Seorang jurugambar Honolulu, Diana Kim sering menceritakan tentang kehidupan masyarakat gelandangan bandar selama bertahun-tahun dan dia sendiri tidak menyangka bahawa salah seorang seorang gelandangan tersebut merupakan ayahnya sendiri yang selama ini terpisah dan hidup berasingan dengan keluarganya. Dari kejauhan, pandang sayu ayahnya yang sedang duduk di atas kotak-kotak terbuang.
Ayahnya meninggalkan mereka sekeluarga sewaktu Kim masih lagi kecil dan Kim banyak menghabiskan zaman kanank-kanaknya dengan berpindah kesana sini demi mencari tempat berteduh bersama-sama saudara maranya. Dia hanya mengetahui sedikit sebanyak mengenai ayahnya melalui perkhabaran dari neneknya yang menyatakan ayahnya itu mengidap skizofrenia yang serius.
kenangan Kim bersama ayahnya pada tahun 1988
Kim yang masih menuntut sebagai seorang pelajar dalam jurusan undang-undang, juga merupakan pengasas The Homeless Paradise iaitu sebuah pertubuhan untuk memeberi kesedaran kepada keluarga terdekat yang mengabaikan gelandangan seperti mereka dan Kim telah berkolaborasi dengan ayahnya demi menjayakan organisasi ini. Pertama kali dia melihat ayahnya membuatkan dia berfikir banyak kali sama ada untuk menjaganya atau tidak; dengan keadaan ayahnya pada ketika itu yang lebih kurus dan bajunya dipenuhi dengan kotoran tanah.
7 Ogos 2014
Orang yang lalu lalang melintasi ayahnya langsung tidak menghiraukannya. Kim cuba memanggil ayahnya namun dinasihati pejalan kaki di situ supaya jangan cuba menegurnya kerana pasti tidak akan dihiraukan.
12 April 2013
Selama 2 tahun si anak melawat ayahnya di tempat yang sama dari sehari ke sehari. Dia akan berjumpa dengan ayahnya ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, dan selepas dia menidurkan anaknya di rumah. Pada mulanya si ayah langsung tidak menyedari dan mengesyaki apa-apa mengenai anak perempuannya itu. Si anak membawa pakaian kepada si ayah, cuba untuk memindahkannya dari kawasan itu, memujuk si ayah untuk diberikan bantuan namun si ayah selalunya diam membisu dan tenggelam di dalam dunianya sendiri. Terasing :'|
5 Jun 2014
Kim tidak putus asa dan masih duduk di samping ayahnya. Dan sampai ke satu tahap dia terlalu sedih melihat ayahnya, Kim putuskan untuk menghabiskan masanya dengan hanya mengambil gambar ayahnya melalui sebuah kamera. Dia pulang ke rumah dan apabila melihat semula semua gambar tersebut dan apa yang dilihatnya hanyalah kesedihan.
Pada tahun 2014, Kim kembali memburu kehidupan harian ayahnya demi mencari ayahnya yang hilang. Namun pada waktu itu dia mendapat tahu ayahnya menderita sakit jantung dan sedang dirawat di sebuah hospital. Semasa dirawat di hospital, penyakit ayahnya semakin sembuh dan dalam masa yang sama hubungan dia dan ayahnya semakin terbina.
Kini ayah Kim semakin kuat semangat. Dia mula keluar mencari kerja dan banyak meluangkan masa bersama anak Kim. Apabila dia melihat foto yang dihasilkan oleh Kim, hatinya sangat tersentuh.
Kim berterima kasih dan menghargai ayahnya dalam membantunya memberi sokongan dalam bidang fotografi. Kenangan bersama ayahnya sewaktu dia kecik termasuklah hadiah rahsia gummy bears (ibunya tidak suka dia makan makanan sebegitu) dan juga sebuah studio gambar di Pulau O'ahu. baru-baru ini Kim menghadiahkan ayahnya sebuah kamera dan turut mengikut Kim dalam mengambil gambar di jalanan.
16 Disember 2014
Kim turut mengakui yang dia telah pun memaafkan kesalahan ayahnya. Seperti yang tercatat dalam misi The Homeless Paradise. "Nobody is perfect". Kesudahannya, kita semua adalah manusia, dan kita cuba untuk bergerak ke arah yang sama - dan adakalanya ke arah yang tidak sepatutnya. Masih terdapat ramai lagi ayah, ibu, dan kanak-kanak yang masih hidup bergelandangan di luar sana.
1 Disember, 2014
10 Februari 2015
Kim bersama ayahnya :) - 17 Julai 2015
Pertama kali pertemuan antara Kim dengan cucunya :')
Kim turut mengesyorkan sesiapa yang berminat untuk menderma kepada The Homeless Paradise dan mengikuti perkembangan projek mereka di blog, Instagram, Facabook dan juga Twitter.
Kecantikan itu adalah anugerah......http://caprierna87.blogspot.com/2015/08/kecantikan-itu-adalah-anugerah.html
ReplyDelete