Saturday, September 13, 2014

Green Lake Austria si tasik hijau yang ohsem.


 
*cantik tak cantik tak?

Lokasi gambar ini adalah di Tasik Hijau (Grüner See - Green Lake), Austria. Cantik kan? Nampak macam penyelam tu berenang kat atas udara. Tapi sebenarnya itu memang persekitaran sebenar sebuah tasik yang dinamakan Tasik Hijau. Tasik Hijau terletak di Tragoes, Styria, di kaki gunung Hochschwab dan berdekatan dengan bandar Tragöß. Tasik ini dikelilingi hutan dan Gunung Hochschwab. Dinamakan 'Green Lake' kerana warna airnya yang berwarna hijau emerald.

 [pic courtesy: 1]

Gunung Hochschwab sentiasa dilitupi salji. Apabila tiba musim sejuk (6-7 °C), seluruh kawasan gunung meliputi kawasan kaki gunung akan sepenuhnya kering. Pada ketika itu, kedalaman air hanyalah 1-2 meter. Tetapi setibanya musim bunga di mana suhu kembali meningkat, salji dan ais di puncak Gunung Hochschwab akan mula cair dan mengalir ke bawah menuju ke dasar kaki gunung. Kesannya, kawasan tersebut akan dipenuhi dengan air yang sangat sejuk dan jernih warnanya sehingga boleh menampakkan segala tumbuhan hijau yang ditenggelaminya. Paras air akan mencecah sehingga 12 meter. Kedudukan air yang paling tinggi adalah pada bulan Jun dan akan mula surut menjelang bulan Julai. 

 
*sering menjadi tumpuan pejalan kaki sebelum dipenuhi dengan air [pic courtesy: 1] 
 *laluan pejalan kaki [pic courtesy: 1]

 
 *boleh rilek rilek dulu [pic courtesy: 1]

selfie dulu sekeping dua [pic courtesy: 2]

Sumber: 1, 2
 

No comments:

Post a Comment