Thursday, September 11, 2014

apabila Laut Baltic dan Laut Utara bertemu.

 

ok, pernah tengok kejadian 2 laut bertemu macam kat bawah ni?

 
Laut Baltik dan Laut Utara yang bertemu tetapi airnya tidak bercampur

Tempat titik pertemuan ini dinamakan Grenen dan terletak di Skegen, Denmark. Nama Grenen diperoleh hasil daripada bentuknya yang seakan-akan cabang pokok ["gren" dalam bahasa Danish] Menurut kajian sains, dua laut ini tidak bercampur disebabkan oleh perbezaan ketumpatan yang sangat ketara di antaranya. 

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

| Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya |
[Surah ar-Rahman: ayat 19-20]

 
*pic courtesy: 1

Laut Utara merupakan sempadan bagi Lautan Atlantik - di antara Scandinavia United Kingdom, Germany, Netherlands, Belgium dan Perancis. Manakala Laut Baltik merupakan laut jenis Mediterranean [air yang lebih payau rasanya] pada bahagian Denmark yang lainnya iaitu Eropah Utara - dikelilingi Semenanjung Scandinavian, tanah besar Eropah dan Pulau Danish.

 
*pic courtesy: LUUUX

Air dari Laut Baltik lebih segar berbanding air di dasarnya. Manakala air Laut Utara yang datang dari Selat Danish adalah lebih masin. Disebabkan perbezaan ketumpatan di antara kedua jenis air inilah menyebabkan dua laut ini tidak bercampur.  

*pic courtesy: Boydom.com

| Atau siapakah yang telah menjadikan Bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui |
[Surah an-Naml: ayat 61]


Dan fenomena yang berikutnya adalah Tasik di dasar air. Kedengaran pelik tetapi ia memang benar.

*pic courtesy:Anatoly Beloshchin

Kedalaman tasik ini lebih dari 650 kaki di bawah permukaan Teluk Mexico [GoM]. Dikatakan di luar kawasan Semenanjung Yucatán, GoM terdapat lebih banyak tasik air masin di dasarnya. Air dari tasik-tasik tersebut mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi dan termendap di dasarnya. Kubah garam yang paling menonjol di kawasan teluk tersebut adalah di Pulau Avery. 

  *mendapan garam yang terbentuk di dasar tasik

 
*pic courtesy:Anatoly Beloshchin

Dikatakan air dari tasik ini lebih masin dan berketumpatan tinggi berbanding air masin yang mengelilinginya dan menyebabkan ia termendap ke dasar dan membentuk sebuah tasik garam. Tasik tersebut mengandungi bahan kimia hidrogen sulfide yang lebih berat dari air.

 
*pic courtesy:Anatoly Beloshchin

| Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi |
[Surah al-Furqan: ayat 53]

 
*pic courtesy:Anatoly Beloshchin

 
 *pic courtesy:Anatoly Beloshchin

 
*kupang yang terdapat di sekitar tasik


Menariknya, kupang ini dikatakan boleh menukarkan kandungan garam yang tinggi kepada gas metana yang boleh dijadikan sumber tenaga. Kupang-kupang ini mengandungi bakteria yang dikenali sebagai Chemoautotrophs: organisma yang menghasilkan tenaga daripada proses Chemosynthesis. Menarik bukan?

Sumber: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
 
 
 

No comments:

Post a Comment