penah tengok gambar bawah ni yang lagi ohsem dan super cool and fantastic?
cantik kan cantik kan~
ok.
fenomena kat atas di sebut Electric Neon Blue Waters. memang betul betul
wujud dan bukan template movie Avatar. sapa sapa nak tengok lebih jelas,
boleh la ajak famili ke Pulau Vaadhoo, Maldives. pantai pantai kat Maldives
memang ohsem ohsem belaka.
kenapa biru?
warna biru yang terhasil adalah disebabkan sejenis alga Noctiluca scintillans yang terdapat dalam air laut tersebut.
Noctiluca scintillans
Protozoa
ini juga dikenali sebagai Sea Sparkle dan tergolong di dalam jenis
organisma yang boleh mengeluarkan cahaya. Noctiluca merupakan species
dinoflagellate yang tidak bertoksik dan turut menyumbangkan sumber
makanan kepada alga dan species ikan yang lain. Species dinoflagellate
ini juga dikatakan mempunyai enzim yang apabila ianya bertindak balas
dengan oksigen akan menghasilkan cahaya.
Sea Sparkle
Noctiluca
scintillans yang bewarna merah jambu terang akan menyebabkan kawasan
yang didiaminya mempunyai warna yang sama tetapi uniknya protozoa ini
akan bertukar biru bergemerlapan setibanya waktu malam kerana berlakunya
tindak balas dengan oksigen dan terdapatnya gangguan seperti ombak dan
kuasa elektrik juga merupakan salah satu faktor untuk protozoa ini
bercahaya.
apabila
air laut bercampur dengan oksigen, menyebabkan bakteria bioluminescent
untuk bersinar. terdapat banyak organisma organisma di dalam laut yang bercahaya
terutama yang tinggal di kawasan dasar laut yang dalam di mana kawasan
tersebut tidak dapat ditembusi cahaya matahari.
setibanya
waktu malam, pantai ni akan mula bercahaya disebabkan alga alga Noctiluca
scintillans yang turut dikenali sebagai 'red tide'. 'Red tide' akan
menukar keseluruhan pesisir pantai kepada warna merah pekat di siang
hari.
Red tide
Pada
waktu malam, sejenis mikroskopik plankton [dynoflagellates] akan
bertambah dan plankton ni akan bercahaya apabila terdapatnya gangguan
elektrik mahupun ombak.
lagi gambar menarik Electric Neon Blue Waters
sekian untuk entry kali ni. penat ngarang ayat skema*sambil lap peluh
No comments:
Post a Comment