Assalamu'alaikum
Hari ni masuk hari ke-10 aku berada di negeri orang.
Kali ini negeri Selangor pulak yang menjadi pilihan. Ewah. Dah macam nak pergi melancong pulak.
Nampaknya tahun ni kalau ada award untuk perantau, akulah pemenangnya. Yeay or nay?
Takda nak melancong sangat pun. Datang jauh jauh dari kampung pedalaman nun jauh di sana, mestilah diiringi tujuan kan? Tak lain tak bukan mestilah datang untuk interview kerja. Ada berbagai kisah di sebalik aku apply macam macam kerja. Korang pun tahu kan sekarang bukan senang nak dapat kerja.
Most of the jobs that I already applied, adalah kat Jobstreet la. Tapi aku taknak cerita pasal tu, aku nak cerita pasal interview ni.
Ini adalah first interview yang aku dapat and betul betul kena dengan course aku. So, memang aku excited gila gila tahap gaban you'all. Tahu je la kan super excitednya macam mana. Tapi tu kan baru interview? Ya. aku sangatlah excited even tu hanyalah baru interview. NOOB sebentar. sobsobsob.
Aku dapat offer tu dari Jobstreet via phone. Masa tu hari raya ke 3 kalau tak salah. Tapi interview tu seminggu lagi dari tarikh yang company tu invite. Alhamdulillah. So, aku adalah masa nak contact kawan mana yang kerja area situ and berhasrat nak menumpang kasih buat seketika. Gitu.
After siap segala persiapan aku pun berangkatlah dalam hari Isnin, iv aku hari Khamis berikutnya. Gila awal kau. Semangat tu mau ada. Hahah!
Tapi di sebalik awal aku pun, kira berbaloi jugak sebab aku nak kena shopping kasut pulak sebab kasut bertutup me non hado~
After borong Mydin USJ sana, rasa memang dah berpuas hati, kasut pun di beli.
Then, hari Khamis, dup dap dup dap jantung ini memainkan irama tidak menentu. Eh kau ni, sebelum ni relaks relaks sahaja. Apsal kau hari ni?
Nak di jadikan cerita, kasut yang aku baru beli tu boleh pulak longgar. Memang konfem konfem lah tak selesa kau nak jalan. Berbaju kurung ayu bagai dah. Mai tang kasut, boleh dok naya aku. Time tme ni la nak jadinya.
Takpa takpa, cover la i kan jalan macam orang tempang.
Sampai je dekat company tu kena masuk bilik meeting menunggu interviewer datang. Sebelum tu, masuk la seorang demi seorang candidate. Sudah, makin ramai pulak yang masuk ni. Berapa ramai yang nak interview ni? My jantung ni toksah dok cerita la. Rasa time tu macam duduk kat kutub utara pun ada. Sejuk gila!
Tapi, actually candidate semua 9 orang saja. hahaha!
Then dalam pukul 1015 am, kakak receptionist datang inform interview start 1030 am sebab interview baru sampai. Jalan jammed. So, kitorang pun tunggu la lagi dok menanti giliran.Aku cuba tenangkan hati aku ni seboleh mungkin. Takpa, habis interview ni, lega lah rasa. Tunggu dorang call offer ke tak. At least aku dah cuba. be positive my litle cutey girl~ yeah!
Disebabkan aku orang ke 2 sampai awal, so aku akan masuk dulu dengan first and third candidates. Alhamdulillah. Nasib baik semua pompuan. Takda la nebes sangat. Pheww~
Then after habis je interview, terus interviewer tu cakap,
"Okay, you'll get notified about the SECOND interview by next week"
Pehtu, kami bertiga yang comel berpakaian skema ini kelihatan terpinga pinga sebentar sambil mata dikelip kelipkan berulang kali.
"What do you mean by SECOND interview?"
"Actually there will be first and second interview. Then, if you passed those interviews, you will have one TEST for a week before you are confirmed to be our permanent staff."
Ok. fine.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Iv tu Khamis minggu lepas. Masih tinggal esok atau lusa untuk menanti email.
By now, duduk la aku bergolek kat bilik kawan aku ni. Untuk apa aku pun tak tahu. Untuk benda yang berbaloi atau pun tak, aku pun tak pasti.
*mohon dipermudahkan segala. hamba-Mu berserah. sobsobsob
No comments:
Post a Comment