Tuesday, April 28, 2015

Melayu Ada Mannernya

 
heboh tentang isu Mawar Rashid dan GST.
jari jemari para netizen bergerak pantas menghentam. mengutuk. mencaci. mencerca. 
seronok menyebar berita especially issue yang boleh merendahkan. menjatuhkan maruah orang lain.
eh, hebatlah awak. 
eh. lupa. awak orang Melayu kan?
bukan orang Melayu ni kaya dengan adabnyakah?
kaya dengan budi bahasanyakah?
atau aku tersilap tafsir.
berkurun berabad sering dianggap kaum paling tinggi budi bahasa, kaya dengan adabnya.
itulah Melayu.
tapi tapi dan tapi
pabila suatu isu singgah di telinga. terhidang di depan mata,
walaupun kesalahan itu hanya sekecil cuma,

"bodohnya dia, macam tu nak jadi finalis dewi remaja"
"isu semasa kot, takkan tu pun tak alert"
"harapkan muka je, otak takda"
"inilah yang dikatakan beauty with no brain"

wahh!!
Melayunya awak.
kaum kamu lah yang katakan sebegitu?
tapi, tadi kamu tekankan kaum awak beradab berbudi tinggi.tapi sekarang kenapa mencaci?
itu sikap kaum kamu jugakah?

aku bukan Mawar Rashid.
aku bukan Ahmad Maslan.
aku hanya salah seorang netizen.
aku hanya salah seorang dari kaum Melayu.
salah seorang yang malu dengan sikap sesetangah orang Melayu.

 eh, takyahla kutuk dia lagi. sian dia
-------------------------------------------------------EPILOG--------------------------------------------------------
masih terngiang perbualan rakan sekerja lewat petang tadi.
ya, isu Mawar Rashid dan GST.
entah macam mana boleh muncul isu. sebut sahaja Dewi Remaja, maka namanya yang akan terkeluar.
rakan 1: mawar dewi ramaja tulah. takkan tak tahu kot.
rakan 2: yang tak tahu GST tu ke?
rakan 3: yang mengaku tak tahu GST tu ke?
rakan 1: alah, yang Dewi Remaja tu (sebolehnya tak mahu mengiyakan telahan rakan 1 dan rakan 2 yang bersungguh sungguh tekankan si Mawar yang tak tahu GST)
rakan 2: yang tak tahu GST tu lah kan? (diiringi senyum sinis disusuli ketawa)
berterus terusan rakan 2 dan rakan 3 condemn dengan menyatakan pelbagai alasan.
rakan 3: ala, korang kena paham, dia nerveous la tu. korang ni pun. tengok pun tahu kan. kesian dia.
#rakan 1 = lelaki, rakan 2 & rakan 3 = perempuan
aku bukan Mawar dan aku rasa,
tak perlu lah condemn dia. kita ni selalu sangat alert dengan bahan bahan yang boleh berterus terusan menjatuhkan orang lain. lagipun, dia dah mengaku silap dia tak alert bagai kan.
dalam isu ni, yang paling paling mengaibkan diri dia adalah orang yang menyebarkan video temu bual tu dengan caption "Mawar Rashid tak tahu GST". Motif?
kau sebarkan, kau malukan.letak caption yang bukan bukan, ingatlah, kita ada Tuhan. sampai mati pun kita masih ber-Tuhan. dan Dia Maha Adil kau tahu? =)

aku bukan saudara Mawar dan aku rasa,
kadang kadang dengan respons yang sentiasa nak menghentam orang lain apabila timbul sesuatu isu macam ni, akan membuatkan kaum kaum lain beranggapan yang negatif terhadap Melayu. 
especially, Melayu beragama ISLAM. 

"orang Melayu memang selalu macam ni ke?"
"tu kaum ku orang maa, yang kutuk marah marah sama itu amoi"

aku hanya salah seorang dari kaum Melayu, sama macam Mawar, macam netizen lain.
jujurnya,
at first baca caption "Mawar Rashid dihentam kerana Tak Tahu GST", aku pun seangkatan. segerombolan.

"harap muka je lawa, tapi, hmmm~"

tapi, tetapi, tapi,
lepas teliti, tengok, lihat, perhati video tu, aku paham.
yang aku pun pernah berada di tempat dia.
dan jikalau aku tak pernah berada di situasi dia sekali pun, 
aku tahu kalau aku condemn teruk teruk,
aku pasti Allah akan uji aku di situasi yang begitu.
awak nak tahu sebab apa?
sebab Allah tu Maha Adil. awak jugak tahu kan?
Allah uji dia untuk aku, untuk awak jugak.
dan aku pasti Allah jugak uji aku, untuk awak, untuk dia jugak.
paham? cuba jugak pahamkan. :P
#btw, adik Mawar, awak cantiklah kalau pakai tudung. =))
 
 

Sunday, April 19, 2015

Kucing kucing dan kucing

 
hai hai hello hello u'olls~
kali ni aku nak post pasal kucing aku pulak.
haritu aku ada post pasal anak anak kucing Cik Ah.
##########
dok jauh dari rumah ni buat aku teringat pulak kat kucing kucing kat rumah nun.
 
 
 
 
ni semua adalah anak anak Huduh. 
nama mak dorang Huduh. tapi anak anaknya comel belaka.
tapi mak dorang baru je mati dalam 2 minggu lepas. *lap air mata
 
 
 
 
yang ni mak panggil Pudaq (sebab kale dia pudar macam kena cloroq) =D
waktu dia kecik kecik dulu dia paling mandom. mandom tu makngot la. tak aktif. pasif. paham tak? tak paham gak, gi gugel sana. haha
kalau ada award untuk kucing paling sopan, penuh manner, down to earth, confirm menang.
tapi tu waktu dia kecik. 
masih malu malu kucing lagi.
#########
tapi bila dia dah besar, dah dewasa, dah otai, dialah yang paling aktif antara semua.
dia suka makan banyak.
tamak.
haloba.
suka terpengaruh dengan nafsu. *kelip kelip mata tak paham
suka tampar tampar orang lain kalau nak makan.
 
 
 
 
yang ni mak panggil Tam Lit (hitam meghelit bak kata orang utara) *tak reti nak sebut pi dok jauh sana. kihkihkih
aku panggil Tam Junior sebab kat rumah ada lagi sekor kucing hitam sebijik cam Tam ni.
antara semua 4 beradik, dia yang paling besar. 
waktu kecik kecik dulu dia agak terasing daripada adik beradik yang lain.
mungkin sebab saiz dia agak besar nampak macam senior, dorang agak takut untuk rapat dengan dia.
mungkin dia hitam.
mungkin dorang agak susah terima bahawa dia agak meghelit dari dorang kan.
mungkin. aku cakap mungkin.
siapa tahu kan. 
 
 
 
 
yang ni tak bernama. sebab anak anak kucing yang masih kecik kami tak letak nama. jangka hayat dorang tak lama.
kami decide untuk tunggu dalam 5 ke 6 bulan kalau masih hidup baru letak nama.
sedihnya yang ni dah mati. *sob sob nangis lagi
 
 
yang ni pun tak bernama. sedihnya, yang ni pun dah takda. *nangis lagi
kalau dibelek belek ekor dia agak kemetot.
sama macam anak kucing yang kat atas ni. hikhikhik
 
##########
 
okay. dah habis sesi perkenalan dengan orang orang kenamaan di atas.
jom intai intai pulak sesi photshoot dengan dorang.
lepak lepak di petang hari.
 
 
dorang berdua selalu lepak bersama.
bila aku post pic ni kat IG, ada sorang komen tanya aku potong ke ekor dorang tu.
eh, rajin pulak aku dok jadi veterinar bagai kan.
natural beauty okay. walau ianya kemetot. walau ia kontot.
kontot kemetot yang comel gitu~  
kalau nak banyak lagi gambar kucing aku, jangan segan segan visit my IG okay. : ))
 
 
 
 
sesi makan tengah hari.
ewah, terkangkang kau.
eh, mana Boroi?
 
 
 

ni dia.
ni waktu dorang masih kecik. 
dia masih mandom. tak aktif.
tak tunjuk taring lagi. perangai haloba lagi.
masih pemalu.
masih manja dengam mak dia. dok bawah ketiak mak dia je.
eh dalam gambar bukan ketiak la. tapi bontot. *kelip kelip mata explen


bila dah sampai waktu petang, perut dah terisi. masa untuk main la pulak.
so, let's go babeh~


lepas dah penat main, kena lah tido untuk recharged energy balik.
*dalam pic di atas ada 4 ekor kucing. bergantung kepada kejelasan megapixel mata masing masing :P


pastu, main semula. main lawan lawan. pukul pukul. ketuk ketuk kepala.
kau tampar aku, aku tampar kepala kau.


posisi Tam Junior adalah penyerang hendap.
kubu di sebalik rumput rumput nipis.
menantikan saat sesuai untuk menyerbu.
lagi sekali,
eh, mana Boroi?


hai. saya Boroi. kamu semua cari saya ke?
keje mengular je.
sikap ni tidak luput di telan zaman.
dah besar pun kejenya tetap mengular.
sebelum dan selepas memboroikan perutnya.
 
 
mungkin dorang tahu yang jangka hayat dorang tak lama, sebab tu lah dorang banyak habiskan masa bersama.
tinggal kenangan :')
 
 

walau apa pun terjadi, kenangan kami tetap bersama.
selamanya.
*kelip kelip mata tahan taknak bagi mengalir.

okaylah. bye~
.

Saturday, April 11, 2015

Rezeki Cari Kerja

 
Aku pasti most of the people pernah mengalami zaman menganggur. Tak sebulan, 2 bulan, 6 bulan, setahun dan tak kurangnya bertahun-tahun! wow~ *terasa pulak tetiba*

Memang tak dapat dinafikan zaman menganggur ni merupakan zaman yang agak stress bagi sesetengah orang especially graduate student. Tak semestinya korang grad under kos yang mantop mantop korang akan terus dapat kerja. Kadang kadang student yang almost 4 flat pun susah nak dapat kerja. Tapi tak semua la. sesetengah. 
Sekian sekian orang percaya  cari kerja ni bergantung pada rezeki. betul. aku tak nafikan tu. 
tapi kena tengok jugak faktor lain.
contohnya, korang terperuk je dok mengharap orang panggil kau kerja, memang NO lah jawabnya.
kecuali itu memang rezeki korang. KECUALI. kalau memang.
kita kena sedia maklum yang bukan kita je yang berlumba lumba cari kerja. even yang dah ada bertahun experience pun masih dok sibuk cari kerja lain. di tambah lagi dengan beribu ribu graduan yang makin bertambah setiap tahun. so, peluang untuk cari kerja tu makin tipislah. 

aku akui bagi aku dulu pun memang stress gila time menganggur. ye la, kawan kawan semua dah almost a year kerja, kita ni entah ke mana hala tuju pun tak tahu la. *lap air mata mencurah-curah*

tapi sedikit sebanyak time tu memang banyak benda aku belajar sepanjang tempoh menganggur.

aku penah bagitahu mak aku tentang sorang kawan aku ni yang cepat benau dapat kejenye. mak aku terus cakap,

"mesti dia selalu buat baik kat orang, tolong orang. sebab tu Tuhan sayang kat dia. tak macam hang keja nyusahkan orang, nyakitkan hati orang ja."

eh mak ni, over pulak mengata anak sendiri. *tacing*



macam macam cara aku guna nak mintak kerja. email, pos surat, register kat internet bagai, memang totally hiha sungguh di kala itu~ banyak habis duit pos surat. sungguhla aku guna cara zaman dahulu kala. *terbahak bahak pulak rasa. haha*

tapi sekurang kurangnya aku usaha kan.. bukan goyang kaki je dok rumah. aku bukan anak sultan pon. 

seingat aku banyak sungguh aku apply kat Jobstreet.com. dalam banyak banyak position aku mintak, aku dipanggil dalam 3 kali interview. tapi, mungkin bukan rezeki aku lagi kan. *sobsobsob*

then, kawan kawan aku advicce aku suruh mitak kat mudah.my lah, Monster lah, JobMalaysia lah, macam macam aku usaha tetap tak dapat.

fedap, geram, sedih, buntu semua ada perasaan tu.

aku cuba edit edit balik resume aku bagi comey lotey gitew~ kasi make up sikit sikit, letak bedak tabur bagai kan nak bagi orang bekenan dengan resume aku, tetap tak menjadi. sedih kau tahu? T_T

 kan aku cakap aku dah mekap lawa lawa resume aku tawu.
*kerja menaip haruslah ditemani secawan cappucino sambil dengar lagu BigBang*
ohsome la sangat~ ^^~

boleh dikatakan setiap keja yang aku mintak semua jenis website untuk offer kerja ada standard lah orang kata. then, satu malam aku try google position aku nak by randomly. alhamdulillah ada 1 position dorang baru post kat website majalah.com. mungkin rezeki aku lah kot kan. :)

tapi aku email je resume kat author tu and alhamdulliah dia call panggil iv a week later. 

iv sebelum ni aku nebes la ya Allah~
but this time seriously aku rileks gila. boleh dikatakan tak prepare apa apa langsung. main redah je.  siap boleh makan dengan lalunya, kenyangnya, melantak ice cream McD bagai kan. 
memang aku berserah je. sebab untuk sebelum sebelum ni aku terlalu banyak mengharap. 

Alhamdulillah, 2 hari lepas tu, dorang call offer kerja. 
seronok? taklah. aku rasa biasa ja. macam tak da apa apa yang jadi.
maybe sebab aku demam. 
see, punya cari kerja sampai demam la kate~ haha

kat sini adalah sikit tips tips yang aku rasa berguna jugak sebagai panduan untuk cari kerja. aku bukanlah pakar motivasi terkenal mahupun pakar kaunseling pakar bedah, pakar sakit otak, bla bla bla bla..tapi kalau korang rasa nak ikut, silakan. kalau taknak, ah, suka hati kaulah! hahaha
sebab aku pun bukan ikut sangat guides ni. saja gatal nak buat entry. *gelak guling guling*

1. Korang haruslah ada resume. ye lah kan, takkan nak main terjah email orang main main gitu. nak kena ada formal resume, kasi touch up bagi lawa lawa. kalau rajin letak la bedak bedak tabur dalam sebotol dua babi HR tu tertarik kau memang da bom gitu kan~ ini gurau.

2. Perlu ada Cover Letter. explain dalam tu korang ni nak mintak position apa, dulu kat uni amek  kos apa, apa latest CPA, intern kat mana, buat apa, skill korang apa, mengayat awek ke, membodek lecturer ke, membebel mak jemah ke, semua kena taruk tu.

3. Register and apply sebanyak mungkin kerja dalam website website yang selalu offer kerja. Contohnya, JobStreet, SPA, JobMalaysia, myStarjob, jobsDB, jenJOBS dan banyak lagilah. kalau korang rajin google sendiri position apa korang berminat lagi senang. nak atau taknak, malas atau rajin je. terpulang :)

4. Study banyak banyak soalan general yang selalu dorang akan tanya nanti. sekurang kurangnya 10 soalan. takda la nak nebes sangat kan. cam orang tu kan. kihkihkih
Contohnya,
a) tell me about yourself
b) tell me about your strength and weaknesses
c) tell me about your fyp/ intern (untuk fresh grad)
d) why you have unemployed for so long (kalau korang lama menganggur)
e) do you have any question for us? (ini memang WAJIB korang jawab YES. sebagai sign korang betul betul berminat dengan position yang korang apply tu)

sebenarnya banyak lagi soalan lain yang akan ditanya tetapi lain kampeni lain soalan. tak semua sama.

nanti di entry lain aku akan share soalan soalan yang pernah ditanya time aku iv dulu okay. 

okay lah. penat dah naip sampai ke malam. entry ini sekadar hiburan semata. jangan tacing tacing hokay~ ^__^

bye~
 

Tuesday, April 7, 2015

Gelembung Ais yang Mudah Tebakar?

 
Tasik Abraham merupakan sebuah tasik buatan yang terletak di Sungai Saskatchewan Utara, barat Alberta, Kanada. Tasik ini dihasilkan pada tahun 1972, dengan pembinaan empangan Bighorn dan dinamakan sempena nama Silas Abraham, penduduk lembah Sungai Saskatchewan pada abad ke-19. Walaupun ianya hanyalah sebuah tasik buatan, tasik ini juga kelihatan bewarna biru seperti tasik-tasik glasier lain yang terletak di banjaran Rocky, yang mana ianya disebabkan oleh 'debu-debu batu kapur' yang terkandung dalam tasik glasier.



Gelembung-gelembung yang membeku di bawah permukaan Tasik Abraham kelihatan seperti butir-butir permata salju, tetapi awas anda mungkin tidak akan berada terlalu dekat pada gelembung-gelembung tersebut. Adakalanya ia dikenali sebagai buih-buih ais atau buih-buih beku. Gelembung tersebut sebenarnya merupakan 'bungkusan-bungkusan' gas metana iaitu sejenis gas yang mudah terbakar. Selalunya gas metana yang terlepas ke permukaan air tidaklah begitu berbahaya - tetapi apa yang dikatakan lebih berbahaya apabila anda cuba untuk menyalakan api di waktu gelembung-gelembung ini sedang meletup!


Kata seorang jurugambar, Fikret Onal yang turut menghuraikan fenomena ini: "Tanaman yang terdapat di dasar tasik tersebut yang menyumbang kepada penghasilan gas metana dan gas ini membeku apabila bergerak menghampiri kawasan permukaan tasik yang lebih sejuk dan akan membentuk susunan gelembung gas sebaik sahaja ke kawasan yang lebih sejuk dan sejuk terutamanya pada musim salji". Ketebalan lapisan ais yang menutupi permukaan tasik ini dianggarkan setebal 20-23 meter.

*photo by Chip Phillips

Gelembung gas metana akan terbentuk dalam air apabila bahan-bahan organik yang telah mati (tumbuhan dan haiwan) tenggelam ke dasar air dan dimakan oleh bakteria. Bakteria ini akan mengeluarkan gas metana selepas memakan bahan-bahan organik tersebut. Gas ini akan bertukar menjadi gumpalan putih apabila semakin menghampiri permukaan atas air.

 *photo by Chip Phillips

 
 *photo by galleryhip.com

Seperti yang kita sedia maklum, selain gas karbon dioksida, gas metana juga merupakan salah satu gas rumah hijau (berbahaya), dan memberi kesan 20 kali ganda kepada perubahan iklim. 

Dan terdapat banyak tasik gas metana beku seperti Tasik Abraham. Disebabkan hal ini, ianya sekaligus menyumbang kebimbangan terhadap para ahli ekologi terhadap tahap kepanasan planet ini, kerana jika lebih banyak dan banyak lagi gas metana terbebas ke udara, hal ini akan menyebabkan peningkatan terhadap perubahan iklim.

 *photo by galleryhip.com

 
 *photo by Chip Phillips

  *photo by Chip Phillips

 
 *photo by Chip Phillips

  *photo by Chip Phillips

Sumber: 1, 2, 3, 4

Monday, April 6, 2015

Pokok Berbatang Pelangi (Eucalyptus deglupta)

 
Pokok berbatang pelangi (Eucalyptus deglupta) sejenis pokok berkayu tinggi dan adakalanya dipanggil 'eucalyptus pelangi', 'getah Mindanao' atau 'getah pelangi'.


Tumbuhan ini banyak tumbuh di kawasan Hemisfera Utara seperti Britain, New Guinea, Seram, Sulawesi, dan Mindanao. Ia dipercayai berasal dari negara Filipina. Selain itu, ia juga dikatakan tumbuh di Brazil, Congo, Costa Rica, Cote d'Ivoire, Cuba, Fiji, Honduras, Malaysia, Puerto Rico, Samoa, Pulau Solomon, Sri Lanka, Taiwan dan wilayah China. 'Getah Mindanao' mula diperkenalkan di Hawaii pada tahun 1929 untuk penanaman semula di kawasan Taman Botani Wahiawa dan sekarang tumbuhan ini sudah banyak di tanam hampir keseluruhan pulau Hawaii. 

Antara daya tarikan utama pokok ini adalah kulit pokoknya yang mempunyai warna yang unik dan menonjol. Mempunyai struktur kulit yang licin di bahagian luar kulit dan warnanya berubah-ubah pada setiap tahun, iaitu bahagian dalam kulit pokok akan bewarna hijau terang pada usia mudanya.

Bahagian dalam kulit bewarna hijau pada mulanya.
*photo by Chad Podoski 

Warna ini akan semakin gelap dan lebih matang dan berubah tona warna kepada biru, ungu, oren dan juga merah gelap apabila tibanya musim panas.

 
*photo by Chris Heald

 
Ketinggian pokok ini boleh mencecah ketinggian sehinggaa 61 meter tinggi dan 1.8 meter lebar. Kegunaannya adalah sama seperti pokok-pokok berkayu yang lain di mana penanamannya adalah bertujuan untuk menghasilkan kertas. Malah pokok ini merupakan species utama di negara Filipina untuk tujuan penghasilan pulpa kayu.

 *photo by Allpe Engineering and Environment.

Mempunyai struktur daun yang agak lebar dan kekal bewarna hijau sepanjang tahun. Selain di tanam untuk tujuan penghasilan kertas, pokok ini juga ditanam untuk tujuan hiasan dalam taman disebabkan struktur warnanya yang menarik. Salah satu tempat yang dikatakan sesuai/ menarik untuk melihat pemandangan pokok ini adalah di sekitar kawasan jalan/ lebuh raya di bandar Hana, daerah Maui, Hawaii, Amerika Syarikat.

 *photo by libero

Pokok ini diakatakan sangat menyukai cahaya matahari dan tidak tumbuh di kawasan yang bermusim kering sebaliknya lebih banyak tumbuh di kawasan yang menerima hujan sepanjang tahun atau bulan (melebihi 150 mm). Tetapi bukan di kawasan yang terlalu menerima air yang banyak seperti keadaan banjir, dan ia juga amat sensitif terhadap api/ kebakaran.  Disebabkan itulah ia banyak di tanam di kawasan tropika sederhana lembap. Suhu yang dikatakan sesuai untuk tumbuhan ini adalah di antara 3 - 31ÂșC.

Proses 'pengelupasan' kulit pokok.
*photo by juicyfunpark

Dan apabila selepas hujan, kulit pokok ini kelihatan lebih berkilat.

 *photo by Christopher Martin Photography via frimminjimbits.

Pokok ini turut menghasilkan bunga yang cantik manakala biji benihnya dikatakan lebih halus daripada seekor semut. 


 
Eucalyptus deglupta turut menghasilkan bunga seakan akan bunga jambu.

 

 *photo by Holly Ladd, Amusing Planet, Christopher Martin Photography.

Sumber: 1, 2, 3