Showing posts with label tonggek. Show all posts
Showing posts with label tonggek. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

Mengenali Keluarga Che Ah

 
siapa Che Ah? orang pentingkah?
bukan siapa siapa pun.
kucing ja.
haha.

Che Ah ada 3 anak.
Celet, Mata Biru dan Tonggek.
semua nama nama kucing kat rumah, mak aku yang bagi.

 
Celet dengan gaya bersahaja. 

 
 Celet tak suka paparazzi yang mengganggu hidup dia. syuhsyuh!

 
walaupun saiznya yang agak kemetot berbanding adik beradik yang lain, Tonggek mampu menghabiskan seekor ikan kembung yang bersaiz lebih besar darinya. itu merupakan kelebihan Tonggek yang bernafsu makan yang besar. hmm

 kesan melahap seekor ikan tanpa dishare dengan adik beradik yang lain, Tonggek terkulai tanpa mempedulikan mereka yang sedang menjamu selera dengan whiskers sahaja. 
sikap mazmumah Tonggek yang tak patut dicontohi: penting diri.

walau apapun yang berlaku, Tonggek tetap tidak ambil peduli. -_-'

 
Mata Biru agak penakut berbanding yang lain 

 
 apa tengok tengok?

 
pun begitu, tetap meluangkan masa untuk lepas geram. iyahiyah!

  
Celet turut serta membaham pokok bunga mak ~__~'
   
 
biarpun perangai kami pelik pelik, kami bertiga tetap adik beradik terbaik! yeay~