muka bebas jerawat? sapa tak suka? bagitau sikit. even dalam tv pun banyak iklan promote pencuci muka itu ini. mengalahkan perempuan pulak. jadi sebagai kaum perempuan memang agak malu la kan kalau kita tak pandai jaga kebersihan diri.
ramai tertanya tanya kenapa dah cuba pelbagai produk dari murah sampai la paling mahal pun, jerawat di muka masih lagi bertebaran dengan megahnya! syuh! syuh! pegi main jauh jauh. jangan bertapak kat muka aku!
sebenarnya ada banyak faktor mengapa muka kita berjerawat. bergantung kepada diri seseorang tu jugak. sebagai contoh, antibodi bagi setiap orang tak sama. sesetengah boleh melawan jenis bendasing yang masuk ke dalam badan, sesetengah lagi mungkin tidak. bagi sesiapa yang kurang daya tahan, bahan bahan pelik dalam badan tulah yang menyebabkan cepat sakit ke, muka yang licin mulus tiba tiba timbul sebiji dua ke, dan macam macam lagilah.
kat sini aku nak share sikitlah pendapat aku bagaimana nak hilangkan jerawat dan parut jerawat yang bermaharajalela di permukaan kulit mulus itu. ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri ya.
1) Kenal pasti tahap resdung.
yang ni penting sebab bagi sesetengah yang mempunyai resdung yang kuat, pantang itu adalah MESTI! ingat ni. ini penting. berdasarkan pengalaman dan sumber yang aku baca, makanan yang tak boleh dimakan adalah ayam, telur ayam, produk makanan berasaskan ayam, belacan, seafood, dried foods.
korang boleh je kalau still nak makan dengan syarat perlu ada ubat resdung yang mengiringi lah. sekarang ni berlambak produk resdung kat pasaran. cuma kena tahu yang mana sesuai dengan korang.
pemilihan ubat resdung perlulah bijak. ubat resdung yang berasaskan akar kayu akan membuatkan nafsu makan korang semakin meningkat. tak percaya, try lah! ohoi~
contoh ubat resdung yang berasaskan akar kayu
bercakap pasal resdung, mengikut kata orang tua tua, resdung tidak boleh dibuang. lagi kita buang, lagi banyak ulat ulat resdung akan membiak. setakat makan ubat sahaja untuk menghilangkan rasa gatal gatal dan sakit di bahagian resdung tersebut. sejauh mana kebenaran tu, wallahhu 'alam.
2) Perlu jaga pemakanan.
apa yang kita makan itulah yang akan membentuk diri kita kan? so, kenalah jaga. mulut memang nak sedap mengunyah je kan, yang seksanya badan.
sebagai contoh, ada yang tak boleh makan kacang. makan je, mula la timbul sebiji dua kat muka. sebiji dua tu takpe lagi, ni membiak dengan jayanya pulak tuh!
macam point yang aku cakap kat atas (resdung), kalau korang main hentam je makan itu ini, pantangnya tak mahu, korang tak perlulah nak comsume apa apa facial produk even yang mahal sekalipun, tak jalan jugak.
even kakak promoter yang reccommended facial kat aku dulu pun tanya sama ada aku ada alahan atau tak dan dalam masa yang sama turut sama syorkan aku jaga / kawal cara pemakanan.
3) Pilih facial product yang bersesuaian.
ini juga penting sebab kalau salah pilih produk, kesannya muka akan mengelupas, kulit akan memerah, dan mungkin jugak akan makin tambah berjerawat.
sebelum consume apa apa jenis produk, korang haruslah tahu jenis kulit muka korang sama ada jenis normal / kering / berminyak / combination. tak boleh main hentam je. oleh sebab itulah disarankan beramah mesra, jangan segan malu untuk bertanya kepada promoter atau owner yang jual produk tu jenis kulit muka korang. untung untung dia bagi tips lagi untuk korang jaga muka, makan dan even more. haha!
4) Supplement tambahan - Vitamin C atau lain lain
4) Supplement tambahan - Vitamin C atau lain lain
ada sumber mengatakan untuk menghilangkan jerawat, perlu makan Vitamin C. consumed Vitamin C ni pun sama jugaklah, pemakanan masih perlu dikawal. no pain, no gain right?
boleh dapatkan di mana mana store - GNC Livewell / Guardian / Watson.
boleh dapatkan di mana mana store - GNC Livewell / Guardian / Watson.
5) Minum air masak / air kosong / air putih / air jernih dengan mencukupi.
okay. rasanya yang ni korang pun memang dah sedia maklum mengenai kebaikan air putih. boleh menghilangkan ketidakselesaan perut kalau terlebih makan pedas, boleh mengurangkan rasa lapar, membuang toksik dalam badan dan lain lain lagi lah.
dan kalau korang perasan, produk kecantikan yang berasaskan minuman (yang semakin bertimbun di pasaran) pun, turut mengesyorkan korang minum air berliter liter untuk kesan yang lebih cepat.
No comments:
Post a Comment