Thursday, August 14, 2014

rezeki aku dan kamu.

Assalamu'alaikum

oh ini entry ke 2 dalam sehari. biasa. kalau baru berblog, akan sentiasa bersemangat untuk menaip entry. tipu kalau korang tak rasa gitu. ohoi~

tadi petang entry pasal interview. sepatutnya patut tunggu sampai Jumaat dapat kata putus dari company passed tak untuk interview ke 2. tapi. tapi. tapi.

esok seperti terpaksa pulang. apa perlu di buat? tak tahu.
langsung tak prepare apa apa. buntu.

tapi first things first, perlu call dulu company tu tanya terus dapat or tak. kalau YES, mesti dapat extent stay. but if NOT, bubbye Subang Jaya. babai Shah Alam. Selamat datang wahai Kedah tercinta (!__!)

cerita 1

harini salah seorang kawan, She's R ada sesi interview untuk kerja baru.
petang tu, via Whatsapp,

"how's your iv?"
"I've made it!"
"Alhamdulillah. memang rezeki kau lah tu."

*murah betul rezeki dia. me? patut rasa cemburu atau bersyukur dengan kejayaan dia?

kisah ni mengingatkan aku pada satu perbualan dengan kawan aku He's Y. tempoh hari dia turut merungut dah give up nak cari kerja.

"masalah sekarang aku tengok orang baik yang ditindas, orang jahat senang lenang. bukan tak percaya rezeki tapi itu kan realiti"

muhasabah 1

aku tak nafikan apa yang dia cakap ada betulnya. tapi kalau kita terus nak mencari dan dapatkan keadilan dari manusia, kita akan jadi gila. sebab?

sebab manusia susah nak bersifat adil. tapi, kita mesti ingat bahawa keadilan ALLAH itu pasti.
sebagai contoh dengan keadaan sekarang yang memang susah gila nak dapat kerja kan, then kita dapat tahu yang kawan kita senang senang dapat masuk sebab pakai orang dalam. mungkin kita akan mengagak konfem konfem la dia akan dapat job tu.


tapi. tapi. tapi dan tapi.
kalau korang betul betul berusaha, berdoa sungguh sungguh dan yakin, insya-ALLAH keadilan itu pasti ada. rezeki korang tu ALLAH memang dah tulis begitu. tak kisah la dorang pakai orang dalam ke, luar ke, tengah ke, hatta kerabat sekalipun.
yang penting, sentiasa BERSANGKA BAIK dan JANGAN DENGKI dengan rezeki orang lain.

cerita 2

She's T pulang dari kerja terus online group Whatsapp.
2 hari berturut turut keep whining benda yang sama.

"jelesnya dorang menang. masuk newspaper. masuk tv"

tak pasti sama ada dia betul betul cemburu atau saja saja je.

yang pasti aku turut terkesan. siapa tak cemburu tengok orang lain serba berjaya, tambah tambah lagi kawan sekelas kan? mesti ada sedikit rasa envious tu. cuma aku tak luahkan je depan She's T.

tapi seboleh mungkin aku cuba untuk mem'positifkan'kan minda. dan diri. dan hati.

muhasabah 2


rezeki manusia lain lain. cara diuji lain lain. maka sudah tentu cara penetapan rezeki juga lain lain.
mungkin si A berjaya sekarang ni kerana dia pernah bersusah dahulu. tapi kita tak pernah tahu. kita cuma nampak kejayaannya yang sekarang walhal dia juga pernah bersusah.

tapi mungkin bersusahnya itu lebih 'terdahulu' berbanding kita yang perlu bersusahnya sekarang. jika kita istiqamah, pasti kejayaan jugak yang bakal kita genggam. kalau pun bukan kejayaan yang sama dengan mereka, asalkan ia tetap dipandang baik di sisi Allah. itu lebih bermakna.

No comments:

Post a Comment