Thursday, August 13, 2015

Letupan Kuat di Tianjin, China

 
Satu letupan kuat telah berlaku di bandar ke-4 terbesar China, iaitu Tianjin dan terletak kira-kira 150 km dari Beijing. Dikatakan berlaku pada 12/08/2015 jam 10.50 waktu tempatan (China). Terminal kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar di bandar tersebut dilaporkan meletup dan menyebabkan ramai orang cedera. Menurut satu sumber, seramai 400 orang dilaporkan cedera dan menurut The Daily Mirror menyatakan lebih dari 1000 orang mengalami kecederaan.

sumber: William Locke
 
Pusat Jaringan Gempa Bumi China melaporkan dalam microblog Weibonya, bahawa letupan itu berlaku sebanyak 2 kali dan letupan kali kedua adalah yang paling besar. Letupan pertama - bahan mudah terbakar, manakala letupan kedua - minyak/ gas. Gegaran turut dirasai sehingga jarak 10 km.


Dan tinjauan daripada Matt Simon dari CCTV America melaporkan seperti di bawah,



Sumber dari BBC News, berikut merupakan keadaan bandar tersebut di siang harinya.


 



Setakat ini dilaporkan 17 orang terbunuh dan ratusan yang lainnya cedera.

 

No comments:

Post a Comment