujuk kepada kandungan udara dalam awan mammatus] tersebut, maka pergerakan udara yang turut menghasilkan haba dikatakan sudah cukup untuk mengewapkan partikal partikal mendapan. Sekiranya haba ini masih tidak mencukupi dan perlu lebih banyak tenaga, maka udara 'tenggelam' akan menjadi semakin sejuk dari suhu sekeliling dan sebagai akibatnya, awan mammatus akan semakin 'menurun' ke bawah.

 
 *bentuk awan yang berbentuk kantung sebenarnya merupakan 'kantung' udara yang dikatakan 'tenggelam' ke bawah

 
27/06/2012 - Selatan Saskatchewan sejurus selepas berlakunya puting beliung

Awan mammatus akan berada pada keadaannya dengan lebih lama jika udara tersebut mengandungi titisan air dan ais kristal yang lebih besar kerana lebih banyak tenaga diperlukan untuk proses pengewapan berlaku. 

 
*Colorado Springs - 06/06/2012 [Chandler Knop]

 
* June 2012 [photo by Brenda]

*setelah penat mengarang dengan menggunakan ilmu tatabahasa tinggi, terrus lapar!

Sumber: 1, 2, 3, 4

Tuesday, November 4, 2014

Rekaan Jepun yang Super Craziest

harini nak share info tentang rekaan2 yang orang jepun cipta. maklumla jepun ni segala benda dia nak reka. sampai buang air pun robot yang tolong basuhkan. punya la cipta. efeknya manusia pakat malas nak begerak. kurang exercise, makan ja banyak, badan makin berisi. pastu serba serbi penyakit datang tanpa diundang. pastu mati. oh, sungguh sadis!

ok dah2 merepek.jom layan~

1) pengering kuku

 * ha, sape yang polish2 kuku tu, nak cepat kering. pakai je bende ni. sebelah kanan tu pam angin

2) Butter Stick Type

dah lambat nak g keje? takut tertinggal bas sekolah? sumbat sahaja butter stick ni dalam poket. mudah dibawa kemana mana. takde la nanti tengok orang angkut pinggan butter merata rata kan ;p

2) payung yang boleh tadah air hujan

 air yang ditadah tu boleh digunakan untuk keperluan tertentu. tapi cam takdek efek je kat user. basah jugak!

4. topeng liptisk

sape2 yang jenis aggressive time pakai lipstick tu, buleh la dapatkan di pasaran yang terdekat sekarang. *hoho

5. fake footstep

 yang ni boleh rotate 180 digri

6. kipas nak sejukkan makanan

 sesuai dihadiahkan pada sape2 yang jenis aggressive bab makan macam aku ni. kemain kau, tak nyempat2 nuggu sejuk :3

7. spek khas untuk pakai eyedrop

 manja sunggoh laa..yang ni pun nak cipta [=..=']

 8. payung yang sangat amazing

 konfem tak basah. konfem takleh benyawa.

9. meter mengunyah

 ok. yang ni aku pun tak paham kenapa ia dicipta di muka bumi ni. next!

10. jari khas untuk gosok gigi

 ni sesuai untuk yang pesyen malas nak pegang berus gigi. kalau nak kale wana wani pun ada.

 ha pilih jangan tak pilih

11. helmet yang cool

ok, helmet ni sangat ohsem untuk yang jenis sukaaa sangat tido dalam keta/bas/teksi sampai tehantok hantok pale kat cermin tuh. terbaik! ada notis board siap dengan pelocok siap yaw~

enaf2 lah entri untuk kali ni. diingatkan aku bukanlah promoter yang berbayar atau tak berbayar untuk semua produk2 kat atas. sekadar berkongsi saja. kalau bekenan nak beli, p la melancong jepun sana hohohokey~ ;p

-thanks 4 dropping by n bubbye-