Berikut merupakan 11 jenis coklat yang paling mahal di dunia.
11. Koleksi Coklat The Aficiondo.
Mungkin
coklat yang paling diminati bagi perokok-perokok di luar sana.
Dihasilkan oleh House of Grauer. Terdapat dalam pelbagai perisa seperti
susu, madu lebah, kulit kayu manis dan juga kacang hazel panggang.
Setiap bar coklat dibalut dengan daun cerut/tembakau, berat lebih kurang
277 gram dan berharga $275 [RM 835].
10. Coklat Michel Cluizel
Satu
paket mengandungi 400 keping coklat [handmade] dan dibalut dengan
design yang hebat. Bahan-bahan untuk menghasilkan coklat ini datang dari
10 ladang yang berbeza - Amerika Selatan dan juga Afrika. Kandungan
koko dianggarkan 33 hingga 98 peratus. Harga untuk satu kotak lebih
kurang $900 [RM 2731] atau $350 [RM 1062] untuk 454 gram.
Dengan
salutan emas yang tulen membuatkan coklat ni sangatlah mahal dan
terkenal. Diperbuat daripada biji koko, kepingan koko dan emas 24-karat.
Harga untuk satu kotak mencecah $409 [RM 1241] untuk satu hidangan
seberat 454 gram.
8. Koleksi Godiva "G"
Diperbuat
daripada biji koko dengan pelbagai campuran bahan-bahan yang lain.
Kotaknya yang dibalut dengan sutera halus yang sangat berkualiti dan
sangat sesuai dijadikan hantaran hadiah kepada wanita. Berharga $500 [RM 1516] untuk 454 gram.
7. Coklat Pierre Marcolini
Diperbuat dari kilang coklat terkenal di Brussels dan berharga $550 [RM 1669] bagi 454 gram.
6. Coklat Criollo oleh Richart Chocolates
Produk
yang paling mahal dijual oleh Richart Chocolates berharga $700 [RM
2125] untuk 454 gram. Coklat Criollos diperbuat dari buah koko dari
kawasan Chuao, Venezuela - sebuah negara yang dikatakan mempunyai buah
koko yang paling terbaik di dunia.
5. Gold and Diamond Chocolates oleh Cocoa Gourmet
Koleksi
diraja yang dihasilkan oleh Cocoa Gourmet menawarkan coklat perak, emas
dan permata tulen. Satu kotak dengan 12 keping coklat serba 4 keping
disalut dengan emas, perak dan permata tulen. Setiap kepingan coklat
mempunyai lapisan lembut krim putar Swiss. Setiap logam yang disalut
coklat disahkan oleh standard antarabangsa bagi industri pemakanan. Satu
kotak mencecah $1 250 [RM 3794], lebih kurang $790 [RM 2398] untuk 454
gram.
4. Koleksi Noka Vintages
Diperbuat
dari campuran koko asli dari ladang kawasan Trinidad, Venezuela, Cote
d'Ivoire dan Ecuador. Coklatnya adalah asli tanpa campuran perisa
mahupun bahan-bahan yang lain. Untuk 454 gram coklat ini berharga $850
[RM 2580].
3. Chocopologie oleh Fritz Knipschildt
Dihasilkan
oleh pembuat coklat terkenal dari Connecticut dan diperkenalkan sejak
1999. Diperbuat dari biji koko berserta truffles yang berkualiti tinggi.
Ianya akan dibuat jika terdapat permintaan sahaja. Berharga $2600 [RM
7892] untuk 454 gram.
2. Coklat Swarovski-studded oleh Harrods
Coklat
kedua termahal di dunia. Satu kotak mencecah harga $10 000 [RM 30 352].
Mengandungi 49 keping bagi satu kotak. Ianya disematkan dengan batu
kristal Swarovski dan dibalut dengan sutera India [handmade]. Kotaknya
juga dihias dengan jalur-jalur emas dan platinum. Setiap kepingan coklat
disematkan dengan sekuntum bungan kristal.
1. Le Chocolate Box
Coklat
yang mencecah harga $1 000 000 [RM 4 552 800] hanya untuk sekotak.
Dengan kotak yang direka khas oleh Simons Jewelers disertakan dengan
koleksi coklat Le Chocolate. Selain itu, kotaknya juga dihias cantik
dengan rantai leher, anting-anting, cincin dan gelang tangan yang
diperbuat dari permata biru dan kuning, hijau zamrud dan nilam.
p/s: ai nak coklat nye aje. kotak tak hias pun takpe. ai bukan nak makan kotaknye pun~
No comments:
Post a Comment