Kewarganegaraan memainkan peranan yang amat penting bagi identiti dan keperluan hidup seseorang , tetapi bagaimana pula jika tidak pasti kewarganegaraannya?
Jom saksikan gaya kehidupan sesetengah penduduk yang hidup di antara dua sempadan negara. Projek ini dihasilkan oleh Valerio Vincenzo yang bertajuk Les frontiers de la paix yang membawa maksud 'Sempadan keamanan'.
Sepanjang tempoh 8 tahun dan mengembara sejauh 10,000 batu, Vincenzo merekodkan sempadan-sempadan dalaman Kesatuan Eropah. Menggunakan kamera Hasselblad 1964 dengan sekeping lensa 50mm, dia merentas mengelilingi beberapa buah negara seperti Perancis, Itali, Jerman, Switzerland, Poland dan Austria.
Vincenzo menceritakan bahawa idea untuk mengembara mengelilingi negara-negara Eropah tersebut tercetus semasa Perang Dingin (ca. 1947-1991) di mana pada waktu itu kawat duri, dinding atau peronda sempadan yang menjadi penanda antara sempadan-sempadan negara. Vincenzo mengingat kembali Penjanjian Schengen Kesatun Eropah 1995 yang menyatakan bahawa orang-orang Eropah bebas untuk mengembara dan memilih mana-mana kerakyatan di negara-negara dalam Kesatuan Eropah. Dilahirkan di Itali pada tahun 1973, Vincenzo menetap di Perancis selama 10 tahun dan sekarang di Netherlands. Dia menganggap dirinya adalah sebahagian daripada "Generasi Schengen".
Kepelbagaian budaya, bahasa, dan tradisi walaupun hanya benua kecil sangat menarik minat Vincenzo, namun kini dia menganggap Eropah sebagai satu peluang, terlalu kompleks. "Saya mahu memberi penjelasan terhadap perubahan ini, dan saya memilih untuk menunjukkannya dengan cara yang mudah. Lebih dari sempadan-sempadan lalu, saya mahu bercakap soal sempadan-sempadan akan datang."
Sumber: Featureshoot all photos credited to Valerio Vincenzo
pisah dengan line jalan ja? cool. Teringat ustaz bagitau eropah ni memang tanah yang subur.
ReplyDeletetengok Germany - Austria teringat pulak ke Sounds of Music
ReplyDelete