Friday, October 31, 2014

Makanan Pencegah Kanser. Dengan Izin Allah...

 
 Jom hari ni kita sembang2 pasal kesihatan sikit. dulu niat nak jadi dokter. lantas si puan emak pun bertanya

"hang berani ka nak cucuk2 anak orang? mati satgi dok kena bayaq saman pulak"

ok.cukup dengan pertanyaan tu membuatkan diri beta ku terus tukar profesyen. kita shift tu bidang enjinia. seksa sungguh rasa dok dalam bidang ni. tetap salah langkah jugak aku rasa. *fedap aku taktau bidang apa yang bekenan di hati. semua tak kena.

berbalik kepada tajuk kita.

Top 4 makanan karsinogenik yang mesti dielakkan

Potato Chips dan French Fries


Fries McD ni ada bahan yang dipanggil acrylamide yang sangatlah bahaya kepada tubuh badan manusia. Selalunya industri akan guna acrylamide ni untuk buat plastik ataupun kertas. dorang tak gunakan untuk buat makanan tapi acrylamide ni akan terhasil/terjadik dengan sendiri bila kita panaskan makanan dengan menggunakan suhu yang tinggi macam goreng fries ke, chips potato ke.

Lemak Teroksida


Lemak2 yang ada dalam minyak yang tak tepu macam minyak zaitun ataupun minyak kanola ataupun mana2 minyak sayur yang lain, akan berbau tengik bila terdedah kepada udara dan berkeadaan panas. kalau macam kita simpan2 biasa tu terdedah sikit2 kat udara takpe, tapi dia akan jadi bahaya bila kita goreng dengan menggunakan suhu yang tinggi.


Nitrites

Sodium Nitrite juga merupakan bahan tambahan dalam beberapa jenis makanan esp daging yang diproses dan juga hot dogs. Nitrite ni akan jadi kasinogenik bila bergabung dengan kumpulan amin yang terdapat dalam makanan berprotein tinggi. kalau bahan ni berlebihan dalam badan akan menyebabkan gastrik.

Makanan yang digril atau dipanggang dengan menggunakan arang


kajian membuktikan bahawa sesuatu makanan yang terdedah kepada haba yang tinggi dengan masa yang lama esp daging, akan lebih berkarsinogenik - kebab mungkin?

Top 4 makanan yang anti-karsinogen

Beri

*purple berry

buah2 beri yang segar esp yang kale2 gelap macam ungu gelap tu memang mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan dapat membantu mencegah kanser. dalam buah beri ni juga ada phytoalexin yang boleh membantutkan pertumbuhan proses2 karsinogenesis yang sedang membiak dalam badan.

turmeric [kunyit]


kunyit ni kaya dengan kandungan anti-karsinogen jugak. mengandungi bahan kimia yang dipanggil curcumin - boleh membantutkan pembentukan sel2 kanser.

makanan berasaskan tomato

lycopene yang terdapat dalam tomato juga merupakan bahan anti-karsinogen yang kuat. tak kesahla toamato fresh ke, sos tomato ke, tomato paste ke...semua ada bahan anti-karsinogen ni.

sayur2 dari famili mustard [Cruciferous vegetables]


*brokoli

* kale

contoh: segala jenis kubis, bunga kubis, brokoli, salad. jenis2 sayur ni ada bahan yang dipanggil selenium yang boleh mencegah kanser. so, rajen2 kan makan sayur yang hijau2 ni yep :p
 

Wednesday, October 29, 2014

Wisteria Tunnel, Japan


Terowong Wisteria terletak di Taman Kawachi Fuji, Kitakyushu Jepun. Bunga Wisteria akan tergantung di bahagian atas terowong dengan berbagai bagai jenis warna membentuk pemandangan yang sangat indah. Wisteria merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang paling cantik dan mempunyai batang berpokok yang sangat keras. Bunga wisteria mengeluarkan bau yang wangi dan terdapat berbagai jenis warna termasuklah putih, biru, ungu, biru violet, dan juga merah jambu. Wisteria akan berbunga pada penghujung April sehigga pertengahan Mei (bergantung kepada cuaca).

 

Wisteria (juga dipanggil Wistaria atau Wysteria) merupakan genus tumbuhan berbunga dalam keluarga pea, Fabaceae, termasuk dalam 10 species tumbuhan berkayu yang memanjat - terutamanya dia timur Amarika Syarikat, China, Korea dan Jepun. 

Manakala tumbuhan berair yang juga mempunyai nama seperti wisteria atau 'water wisteria' berasal dari famili Acanthaceae.

 




 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 
dan tahukah anda...? (eh tetiba)





 


 

 Sumber: 1

Tuesday, October 21, 2014

Kerana aku sering terlupa

 
kadang kadang apabila melihat kelemahan seseorang, selalu sahaja aku mentertawakan kekurangan mereka dengan merasakan seolah olah akulah yang lebih baik daripada mereka.

namun aku lupa bahawa Engkau ada menyebut:

"Wahai orang yang beriman, janganlah suatu golongan mengejek golongan yang lain, kemungkinan mereka (orang yang diejek) lebih baik daripada mereka (orang yang mengejek)."
[al-Hujurat 49:11]

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."
[at-Tin 95:4]

adakalanya aku selalu menegur keterlanjuran teman temanku dengan bicara kasar lagaknya seperti orang serba tahu segala. seperti akulah ketua dengan lagaknya berbicara.

namun aku lupa bahawa Engkau ada menyebut:

"Berbicaralah kepadanya dengan kata-kata yang  lemah lembut. Mudah mudahan dia akan ingat dan takut (kepada Allah dan insaf)."
[Taha 20: 44]

kadang kadang apabila disakiti dan dikhianati oleh  teman temanku sendiri, sering sahaja aku mengungkit pemberianku terhadap mereka suatu ketika dahulu.

tapi aku lupa, Engkau ada menyebut:

"Jangan kamu rosakkan sedekah kamu dengan perbuatan mengungkit dan menyakiti."
[al-Baqarah 2: 197]

ketika berlakunya pertelingkahan sering sahaja aku yang ingin menang walau aku tahu kesalahan itu berpunca  dari diriku sendiri. sering saja aku mencari alasan dengan cuba menyalahkan orang lain.

tapi. tapi aku lupa bahawa Engkau juga ada menyebut tentangnya:

"Dan janganlah mencari-cari kesalahan orang lain."
[ al-Hujurat 49: 12]

di kala aku tidak dapat memiliki apa yang aku inginkan, senantiasa aku menyalahkan takdir-Mu dan menganggap bahawa apa yang berlaku serba tidak adil.

tapi Engkau ada menyebut:

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal buruk kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya."
[al-Baqarah 2: 216]

kesekian musibah melanda diri, kurasakan keyakinanku semakin hilang. daku sering tertanya mengapa aku sahaja yang diuji sebegini rupa berbanding insan lain.

namun aku tidak tahu bahawa Engkau ada menyebut:

"Janganlah kamu berasa lemah dan berdukacita, sebaliknya kamulah orang yang tinggi (darjatnya) jika kamu beriman."
[Ali-Imran 3: 139]

malah Engkau turut menyebut:

"Tidak ada suatu bencana pun yang menimpa di Bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu lebih mudah bagi Allah."
[al-Hadid 57: 22]

terkadang aku merasakan bahawa aku sudah melakukan yang terbaik sehabis mampu dan berusaha sepenuh tenaga demi mencapai yang terbaik, namun masih lagi aku ditindas dan dizalimi.

tetapi Engkau sentiasa mengingatkan daku bahawa:

"Dan janganlah engkau menyangka bahawa Allah lalai daripada perbuatan yang zalim, mereka cuma ditakhirkan (diberi penangguhan), sampai kepada hari yang padanya terbeliak kaku pandangan mereka. Mereka terburu-buru sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip dan hati mereka kosong." 
[Ibrahim 14: 42-43]

di saat hilang arah tujuan, kurasakan diri ini semakin jauh dari-Mu. diri terasa sungguh hina dan malu untuk berdoa kepada-Mu. adakah Engkau masih sudi mengampunkan hamba sehina daku ini?

namun berterusan Engkau mengingatkan, memujukku:

"Jika hamba-Ku bertanyakan kamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala mereka berdoa kepada-Ku. Oleh sebab itu, wajarlah mereka seruan-Ku dan beriman dengan-Ku, semoga mereka beroleh petunjuk."
 [al-Baqarah 2: 186]

di kala diri dilanda kekusutan maha sesak sehingga kurasakan tidak terdaya untuk diteruskan kehidupan ini. aku buntu. putus asa.

namun, Engkau ada menyebut:

"Adakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu sebagai sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
[al-Mu'minun 23: 115]
 
Ilahi Rabbi,
kupanjatkan doa ini tulus untuk-Mu.
sequdus doa yang diajari oleh kekasih-Mu yang agung, Muhammad tercinta.
dalam menanti qudus sinar-Mu, Engkau redhailah daku.

Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan memperbaiki ibadah kepada-Mu.
Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada kesusahan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau daripada kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau daripada sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau daripada himpitan hutang dan paksaan orang.
Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan mata manusia. 
Ya Arham al-Rahimin, Engkaulah Tuhan orang yang ditindas dan Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah akan Engkau serahkan diriku ini? Kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang akan menguasai aku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli.
Wahai Yang Hidup dan Yang Berdiri Sendiri!
Dengan rahmat-Mu aku memohon bantuan. Perbaikilah urusanku dan jangan Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun.

Amin Ya Rabbal 'Alamin. 

bantu ku dengan sentiasa memberi peringatan padaku kerana aku juga seringkali alpa. lupa.
lupa bahawa Allah ada menyebut:

"Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu akan memberi manfaat kepada orang yang beriman."
[az-Zariyat 51: 55]

terima kasih kepada yang sudi menegur kerna kutahu diri ini tak selamanya luhur. 
adakalanya langkah perjalanan terasa kabur. malah pernah jatuh tersungkur.
namun dikurniakan sahabat sepertimu. 
sesungguhnya kehadrat Ilahi Rabbi ku panjatkan syukur.
 

Friday, October 17, 2014

Job Scammed: Pro in Service?

 
 
dada berombak ombak kencang nak tulis entri ni.
nak kata marah atau confused atau kecewa atau speechless, semuanya ada.
aku tak tau sama ada ini betul job scammed atau sebaliknya, tapi untuk korang kat luar sana mohon berhati hati lah ye kalau korang akan telah/sedang/akan 'berpengalaman' macam aku nak cerita ni.

10 October 2014 (Friday)

I was called by an unknown number: 03 - 2261 4082 (4.45 pm)
then aku tengok jam dah pukul 5 lebih mungkin dah habis office hour, so I decided not to call them back.
tapi esok tu (Saturday, 1.42 pm), aku just try nasib lah, try called kot kot office dorang kerja hari Sabtu jugak. tapi tak berjawab.

13 October 2014 (Monday)

Once again, they called me back at 2.53 pm (miscalled) and I call them back at 3.34 pm.
hello, ni siapa ya?
boleh saya tahu siapa bercakap ya?
saya ___.
ya, kenapa ya cik ____?
erm, hari tu number ni ada called saya. so saya nak tahu siapa yang called tu.
okay macam ni cik ___, nanti saya check dengan management dan akan called you back lah.
okay, terima kasih. bye.

 3.37 pm
satu panggilan dari number 03 - 2261 4134

hello, boleh saya bercakap dengan cik ___.
ya saya bercakap. 
okay, saya dari company ___, kitorang reviewed resume awak dari Jobstreet, dan nak offer awak sebagai admin. jadi, saya nak tanyalah sama ada awak dah kerja ke belum sekarang ni?
ohh, belum. saya masih belum bekerja. (super excited nak mampus)
okay, company kami ni di KL Central dan boleh tak saya nak arranged interview untuk awak esok?
erm, aaa, erm, aaa, (gagap pulok!) boleh tak bagi saya masa sebab saya masih kat kampung ni.
so, bila awak available?
dalam Khamis (16 October 2014) boleh?
Khamis ni (16 October 2014) atau Khamis minggu depan (23 October 2014)?
kalau nak ASAP, Khamis ni lah.
 sebelum tu kami nak tanya nanti awak datang KL awak akan tinggal kat mana?
kat rumah sewa kawan saya.
kalau nak datang kerja hari hari tak jadi masalah lah ya? (macam confirm jah aku akan dapat job tuh)
let's say kalau saya betul dapat kerja tu, kawan saya akan arranged rumah sewa untuk saya.
ohh macam tu ke?
kenapa ya, company ni ada offer sekali tempat tinggal ke?
eh takda la. kami taknak awa ada masalah nak datang kerja nanti.
ohh, tak kot buat masa ni (yakin celah mana taktau -..-'_
kalau macam tu, esok (14 October 2014), saya akan called awak balik lah untuk confirmation.
okaylah bye.
then berbalas salam.

*manis suaranya. lembut percakapannya.
semua ada makna tuuu~
 
then aku baru sedar, aku lupa nak tanya dorang dari company apa sebab masa awal awal dia introduced tu aku cuma  dengar pro pro jah.
jenuh mau search nanti. 
so, aku try called number tu (03 - 2261 4134) balik. 
5 kali.
tak angkat.
line busy.

15 October 2014 (3.24 pm)

aku tunggu punya tunggu punya tunggu (see, betapa gilanya aku nak dapat kerja, macam tunggu ayam jantan nak bertelur -..-), dorang tak call pun. cuaca makin gelap nak hujan. kang kalau guruh kilat dah tak boleh nak cakap phone. so, aku pun called dorang.. (03 - 2261 4082)

hello, saya ___.
ya kenapa ___?
boleh  sambungkan saya ke ext. 4134?
boleh saya tahu untuk apa?
hari tu number ni ada called saya offer untuk position admin dan dia janji nak call saya untuk confirmation. 
ohh, siapa PIC?
alamak, saya lupa nak tanya la pulak. (sambil gelak mengekek)
erm, dari company mana?
pun tak tahu jugak.
okay, nanti saya check dengan management dan kami akan call awak balik ya.
okay. terima kasih. bye.
bye.

time dia tanya company apa tu, aku dah mula pelik. apa, dorang ni ada beratus company ke kena handle?
tapi aku abaikan jah.
then lagi sekali aku punya tunggu punya tunggu,

(5.23 pm: 03 - 2261 4134)

hello, boleh saya bercakap dengan cik ___.
ya, saya bercakap.
ya, ada apa ___?
saya nak inform yang saya tak available Khamis esok (16 October 2014) sebab Ahad ni baru saya bertolak ke KL. kalau nak jugak, dalam Selasa minggu depan lah. takpa ke?
ouh, kiranya awak available Selasa minggu depan lah ya?
ya.
kiranya saya arrange interview untuk awak Selasa minggu depan pukul 10 pagi ya?
okay baiklah. tapi sebelum tu saya nak tanya beberapa soalan lah.
nak tanya apa ya?
ni dari company apa ya?
Pro in Service.
boleh saya tahu siapa yang bercakap (PIC)?
Miss Baizura.
err, company ni industry apa ya?

mungkin disebabkan aku banyak sangat tanya,

takpa, takpa, awak jangan risau. awak datang ja interview. nanti kami akan explain detail semua pasal company ni dekat awak. saya akan in charged awak untuk interview nanti.
ouh, boleh pulak macam tu? saya tak perlu tahu langsung pasal company ni?
takpa, jangan risau. awak cuma datang bawak document penting saja nanti.
okaylah kalau macam tu. terima kasih. bye.

then, berbalas salam.

secara jujurnya, time aku tengah berurusan dengan semua ni, aku banyak baca doa ni. dan Alhamdulilah Allah tolong aku dari semua keraguan.


"Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Berdiri Sendiri. Dengan rahmat-Mu, aku memohon bantuan. Perelokkanlah semua urusanku dan jangan sesekali Engkau serahkan segala urusanku kepada diriku sendiri walau apa sekalipun."
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kebimbangan dan kesedihan. Aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat kedekut dan penakut dan aku berlindung kepada-Mu daripada dililit hutang dan tekanan orang lain"

berbalik kepada cerita tadi...

even dia cakap tak perlu risau pasal company tu, aku tetap insisted nak search jugak. kot kot ada orang buat reviews kan. boleh tau sedikit sebanyak pasal environment kerja kat situ macam mana.

then aku jumpa...

 


 


then, aku pun terkejut.
ohmaii~
then terus rasa excited nak buat entry ni.

untuk baca lebih lanjut, boleh ke blog Unspoken Words.

for those that craving so much nak dapat kerja tu kan, mohon berhati hati.
rezeki kita tu tetap ada.
Allah dah tetapkan. 
lambat atau cepat saja.

dan ingat, Allah sentiasa lindung hamba hamba-Nya yang tak putus putus usaha. bukan yang selalu cari jalan nak MENGANIAYA.

okay. ciao~

 

Monday, October 13, 2014

Candid bersama anak Sona

 
 hello para jejaka dan wanita budiman di luar sana.
entri kali ni aku nak share pasal keluarga Sona pulak.
pun sama jugak. bukan orang penting pun.
kucing jugak.
haaa~
jangan men men, kucing pun kena ada nama jugak tau.
mana nak tau kot kot dalam dua tiga hari kemudian kerajaan suro pakat p buat ic ka bagai, senang den~

Sona ada 2 ekor anak.
yang cute. yang comel. yang photogenic.
tapi. tapi. dan tapi.
walaupun begitu, perangai punggung mereka tak sebegitu comel seperti rupa parasnya.
tak behave orang putih kata.
loglaq orang kampung kata.
punggung super tak bertamadun. itu aku kata.
apa apa pun, malas merepek panjang, jom kita layan jah!

 
ini yang pertama. nama masih belum bagi lagi. 
kami panggil 'yang oren tu' atau 'anak Sona yang segak tu' atau 'anak Sona yang berak merata tu la'
kelebihan dia: candid ever~

 
ni pulak yang kedua. 
pun takdak nama lagi.
kami panggil 'anak Sona yang huduh tu' atau anak Sona yang mandom' atau 'anak Sona yang makngot tu la'
dia ni pun sama ja. kaki berak merata. 
tsk. tsk. tsk. no good. no good. -_-'

ini bukan anak Sona.
boleh la dipanggil anak angkat kot.
aku panggil Kemetot sebab dia agak kecik berbanding budak budak lain.
abang aku panggil Che Lah sebab orang yang terdropped kucing ni nama dia Che Lah.
super cerdas dan suka tido dalam enjin keta.
macam mana boleh termuncul kat rumah aku sebab terdropped dari enjin keta Che Lah tu la~ puii

jom kita layan pulak candid candid mereka.

 
disebabkan agak penakut dengan manusia, ni la keja dia.
menyorok pun dekat pokok bunga.
ni lah salah satu punca habih rongeh pokok bunga rumah aku. -..-'

yang ni pulak candid yang oren tu.
konon konon pemalu. dan ayu. dan kaver abes.




 

 disebabkan cemuih / muak tengok camera, pandang ke lain lagi best.





 

habeh candid super comel, layan candid super makngot pulak -..-'



 
ini maknya Sona. kaki tido sama macam anak jugak.



 
gaya kuak rama rama pun ada hokay~


okay, tu ja la kot nak share untuk entri kali ni.
thanks to all yang sudi baca dan ngomen ngomen.
malas merapu panjang. orang bukan minat nak baca pun.
letak gambar sudey~
ciao~