Di Bumi ni ada juga certain certain tempat yang tidak boleh dijadikan port untuk melepak. Memang kalau dengar je sungai, tasik, selalunya kita akan terbayang tempat tu indah, nyaman, berangin, ada pokok kelapa bagai kan.
Tapi, let's consider this kind of places. Just think twice :P
1) Sungai Rio Tinto, Spain
Sungai Rio Tinto mempunyai tahap keasidan yang tinggi (pH 1.7-2.5) dan kandungan utamanya adalah logam berat seperti emas, perak, dan tembaga yang menjadikannya sebatang sungai yang popular dalam sejarah purba. Kini, berikutan pencemaran dari activiti perlombongan hampir 5000 tahun, sungai ini dikatakan menjadi sebuah tempat persekitaran yang melampau, tempat pembiakan organisma chemolithotrophic seperti bakteria besi-teroksida dan bakteria sulfur-teroksida. Sungai ini dikatakan mengalir dari Gunung Sierra Morena, Andalusia.
2. Boiling Lake (Tasik Mendidih), Dominica
Tasik ini terletak di Taman Negara Morne Trois Pitons dan merupakan tasik air panas yang kedua terbesar di dunia. Suhu air dianggarkan mencecah 82-92 darjah Celcius. Untuk menentukan suhu di kawasan pusat air begitu sukar kerana keadaan airnya yang sentiasa mendidih.
3. Lake Kivu (Tasik Kivu), Africa
Sumber air Tasik Kivu adalah dari negara Rwanda dan Republic of Congo. Ia terletak di antara rekahan lembah yang semakin melebar, menyebabkan activiti gunung berapi di kawasan sekitarnya. Tasik ini juga terkenal dengan kedalaman maksimumnya yang mencecah 485 meter. Apa yang dikatakan bahaya tentang tasik ini adalah campuran lebih dari 250 km3 karbon dioksida dan 65 km3 gas metana. Terkini, tekanan airnya adalah 2 kali ganda lebih tinggi daripada tekanan gas gas tersebut di mana risiko letusan adalah rendah dan tasik ini masih lagi selamat untuk melakukan activiti riadah.
4. Citarum River (Sungai Citarum), Jawa Barat, Indonesia
Sungai ini tercemar disebabkan aktiviti manusia sendiri. Sungai ini dipenuhi dengan sampah sarap yang tidak boleh dilupuskan dan juga bahan kimia berbahaya. Dan disebabkan itulah ianya dikenali sebagai sungai yang paling tercemar di dunia. Terdapat lebih daripada 200 buah kilang tekstil di sepanjang tebing sungai dan segala bahan pewarna dan bahan kimia seperti arsenik dan merkuri semuanya dibunag ke dalam sungai. Boleh dikatakan semua penduduk di kawasan ini menjadikan sungai ini sebagai tempat pembuangan sampah besar besaran.
5. Tasik Karachay, Rusia
Terletak di bahagian selatan Gunung Ural di timur Rusia, tasik ini telah disenaraikan sebagai salah satu tasik yang paling tercemar di dunia berikutan air dan kawasan sekelilingnya yang tercemar dengan sisa bahan radioaktif. Sisa bahan pencemaran tersebut datang dari kawasan Mayak, salah sebuah kilang senjata nuklear terkemuka Rusia. Gabungan radiasi daripada peristiwa Chernobyl dan pencemaran tasik ini mampu menyebabkan peningkatan penyakit barah dan kecacatan kelahiran di kalangan penduduk tempatan yang mendiami kawasan sekitarnya.
6. Sungai Potomac, USA
Gaung Sungai Potomac merupakan regangan sepanjang 14 batu yang yang mengunjur dari Jambatan Key (Key Bridge), daerah Columbia utara ke Great Falls Potomac. Gaung ini terkenal sebagai tapak untuk melakukan aktiviti seperti berkayak, memancing dan pendaki bebas. Apa yang dikatakan bahaya adalah arus sungainya yang mengalir melalui sungai ini sangat deras sehingga membentuk pusaran bawah air walaupun dari permukaannya nampak begitu tenang. Arus sungai ini dikatakan dapat menangkap sesiapa sahaja yang berenang menghampiri kawasan ini.
7. The Blue Lagoon, Derbyshire, UK
Kuari yang sudah tidak digunakan ini dipanggil Far Hill Quarry dan dipenuhi air sehingga dipanggil The Blue Lagoon berikutan warna airnya yang sangat biru. Menjadi terkenal sebagai salah satu tempat untuk aktiviti renang di kalangan penduduk tempatan walaupun tanda amaran bahaya dipampangkan. Ianya berbahaya berikutan airnya yang bertoksik dengan kandungan ammonia (pH 11.3 - sangat beralkali) dan boleh mengakibatkan jangkitan kulat seperti masalah kulit dan perut. Lagun ini juga turut mengandungi bahan buangan yang lain seperti bahagian bahagian kereta, haiwan mati dan juga najis.
8. Telaga Jacob, Texas, USA
Telaga Jacob dikenali sebagai tempat untuk menyelam paling bahaya di dunia. Kecuramannya sedalam 9 meter ke bawah sehingga ke tingkat yang pertama. Kedalaman tingkat kedua adalah sedalam 24 meter di bawah permukaan telaga. Telaga Jacob mempunyai 4 peringkat dengan jumlah kedalamannya sedalam 40 meter.