Friday, November 7, 2014

Buah Epal

 
Assalamu'alaikum

suka buah epal cam kite tak? kite, kite suke makan epal. *sambil kelip2 mata

ok. ayat ngengada di situ. entri kali ni aku nak share tentang fakta2 buah epal. sebab apa? sebab aku suka makan buah epal. sebab apa suka makan buah epal? sebab buah epal wangi. sebab apa buah epal wangi? ok. dah.

* urgh! crazy to apple that much. nak merah je. kerana hijau itu masam.
  • Epal ni berasal dari Famili Rose. bukan mak bapak dia nama Rose. tapi dari keluarga yang seangkatan dengan bunga rose @ mawar.
  • kalau korang tanam pokok epal, korang kena pastikan dia produce cukup 50 or lebih daun untuk hasilkan sebijik je buah epal sebab sekurang-kurangnya tenaga yang diperlukan untuk pokok untuk keluarkan sebijik epal adalah dari 50 helai daunnya. tu belum kira dengan daun2 yang dah dimakan ulat or yang dah gugur.
  • Epal boleh didapati dalam 3 warna - merah, hijau, kuning.
 *epal kuning
  • epal akan masak ranum 6 ke 10 kali dengan lebih cepat bila letak dalam peti sejuk. T = 35-40 Celcius dan kelembapan udara 80-90%. *tudiaa ayat enjinia dah keluaq dah
  •  bunga epal (Pyrus coronaria) adalah bunga rasmi Ankansas dan Michingan.
 *bunga epal - Pyrus coronaria
  • buah epal merupakan buah rasmi Rhode Island, New York, Washington, dan West Virginia.
  • buah epal mengandungi kira2 80 kalori dan merupakan sumber fiber pectin. sebiji epal mengandungi 5 gram fiber.
  • 2500 jenis epal ditanam di kawasan Amerika Syarikat, 7500 jenis ditanam seluruh dunia dan ditanam secara komersial di 36 buah negara di seluruh dunia.
  • kajian sains mengenai penanaman epal dipanggil Pomologi.
  • untuk hasilkan sebijik epal yang pertama kalinya pun ambil masa 4 hingga ke 5 tahun. *beli je la senang.
  •  ada 2 cara pembiakan epal: grafting dan budding.
 *grafting
  • pokok epal mula ditemui di kawasan antara Laut Caspian dan Laut Hitam.
  • epal yang paling berat penah direkod adalah seberat 1,849 kg pada 24/10/2005. 
 *Chisato raised Iwasaki (Chisato Iwasaki) for its apple farm in the town of Hirosaki (Hirosaki), Japan.

  •  bunga epal masa mula2 putik tu warna pink, then lama2 pudar ke warna putih.
  • sesetengah pokok epal boleh tumbuh setinggi 40 kaki dan hidup melebihi 100 tahun.
  •  negara pengeluar utama epal adalah China, US, Turkey, Poland dan Itali.
  •  Epal jenis "Lady" atau "Api" merupakan jenis buah epal yang paling tua berbanding jenis epal yang lain. 
 *epal jenis "Lady" atau "Api"
  • Nursery pertama untuk merawat buah epal pertama kalinya dibuka pada 1730 di Flushing, New York.
  •  pokok epal paling lama hidup direkod di US adalah dari tahun 1647-1866.
  • kulit epal sahaja mengandungi 2/3 fiber dan kaya dengan antioksida. antioksida membantu memusnahkan sel2 merbahaya yang boleh mendatangkan penyakit.
  •  epal yang paling banyak ditanam di US adalah jenis "Red Delicious".

 *"Red Delicious"
  • lepas dipetik, kebanyakan epal akan diletak lilin kat kulit luar dia tuh. lilin ni diperbuat dari bahan2 semulajadi.
  • US ada hari special untuk buah epal ni iaitu Hari Epal Kebangsaan. hamboih kau~
 Jenis2 epal

 Royal Gala

Jonathan

Bonza

Golden Delicious

Granny Smith

Fuji

Pink Lady

Sundowner

Lady Williams

ok. dahlah. penat dah taip.
 

No comments:

Post a Comment