Monday, April 6, 2015

Pokok Berbatang Pelangi (Eucalyptus deglupta)

 
Pokok berbatang pelangi (Eucalyptus deglupta) sejenis pokok berkayu tinggi dan adakalanya dipanggil 'eucalyptus pelangi', 'getah Mindanao' atau 'getah pelangi'.


Tumbuhan ini banyak tumbuh di kawasan Hemisfera Utara seperti Britain, New Guinea, Seram, Sulawesi, dan Mindanao. Ia dipercayai berasal dari negara Filipina. Selain itu, ia juga dikatakan tumbuh di Brazil, Congo, Costa Rica, Cote d'Ivoire, Cuba, Fiji, Honduras, Malaysia, Puerto Rico, Samoa, Pulau Solomon, Sri Lanka, Taiwan dan wilayah China. 'Getah Mindanao' mula diperkenalkan di Hawaii pada tahun 1929 untuk penanaman semula di kawasan Taman Botani Wahiawa dan sekarang tumbuhan ini sudah banyak di tanam hampir keseluruhan pulau Hawaii. 

Antara daya tarikan utama pokok ini adalah kulit pokoknya yang mempunyai warna yang unik dan menonjol. Mempunyai struktur kulit yang licin di bahagian luar kulit dan warnanya berubah-ubah pada setiap tahun, iaitu bahagian dalam kulit pokok akan bewarna hijau terang pada usia mudanya.

Bahagian dalam kulit bewarna hijau pada mulanya.
*photo by Chad Podoski 

Warna ini akan semakin gelap dan lebih matang dan berubah tona warna kepada biru, ungu, oren dan juga merah gelap apabila tibanya musim panas.

 
*photo by Chris Heald

 
Ketinggian pokok ini boleh mencecah ketinggian sehinggaa 61 meter tinggi dan 1.8 meter lebar. Kegunaannya adalah sama seperti pokok-pokok berkayu yang lain di mana penanamannya adalah bertujuan untuk menghasilkan kertas. Malah pokok ini merupakan species utama di negara Filipina untuk tujuan penghasilan pulpa kayu.

 *photo by Allpe Engineering and Environment.

Mempunyai struktur daun yang agak lebar dan kekal bewarna hijau sepanjang tahun. Selain di tanam untuk tujuan penghasilan kertas, pokok ini juga ditanam untuk tujuan hiasan dalam taman disebabkan struktur warnanya yang menarik. Salah satu tempat yang dikatakan sesuai/ menarik untuk melihat pemandangan pokok ini adalah di sekitar kawasan jalan/ lebuh raya di bandar Hana, daerah Maui, Hawaii, Amerika Syarikat.

 *photo by libero

Pokok ini diakatakan sangat menyukai cahaya matahari dan tidak tumbuh di kawasan yang bermusim kering sebaliknya lebih banyak tumbuh di kawasan yang menerima hujan sepanjang tahun atau bulan (melebihi 150 mm). Tetapi bukan di kawasan yang terlalu menerima air yang banyak seperti keadaan banjir, dan ia juga amat sensitif terhadap api/ kebakaran.  Disebabkan itulah ia banyak di tanam di kawasan tropika sederhana lembap. Suhu yang dikatakan sesuai untuk tumbuhan ini adalah di antara 3 - 31ºC.

Proses 'pengelupasan' kulit pokok.
*photo by juicyfunpark

Dan apabila selepas hujan, kulit pokok ini kelihatan lebih berkilat.

 *photo by Christopher Martin Photography via frimminjimbits.

Pokok ini turut menghasilkan bunga yang cantik manakala biji benihnya dikatakan lebih halus daripada seekor semut. 


 
Eucalyptus deglupta turut menghasilkan bunga seakan akan bunga jambu.

 

 *photo by Holly Ladd, Amusing Planet, Christopher Martin Photography.

Sumber: 1, 2, 3
 

5 comments:

  1. @Nabila Syifa:

    terima kasih sudi singgah sini :)

    ReplyDelete
  2. cantik sangat :) thanks for sharing, tak tahu pulak ada pokok mcm ni

    ReplyDelete
  3. @Mialia Amelia:

    u'r most welcome :) thanks sebab sudi kunjung blog ni..

    ReplyDelete