Sunday, April 19, 2015

Kucing kucing dan kucing

 
hai hai hello hello u'olls~
kali ni aku nak post pasal kucing aku pulak.
haritu aku ada post pasal anak anak kucing Cik Ah.
##########
dok jauh dari rumah ni buat aku teringat pulak kat kucing kucing kat rumah nun.
 
 
 
 
ni semua adalah anak anak Huduh. 
nama mak dorang Huduh. tapi anak anaknya comel belaka.
tapi mak dorang baru je mati dalam 2 minggu lepas. *lap air mata
 
 
 
 
yang ni mak panggil Pudaq (sebab kale dia pudar macam kena cloroq) =D
waktu dia kecik kecik dulu dia paling mandom. mandom tu makngot la. tak aktif. pasif. paham tak? tak paham gak, gi gugel sana. haha
kalau ada award untuk kucing paling sopan, penuh manner, down to earth, confirm menang.
tapi tu waktu dia kecik. 
masih malu malu kucing lagi.
#########
tapi bila dia dah besar, dah dewasa, dah otai, dialah yang paling aktif antara semua.
dia suka makan banyak.
tamak.
haloba.
suka terpengaruh dengan nafsu. *kelip kelip mata tak paham
suka tampar tampar orang lain kalau nak makan.
 
 
 
 
yang ni mak panggil Tam Lit (hitam meghelit bak kata orang utara) *tak reti nak sebut pi dok jauh sana. kihkihkih
aku panggil Tam Junior sebab kat rumah ada lagi sekor kucing hitam sebijik cam Tam ni.
antara semua 4 beradik, dia yang paling besar. 
waktu kecik kecik dulu dia agak terasing daripada adik beradik yang lain.
mungkin sebab saiz dia agak besar nampak macam senior, dorang agak takut untuk rapat dengan dia.
mungkin dia hitam.
mungkin dorang agak susah terima bahawa dia agak meghelit dari dorang kan.
mungkin. aku cakap mungkin.
siapa tahu kan. 
 
 
 
 
yang ni tak bernama. sebab anak anak kucing yang masih kecik kami tak letak nama. jangka hayat dorang tak lama.
kami decide untuk tunggu dalam 5 ke 6 bulan kalau masih hidup baru letak nama.
sedihnya yang ni dah mati. *sob sob nangis lagi
 
 
yang ni pun tak bernama. sedihnya, yang ni pun dah takda. *nangis lagi
kalau dibelek belek ekor dia agak kemetot.
sama macam anak kucing yang kat atas ni. hikhikhik
 
##########
 
okay. dah habis sesi perkenalan dengan orang orang kenamaan di atas.
jom intai intai pulak sesi photshoot dengan dorang.
lepak lepak di petang hari.
 
 
dorang berdua selalu lepak bersama.
bila aku post pic ni kat IG, ada sorang komen tanya aku potong ke ekor dorang tu.
eh, rajin pulak aku dok jadi veterinar bagai kan.
natural beauty okay. walau ianya kemetot. walau ia kontot.
kontot kemetot yang comel gitu~  
kalau nak banyak lagi gambar kucing aku, jangan segan segan visit my IG okay. : ))
 
 
 
 
sesi makan tengah hari.
ewah, terkangkang kau.
eh, mana Boroi?
 
 
 

ni dia.
ni waktu dorang masih kecik. 
dia masih mandom. tak aktif.
tak tunjuk taring lagi. perangai haloba lagi.
masih pemalu.
masih manja dengam mak dia. dok bawah ketiak mak dia je.
eh dalam gambar bukan ketiak la. tapi bontot. *kelip kelip mata explen


bila dah sampai waktu petang, perut dah terisi. masa untuk main la pulak.
so, let's go babeh~


lepas dah penat main, kena lah tido untuk recharged energy balik.
*dalam pic di atas ada 4 ekor kucing. bergantung kepada kejelasan megapixel mata masing masing :P


pastu, main semula. main lawan lawan. pukul pukul. ketuk ketuk kepala.
kau tampar aku, aku tampar kepala kau.


posisi Tam Junior adalah penyerang hendap.
kubu di sebalik rumput rumput nipis.
menantikan saat sesuai untuk menyerbu.
lagi sekali,
eh, mana Boroi?


hai. saya Boroi. kamu semua cari saya ke?
keje mengular je.
sikap ni tidak luput di telan zaman.
dah besar pun kejenya tetap mengular.
sebelum dan selepas memboroikan perutnya.
 
 
mungkin dorang tahu yang jangka hayat dorang tak lama, sebab tu lah dorang banyak habiskan masa bersama.
tinggal kenangan :')
 
 

walau apa pun terjadi, kenangan kami tetap bersama.
selamanya.
*kelip kelip mata tahan taknak bagi mengalir.

okaylah. bye~
.

6 comments:

  1. alolo..comelnya.I tak penah bela kucing tapi adik I ada bela rabbit dulu.sepasang.Jenis angora dengan satin.sekor warna putih. sekor lagi cokelat perang2 gitu. ada sekali ,yang warna putih tu sakit .macam nak mati dah i tengok.I siap nangis2 lagi..rupanya time tu dia bunting! pastu. beranak 3 ekor.macam warna anak kucing.seekor warna putih tompok itam, sekor warna coklat putih, sekor lagi hitam.mix gitu! baka lain2 kan. huhu..tapi skrg parent I dah jual balik semua arnab tu kat kedai pet sbb tak ada siapa nak jaga.semua bz kerja n adik2 pun dah masuk hostel.blaja.

    ReplyDelete
  2. @Nabila Syifa,

    Waaah, mesti comel kan arnab2 awak tu.

    dah lama bela, makin manja, makin sayang, dah makin rapat dgn kita, then bila dorang dh takda, mesti sedih gila kan.. :'(

    takpela, rezeki kita untuk jaga dorang setakat tu je.
    bagi makan, tempat tinggal, perlindungan, :)

    i'm proud as u're one of the golongan yang sayangkan binatang. :P

    ReplyDelete
  3. comelnye budak budak bulu tu

    http://kucenmaster.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Alolo cute je..hehe

    ReplyDelete