Sunday, August 16, 2015

Top 10 Makanan Paling Sedap di Dunia - CNN (Jun 2015)

 
Menurut CNN, berdasarkan undian yang diajalankan bersama Culinary Journeys TV, kebanyakan penduduk dunia lebih menggemari makanan dari sebelah Asia.

10. Crunchy spring rolls (Vietnam - 162 undian)

 

Di Taiwan, makanan yang paling enak dikatakan adalah popiah goreng. Dengan kulitnya yang nipis dan sangat rangup, inti di dalamnya juga mengandungi isi daging dan sayuran yang lembut dan menyedapkan. Hidangan ini turut dilengkapi dengan sosnya yang tersendiri. Terdapat dua nama lain bagi popiah ini iaitu 'nem ran' (di bahagian utara), manakala penduduk di bahagian selatan memanggilnya dengan nama 'cha gio'.

9. Kebab panggang dan roti pita (Greece - 167 undian)


Greece juga terkenal dengan buah zaitun kalamata, keju feta, salad yang bewarna-warni dan daging panggang yang lazat. Dikatakan makanan yang dihasilkan di Greece lebih sedap dengan adanya minyak zaitun dan minyak ini juga merupakan bahan eksport paling utama bagi Greece.

8. Thala - Set hidangan tradisional Benggali (India - 205 undian)


Makanan ini dihidangkan di dalam talam atau pinggan leper bersaiz besar dan disebabkan itulah ianya dipanggil thala (talam). Kebanyakan makanan di India amat terkenal dengan rempah-ratusnya yang sungguh menyelerakan.

7. Gun Tong Gau (Hong Kong - 236 undian)


'Gun tong gau' merupakan sejenis hidangan sup yang dimakan bersama dumpling kukus.

6. Laksa (Malaysia - 265 undian)


Okay, this make me proud~ laksa! Di negara luar, laksa Malaysia dikenali sebagai hidangan mi pedas, kalau di Korea sebagai Jjam Ppong lah. Laksa Malaysia dikatakan lebih banyak kepelbagaian seperti laksa Penang, laksa Johor, laksa Sarawak, asam laksa. 

5. Kobe Beef (Jepun - 443)


Kobe beef atau daging Kobe sangat terkenal dengan kelembutan dan kesedapannya malah harganya juga sangat mahal. Ini kerana daging ini hanya diperoleh daripada lembu jenis Wagyu yang diternak khas di Japan's Hyogo Prefecture berdasarkan peraturan yang ditetapkan khas oleh Kobe Beef Marketing and Distribution Promotion Association.

4. Ayam Goreng (Thailand -  470 undian)


Ayam goreng ini dikenali sebagai 'gai tod' dan lebih banyak didapati di restoran-restoran Isaan Bangkok. Ayam goreng ini juga dilengkapi dengan hidangan sos cili manis dan juga nam jin jaew (pedas).

3. Keju Parmigiano-Reggiano (Itali - 810 undian)


Itali memang sangat terkenal dengan penghasilan keju. Untuk mendapatkan keju Parmigiano-Reggiano yang terbaik, anda haruslah melawat ke Modena. Lebih dikenali sebagai Raja Keju, keju ini  berbentuk bulat besar, sangat padat, mempunyai rasa yang masam dan lebih sedap digunakan untuk memasak apabila keju ini berusia lebih daripada 24 bulan selepas proses penyediaannya. 

2. Filipino adobo (Filipina - 1528 undian)


Adobo merupakan teknik memasak yang melibatkan proses mereneh daging/ ayam yang telah diperap. Makanan yang diperap ke dalam sejenis campuran sos, bawang putih dan minyak. Selain daging, ikan dan makanan laut juga turut diperap. Namun kebiasaannya, ayam atau daging khinzir yang menjadi bahan utama untuk resepi adobo.

1. Mi Sup dengan daging (Taiwan - 8242 undian)


Mi sup bersama daging ini boleh didapati di kawasan Regent Taipei di mana hidangannya turut dihiasi daun sarang burung(sejenis paku pakis).
 

No comments:

Post a Comment