Assalamu'alaikum
sempena masih dalam mood Syawal ni, masih sempat lagi sekiranya kalau aku nak share satu resepi iaitu ketupat sotong. bahan bahannya pun mudah saja.
mestilah ada sotong, beras pulut yang telah dicuci, lidi, santan dan garam.
Step 1
sotong mestilah dicuci dengan sebersih bersihnya.
Step 2
sumbatkan beras pulut yang telah dicuci ke dalam sotong tadi. jangan penuh penuh sangat. nanti melimpah keluar semasa proses merebus.
Step 3
dengan menggunakan lidi, cucuk di bahagian atas sotong untuk dibuat sebagai penutup. cucuk la macam mana pun asal tertutup sudah.
Step 4
rebus sotong dalam santan yang dimasukkan garam secukup rasa. rabus sampai isi ketupat masak. done!
dah siap! kan dah cakap tadi. mudah je.
boleh dimakan begitu sahaja atau bersama kari daging / ayam. selamat mencuba!
terima kasih sudi baca :)
No comments:
Post a Comment