Friday, September 12, 2014

Foxfire si api pari pari

 
 
Foxfire, atau adakalanya dikenali sebagai 'api pari pari' merupakan  sinar cahaya yang dihasilkan oleh sejenis species fungi yang terdapat pada kayu-kayu reput. Cahaya hijau yang terhasil adalah disebabkan oleh luciferine yang bertindak balas dengan oksigen untuk menukarkan tenaga kimia kepada tenaga cahaya. Terdapat beberapa jenis fungi yang dapat mengeluarkan cahaya hijau ini seperti Panellus stipticus, honey mushroom (Armillaria mellea) dan Jack o'lantern mushroom (Omphalotus illudens). Antara nama lain untuk Foxfire adalah 'Cold Fire', 'Will-o-the-wisp', dan 'Faerie Fire'.

 
Panellus stipticus

Armillaria mellea

 
 Omphalotus illudens

ni kalau aku masak nanti bila makan gamak2 bersinar sinar tak perut aku? jimat sket bateri torchlight.

Terdapat 30 hingga 40 jenis fungi bercahaya di serata dunia. Species yang selalunya dilihat di kawasan Chicago Wilderness adalah disebabkan oleh mycelium yang terdapat di dalam honey mushroom. Mycelium merupakan sejenis kumpulan hyphae yang tumbuh di atas dalam tanah dan di dalam kayu reput mahupun lubang-lubang terbiar. Manakala bahagian cendawan (fruiting body) pula di atas tanah. Apabila mycelium ini mengeluarkan cahaya, ia seolah olah kayu yag didiami janis cendawan tersebut yang bercahaya.

 
Struktur cendawan yang mempunyai mycelium

 
Batang kayu reput yang didiami cendawan yang mempunyai mycelium

Jenis cendawan Jack o'lantern mushroom disebabkan oleh insang cendawan yang terdapat di bahagian fruiting body. Kebaikan jenis cendawan ini adalah dalam membantu menyimpan semula kandungan nutrient di dalam tanah. Tetapi cendawan ini tidak boleh dimakan kerana boleh menyebabkan masalah berkaitan perut dan juga usus.

 
 Species Jack o'lantern mushroom

Antara species lain yang turut menghasilkan cahaya

 
 Mycena chlorophos (Mycena chlorophanos)

 
Pleurotus nidiformis (Ghost Fungus)

 
Glow-in-the Dark Mushroom Habitat Kit
*hebat kau siap ade jual lagi kat market~

Sumber: 1, 2, 3, 4, 5

No comments:

Post a Comment