Sunday, May 3, 2015

Mustajab Restu

 
 
Di satu sudut anjung balkoni, aku pandang jauh Residences Acapella.
Teringat mak ayah di halaman kampung.
Sambil.
Mengimbau 'perbualan' aku dan ayah kira kira sebulan yang lalu.
 
"Sambil hang kerja tu, cari kerja lain sama. Lagi satu, kerja hang tu macam mana? Kerja kat situ jugak ka, kat kilang ka macam mana? Gaji dia bagi sebulan banyak mana?"
 
Soalan demi soalan dilontar ayah membuatkan dada aku makin sesak.
 
"Ayah ni nak bagi cek kerja ka dak ni? Kalau tak bagi, cek tak payah pi sana dah." telahku dengan nada tidak puas hati. Rasa nak menangis pun ada.
 
Abang hanya diam membisu tidak bersuara sejak dari tadi. Hanya melayan Iphonenya sahaja.
 
"Ayah bagi hang kerja, hang boleh kerja. Tapi dalam masa yang sama, cari kerja lain. Gaji hang tu tak padan dengan kelulusan hang. Sepatutnya dengan degree engineering hang tu depa mana boleh bayar sikit macam tu."

Aku hanya diam. Mengiyakan pun tidak, menidakkan pun tidak. Aku tahu jika aku bersuara, makin memburukkan keadaan.

Aku tahu sebolehnya ayah tak mahu aku bekerja di situ. Meski ada title "engineer" nya, namun dengan gaji yang boleh dikatakan "seciput", ayah lebih rela tidak mengizinkan.
 
Bagi aku tika itu,
Biarlah gaji sikit, biasalah fresh grad kan, masih belum ada pengalaman. Selayaknya aku dibayar sebegitu.
Ditambah pula, sejak aku menganggur hampir satu tahun setengah, antara semua interview, inilah kali pertama aku diterima bekerja.
Alangkah indahnya itu?
Maka nasihat ayah itu tidak aku endahkan.
Kerana terlalu seronok diterima bekerja, apa kata orang tuamu kau tak pedulikan?
 
Ya, 
Aku biarkan.
Asalkan aku puas aku dapat kerja. Dapat bekerja.
Excited rasanya!
 
Tapi semua itu, hanya di waktu itu. Sebulan yang lalu.
Namun kini, perasaan seronok itu makin berlalu, makin hilang. Ke mana?
 
Kadang kadang apa yang kita nak, tak dapat. Kita kecewa, sedih, hiba.
Kadang kadang apa yang kita nak, dapat. Kita akan seronok. Terlalu gembira. Kita akan menganggap itulah yang terbaik untuk kita. Namun, bila ada yang cuba menentang, kita tidak selesa. Sebolehnya, kita tetap mahukan ia walaupun terpaksa berbalah.
 
Tapi kita harus ingat, naluri kita tidak mampu melawan naluri ibu bapa. Kerana naluri mereka lebih baik buat diri kita meski kita rasa "ya, aku rasa inilah yang terbaik untuk aku, hati aku cakap macam ni, maka aku akan ikut kata hati", terutama naluri seorang ibu.
 
Masuk minggu kedua bekerja, aku makin merasakan ketidakselesaan bekerja di situ. Serba serbi tidak kena. Adakah kerana apa yang disuruh ayah itu aku tidak endahkan? aku pinggirkan ia ke tepi. Seolah olah tidak pernah diungkapkan dia?

Apa yang berlaku di tempat kerja, aku positifkan seboleh mungkin. Optimiskan minda ku sedaya boleh.

Jika berborak dengan mak di telefon, aku cuba ceritakan yang baik baik saja.

"Macam mana kerja kat situ? okay ka dak?"
"Okay ja mak, besa la kalau kena marah sikit sikit tu, kita kan baru mula kerja, taktau apa apa lagi."
"Hmm..okay la camtu. Kalau orang tegur tu, jangan tarik muka. Senyum ja. Toksah dok merajuk pulak."
"Haih, dak aih"
 
Menjengah masuk ke akhir akhir bulan, aku semakin terbuka menceritakan semuanya kepada emak. Kataku pada mak, marah mereka padaku bukan marah biasa biasa. Teguran mereka juga bukan teguran biasa. Jika teguran di susuli sindiran sepanjang hari, tegurankah itu namanya?
 
Mesej dari mak sekarang tak macam dulu lagi. Sudah bertukar ganti.
 
"Kerja macam mana hari ni? Kena marah lagi ka?"
 
 Usai mesej dibaca, air mata pun tumpang menitis. Itu saja jawapan yang mampu aku beri pada mak.

Ku cuba cari waktu sesuai mahu berbicara panjang dengan mak di telefon, kerna ku bimbang jika emosi tidak mampu di kawal, bila bila masa sahaja nada suara bergetar akan muncul menjengah, saat itu hanya tangisan yang akan mengambil alih bercerita.
aku tak mahu emak bimbang!
 
kini, kata putus sudah di ambil, dengan kata kata emak, ayah, abang, kuatkan lagi keputusanku.
 
kata mak, 
"sebenarnya mak pun tak berapa nak bagi hang kerja situ. dengan dok kat shah alam, gaji banyak tu mana cukup kak. tapi mak tengok hang semangat nak kerja awal awal dulu, mak tak bantah. mak tak paksa.
 
kata abang, 
"mungkin rezeki hang bukan kat situ." =))

 

2 comments:

  1. first job memang macamtu.. tabah lah ye :)

    ReplyDelete
  2. @NARDtheNERD,

    terima kasih atas sokongan awak :)

    ReplyDelete