Assalamu'alaikum
seronok ke bagi nasihat? kadang kadang nasihat ni akan keluar secara spontan apabila muncul keadaan tertentu macam ada sahabat yang datang meluahkan masalah dorang kan. kita yang sebagai pendengar adakala perlu berfikir terlebih dahulu apakah nasihat yang sebetulnya yang perlu diberikan kepada sahabat kita tersebut. mana tahu kan, tersilap cakap nanti, makin terbeban lagi masalah dorang. jom try usya kot kot apa yang aku merapu kat bawah ni dapat membantu korang dalam memberi nasihat yang lebih efficient bak kata orang tua tua. !_!
1) Dengar secara terperinci keseluruhan cerita.
Step ni memang amat penting la untuk kita tahu siapa watak utama, pembantu, antagonis, baik jahat sesuatu cerita. Kita kena tahu duduk pangkal kawan kita. Dan bagi respons apabila perlu sahaja. Jangan overreact. Angguk geleng bila perlu. Jangan dok terhangguk hangguk 24 jam. Nampak sangat sarcastic di situ. Dan paling penting adalah eye contact apabila kita sedang mendengar luahan dorang.
2) Beri sokongan apabila perlu dan bergantung kepada keadaan.
Ini juga penting dan bukan bererti kita bertindak sebagai batu api untuk mengeruhkan lagi keadaan. Teliti emosi kawan kita sama ada tengah marah, sedih, gembira atau excited ke. Let's say dia tengah marah kan, biar dia hambur puas puas apa yang terbuku di hati. Jangan menyampuk atau kata apa apa lagi. Dan yang penting jangan cuba sebelahkan pihak lawan dengan condemn kawan kita pulak. Ini bahaya. Serius bahaya.
3) Beri nasihat yang lebih bernas dan lebih professional.
Then bila keadaan dah kembali tenang, barulah kita perlu memberi nasihat yang lebih professional dan ke arah lebih menjernihkan keadaan. Dan untuk kali ini, bolehlah kita cuba untuk sebelahkan pulak pihak lawan.
Contohnya seperti:
"Mungkin dia lupa kot / tak ingat kot."
"Mungkin dia jenis yang tak tahu mintak maaf / berterima kasih."
"Mungkin dia ada masalah dengan buah hati dia kot / emo dengan kawan dia ke..."
"Mungkin dia ada penyakit kronik kot, mana tahu usia dia dah tak lama lagi ke. Kau maafkanlah dia."
3a) Sebagai tuan penasihat yang professional, kita perlulah nasihat secara ikhlas. IKHLAS.
Jangan menghambur dengan memaki hamun dengan mengutuk habis habisan pihak yang berlawanan dengan kawan kita sebab kita perlu ingat yang kita hanya mendengar cerita di sebelah pihak sahaja iaitu dari kawan kita. Kita masih belum mendengar dari sebelah pihak lagi. Kita perlu medalami masalah tersebut tetapi jangan terlalu emo memberi nasihat. Perlu bersederhana. Itu lebih baik.
3b) Menasihati jangan sampai dipengaruhi masa silam / kenangan pahit.
3c) Jangan cuba mengubah perangai seseorang.
Kita perlu ingat bahawa kita menasihati yang terbaik dan jangan sesekali cuba mengubah sikap / perangai kawan kita. Doakanlah yang terbaik untuk dia supaya semuanya kembali baik seperti sediakala.
Selalunya orang yang banyak bagi nasihat ni adalah mereka yang dah banyak melalui rintangan hidup dan memiliki pengalaman dalam menghadapi masalah tersebut. Nak bagi nasihat memang mudah tetapi bagi nasihat secara bernas bukan mudah. Sesorang tu perlu banyak membaca, paling kurang pun pernah merasai sendiri situasi tersebut.
Important Sidenote: Kadang kadang Allah hanya ingin menguji kita sebagai seorang sahabat dengan melihat bagaimana cara kita menghadapi kawan kita yang sedang mempunyai masalah, cara kita beri nasihat, handle / settle masalah tersebut. Kerana apa? Kerana insya-Allah, mana tahu Allah akan menguji kita dengan masalah sama seperti kawan kita tersebut. Sekurang kurangnya kita sudah ada pengalaman dalam nak hadapinya kan?
So, dengan sedikit coretan kemerapuan ni kalau ada yang rasa berguna dipersilakanlah..
Terima kasih sudi baca :)
No comments:
Post a Comment