Friday, October 31, 2014

Makanan Pencegah Kanser. Dengan Izin Allah...

 
 Jom hari ni kita sembang2 pasal kesihatan sikit. dulu niat nak jadi dokter. lantas si puan emak pun bertanya

"hang berani ka nak cucuk2 anak orang? mati satgi dok kena bayaq saman pulak"

ok.cukup dengan pertanyaan tu membuatkan diri beta ku terus tukar profesyen. kita shift tu bidang enjinia. seksa sungguh rasa dok dalam bidang ni. tetap salah langkah jugak aku rasa. *fedap aku taktau bidang apa yang bekenan di hati. semua tak kena.

berbalik kepada tajuk kita.

Top 4 makanan karsinogenik yang mesti dielakkan

Potato Chips dan French Fries


Fries McD ni ada bahan yang dipanggil acrylamide yang sangatlah bahaya kepada tubuh badan manusia. Selalunya industri akan guna acrylamide ni untuk buat plastik ataupun kertas. dorang tak gunakan untuk buat makanan tapi acrylamide ni akan terhasil/terjadik dengan sendiri bila kita panaskan makanan dengan menggunakan suhu yang tinggi macam goreng fries ke, chips potato ke.

Lemak Teroksida


Lemak2 yang ada dalam minyak yang tak tepu macam minyak zaitun ataupun minyak kanola ataupun mana2 minyak sayur yang lain, akan berbau tengik bila terdedah kepada udara dan berkeadaan panas. kalau macam kita simpan2 biasa tu terdedah sikit2 kat udara takpe, tapi dia akan jadi bahaya bila kita goreng dengan menggunakan suhu yang tinggi.


Nitrites

Sodium Nitrite juga merupakan bahan tambahan dalam beberapa jenis makanan esp daging yang diproses dan juga hot dogs. Nitrite ni akan jadi kasinogenik bila bergabung dengan kumpulan amin yang terdapat dalam makanan berprotein tinggi. kalau bahan ni berlebihan dalam badan akan menyebabkan gastrik.

Makanan yang digril atau dipanggang dengan menggunakan arang


kajian membuktikan bahawa sesuatu makanan yang terdedah kepada haba yang tinggi dengan masa yang lama esp daging, akan lebih berkarsinogenik - kebab mungkin?

Top 4 makanan yang anti-karsinogen

Beri

*purple berry

buah2 beri yang segar esp yang kale2 gelap macam ungu gelap tu memang mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan dapat membantu mencegah kanser. dalam buah beri ni juga ada phytoalexin yang boleh membantutkan pertumbuhan proses2 karsinogenesis yang sedang membiak dalam badan.

turmeric [kunyit]


kunyit ni kaya dengan kandungan anti-karsinogen jugak. mengandungi bahan kimia yang dipanggil curcumin - boleh membantutkan pembentukan sel2 kanser.

makanan berasaskan tomato

lycopene yang terdapat dalam tomato juga merupakan bahan anti-karsinogen yang kuat. tak kesahla toamato fresh ke, sos tomato ke, tomato paste ke...semua ada bahan anti-karsinogen ni.

sayur2 dari famili mustard [Cruciferous vegetables]


*brokoli

* kale

contoh: segala jenis kubis, bunga kubis, brokoli, salad. jenis2 sayur ni ada bahan yang dipanggil selenium yang boleh mencegah kanser. so, rajen2 kan makan sayur yang hijau2 ni yep :p
 

No comments:

Post a Comment