Terowong
Wisteria terletak di Taman Kawachi Fuji, Kitakyushu Jepun. Bunga
Wisteria akan tergantung di bahagian atas terowong dengan berbagai bagai
jenis warna membentuk pemandangan yang sangat indah. Wisteria merupakan
sejenis tumbuhan memanjat yang paling cantik dan mempunyai batang
berpokok yang sangat keras. Bunga wisteria mengeluarkan bau yang wangi
dan terdapat berbagai jenis warna termasuklah putih, biru, ungu, biru
violet, dan juga merah jambu. Wisteria akan berbunga pada penghujung
April sehigga pertengahan Mei (bergantung kepada cuaca).
Wisteria
(juga dipanggil Wistaria atau Wysteria) merupakan genus tumbuhan
berbunga dalam keluarga pea, Fabaceae, termasuk dalam 10 species
tumbuhan berkayu yang memanjat - terutamanya dia timur Amarika Syarikat,
China, Korea dan Jepun.
Manakala tumbuhan berair yang juga mempunyai nama seperti wisteria atau 'water wisteria' berasal dari famili Acanthaceae.
Sumber: 1
No comments:
Post a Comment