Monday, September 15, 2014

sebab dia tak fikir macam kita fikir

 
 
kenapalah perangai dia macam tu kak? kenapa dia tak boleh ubah jadi camtu, bla bla bla jadi camni.

sebab dia tak fikir macam kita fikir.

maksud akak?

Allah jadikan kita saling bergantung sesama manusia. aku lupa kau ingatkan. kau lupa aku ingatkan. kalau dia pun fikir sama macam kita fikir, hidup manusia tidak perlu saling memerlu lagi. sebab dia dah tahu apa yang kita nak dia ubah dan berubah.

habis tu bila dia nak berubah?

bila kita mengingatkan. itu fungsi kita sebagai seorang sahabat. Allah bagi ujian pada dia. mungkin jalan penyelesaian di tangan kita sebagai seorang sahabat dia. jadi tugas kita untuk ingatkan. pesankan. kalau kita turut sama berdiam diri, bila dia nak tahu. cakap di belakang tak guna. lebih baik berdepan walaupun kita tahu kebenaran itu menyakitkan. itu kan lebih baik.

tapi kalau dah berkali mengingatkan, berpesan, masih begitu jugak. macam mana?

itu terpulang kepada diri dia. sekurangnya kita sudah mencuba menasihatkan. memesan. 


adik harap adik takkan jumpa lagi orang macam dia di masa akan datang nanti. annoying betul perangai dia!

kita tak tahu perjalanan kita di depan macam mana. selalunya apa yang kita nak tak dapat dan apa yang kita menyumpah taknak tu la yang mendekat!

tapi perangai dia tu buat adik tak tahan. sangat menyakitkan hati.

kita kena tahu bahawa setiap orang yang datang dan pergi dalam hidup kita tetap akan sikit sebanyak bagi pengajaran untuk diri kita. walaupun sedikit. walaupun dia hanya datang sedetik cuma. cuma mungkin kita tak nampak di mana lebih atau kurangnya bila dia 'menjengah' dalam hidup kita.

hmmm...tu lah. nak ditinggalkan pun, dia tu bestfriend.

itu risikonya bila ada terlalu ber'bestfriend'. tahu kan bestfriend jugaklah yang paling berisiko tinggi menjadi musuh nombor 1 kita.

ha ah. dah kalau nama pun bestfriend, segala serba serbi cerita rahsia pernah dikongsi bersama. pendek kata, kita serba tahu semua diri dia dan di pun macam tu lah.

tak salah ber'bestfriend'. tapi jangan terlalu. sekadar biasa biasa saja. kalau percaya, jangan TERLALU PERCAYA, serba serbi nak dicerita. kalau benci, jangan TERLALU MEMBENCI sampai berdendam hingga ke mati. kena tahu zaman sekarang nak cari kawan pun susah apatah lagi KAWAN SEJATI. kalau main tangkap muat, ini lah jadinya.

tu lah kan. tapi macam mana kak kalau dia masih lagi ada di 'masa-masa depan' adik? takutlah!

berdoa. minta bantuan Dia. 

"Ya Allah, sekiranya hadirnya di dalam hidupku adalah untuk menyenangkanku dan membawa yang terbaik dalam hidupku, maka permudahkanlah urusanku dengan dirinya dan lembutkanlah hatiku dalam menghadapi hari hari dengannya dan sekiranya sebaliknya yang telah Engkau tetapkan, maka Engkau ampunilah diri dan kelemahan diriku dan juga dirinya. Sesungguhnya kami tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kami melainkan Engkau Yang Maha Mengetahui."

adik memang berharap perangai dia yang satu itu akan berubah. sungguh!

jangan hanya berharap.

eh, adik berdoa juga supaya perangainya itu berubah.

ya. itu lebih baik. mendoakan sesama Muslim. tapi bukan doakan untuknya saja. doakan untuk adik juga sebab tak semestinya perangai kita ni serba sempurna!. 

hidup saling memerlu. saling menegur. saling mendoakan. itu sikap seorang Muslim. :)

No comments:

Post a Comment