Sunday, August 24, 2014

resepi #part1: ketupat sotong

Assalamu'alaikum

sempena masih dalam mood Syawal ni, masih sempat lagi sekiranya kalau aku nak share satu resepi iaitu ketupat sotong. bahan bahannya pun mudah saja.

mestilah ada sotong, beras pulut yang telah dicuci, lidi, santan dan garam.


Step 1
sotong mestilah dicuci dengan sebersih bersihnya.

Step 2
sumbatkan beras pulut yang telah dicuci ke dalam sotong tadi. jangan penuh penuh sangat. nanti melimpah keluar semasa proses merebus.

Step 3
dengan menggunakan lidi, cucuk di bahagian atas sotong untuk dibuat sebagai penutup. cucuk la macam mana pun asal tertutup sudah.

Step 4
rebus sotong dalam santan yang dimasukkan garam secukup rasa. rabus sampai isi ketupat masak. done!


dah siap! kan dah cakap tadi. mudah je.
boleh dimakan begitu sahaja atau bersama kari daging / ayam. selamat mencuba!

terima kasih sudi baca :)


Saturday, August 23, 2014

homemade #part 1: kad ucapan

Assalamu'alaikum

dalam mengisi masa lapang yang terbuang begitu saja di pagi Sabtu ni, meh aku share idea nak buat homemade kad ucapan yang simple lagi kiut miut ni.


ada 3 jenis pilihan yang boleh dibuat. semuanya lebih kurang sama sahaja.


antara barang yang diperlukan pun mudah dan simple je. kertas warna ikut pilihan korang nak kale apa. gunting, homemade flowers, hiasan mengikut citarasa. warnakan ikut kreativiti. dan double side-tape. aku jarang guna gam sebab nanti basah dan menghuduhkan kad aku. -__-



first step, tekapkan kelopak contoh dan tekapkan di mana mana side kertas yang korang rasa berkenan di hati. dan pastikan kelopak tu di tekap sehingga ke hujung sisi kertas dan dilakar separuh sahaja. gambar di atas, aku tandakan dengan line hitam.

buat straight line dari sebahagian kelopak bunga yang korang tekap tadi. berdasarkan gambar di atas, kita akan buang side tepi di kedua dua bahagian.

then, dengan menggunakan double side-tape, bolehla korang tampalkan homemade bunga di atas kelopak yang baru dilakar sebentar tadi.

untuk kad bewarna pink dan kuning, lakaran seperti di bawah.



untuk melipat kad (lihat kad merah sebagai contoh), gulungkan dahulu kad tersebut sehingga bertemu kedua dua kelopak bunga kecik dan besar. satu sebagai penutup side luar, satu lagi side dalam. dan bila dah berpuas hati, bolehla dikemaskan bahagian kedua dua sisi kad tersebut seperti gambar kat bawah ni.

siap untuk bahagian luar, dan untuk bahagian dalam, korang boleh hiaskan mengikut citarasa sendiri. sebagai contoh seperti di bawah.
 

ikut kreativiti masing masing la ye. di bawah ni ada lagi contoh contoh kad bervariasi warna mengikut kombinasi warna yang aku rasa menarik la. berkenan kat hati aku. bukan korang. haha


kiut miut kan kan? macam aku cakap tadi. macam tuan belog ini jugak. 
selamat mencuba kalau rasa berminat.

terima kasih sudi baca :) ciao~

Thursday, August 21, 2014

bagi nasihat itu perlu.

Assalamu'alaikum

seronok ke bagi nasihat? kadang kadang nasihat ni akan keluar secara spontan apabila muncul keadaan tertentu macam ada sahabat yang datang meluahkan masalah dorang kan. kita yang sebagai pendengar adakala perlu berfikir terlebih dahulu apakah nasihat yang sebetulnya yang perlu diberikan kepada sahabat kita tersebut. mana tahu kan, tersilap cakap nanti, makin terbeban lagi masalah dorang. jom try usya kot kot apa yang aku merapu kat bawah ni dapat membantu korang dalam memberi nasihat yang lebih efficient bak kata orang tua tua. !_!


1) Dengar secara terperinci keseluruhan cerita.
Step ni memang amat penting la untuk kita tahu siapa watak utama, pembantu, antagonis, baik jahat sesuatu cerita. Kita kena tahu duduk pangkal kawan kita. Dan bagi respons apabila perlu sahaja. Jangan overreact. Angguk geleng bila perlu. Jangan dok terhangguk hangguk 24 jam. Nampak sangat sarcastic di situ. Dan paling penting adalah eye contact apabila kita sedang mendengar luahan dorang.

2) Beri sokongan apabila perlu dan bergantung kepada keadaan.
Ini juga penting dan bukan bererti kita bertindak sebagai batu api untuk mengeruhkan lagi keadaan. Teliti emosi kawan kita sama ada tengah marah, sedih, gembira atau excited ke. Let's say dia tengah marah kan, biar dia hambur puas puas apa yang terbuku di hati. Jangan menyampuk atau kata apa apa lagi. Dan yang penting jangan cuba sebelahkan pihak lawan dengan condemn kawan kita pulak. Ini bahaya. Serius bahaya.

3) Beri nasihat yang lebih bernas dan lebih professional.
Then bila keadaan dah kembali tenang, barulah kita perlu memberi nasihat yang lebih professional dan ke arah lebih menjernihkan keadaan. Dan untuk kali ini, bolehlah kita cuba untuk sebelahkan pulak pihak lawan.
Contohnya seperti:

"Mungkin dia lupa kot / tak ingat kot."
"Mungkin dia jenis yang tak tahu mintak maaf / berterima kasih."
"Mungkin dia ada masalah dengan buah hati dia kot / emo dengan kawan dia ke..."
"Mungkin dia ada penyakit kronik kot, mana tahu usia dia dah tak lama lagi ke. Kau maafkanlah dia."

3a) Sebagai tuan penasihat yang professional, kita perlulah nasihat secara ikhlas. IKHLAS.
Jangan menghambur dengan memaki hamun dengan mengutuk habis habisan pihak yang berlawanan dengan kawan kita sebab kita perlu ingat yang kita hanya mendengar cerita di sebelah pihak sahaja iaitu dari kawan kita. Kita masih belum mendengar dari sebelah pihak lagi. Kita perlu medalami masalah tersebut tetapi jangan terlalu emo memberi nasihat. Perlu bersederhana. Itu lebih baik.

3b) Menasihati jangan sampai dipengaruhi masa silam / kenangan pahit.


3c) Jangan cuba mengubah perangai seseorang.
Kita perlu ingat bahawa kita menasihati yang terbaik dan jangan sesekali cuba mengubah sikap / perangai kawan kita. Doakanlah yang terbaik untuk dia supaya semuanya kembali baik seperti sediakala.

Selalunya orang yang banyak bagi nasihat ni adalah mereka yang dah banyak melalui rintangan hidup dan memiliki pengalaman dalam menghadapi masalah tersebut. Nak bagi nasihat memang mudah tetapi bagi nasihat secara bernas bukan mudah. Sesorang tu perlu banyak membaca, paling kurang pun pernah merasai sendiri situasi tersebut.

Important Sidenote: Kadang kadang Allah hanya ingin menguji kita sebagai seorang sahabat dengan melihat bagaimana cara kita menghadapi kawan kita yang sedang mempunyai masalah, cara kita beri nasihat, handle / settle masalah tersebut. Kerana apa? Kerana insya-Allah, mana tahu Allah akan menguji kita dengan masalah sama seperti kawan kita tersebut. Sekurang kurangnya kita sudah ada pengalaman dalam nak hadapinya kan?

So, dengan sedikit coretan kemerapuan ni kalau ada yang rasa berguna dipersilakanlah..
Terima kasih sudi baca :)

Friday, August 15, 2014

cardigan itu.

Assalamu'alaikum

entry ni berkaitan dengan cardigan. tak sesuai untuk kaum adam kalau dorang nak baca. tak salah kalau  terus nak keep reading pun. :)

ekceli ramai kawan2 aku tanya kat mana aku selalu beli cardigan2 yang aku selalu ganyang sampai lasam tu. tengok dorang pun macam bekenan. tak sangka pulak kan sebab aku rasa taste aku ni payah orang nak bekenan. haha.

dulu memang aku tak bekenan langsung tengok orang pakai cardigan. rasa macam hudoh gila. [sesiapa yang baca ni, patik mintak ampun ya].

time keeps ticking, n people keeps changing. same goes too me :) and now im one of the big fan of cardigan! usya je page mana2, nampak orang update pasal cardigan, terus Like..then inbox, "still available?" *yang dok kata hudoh tadi tu.

ok lah. takmau buat mukaddimah panjang2. orang nak baca pun bosan. kita terus dengan main issue. kat mana kita tadi? ok. beli cardigan.


  Double Row Button Army Blazer
(RM53)
*now i own the blue one! :p


Sleeve Jacket with Patch on Shoulder
RM42
*come in 3 colour - beige, black, [own by my rumate - bella] n i own this blue one :D


 early autumn sweetheart striped bow pocket knit jacket (Black)
RM 28
*comes in 3 colour - blue, pink n now i own this black. :p

ok. now i earned 2 pieces more! will get it next week~ lalala


actually baru je Like page ni pagi tadi time kelas AVEVA. 1 pieces costs u about 30/40++ but if you buy 3 pieces sekaligus, just RM100 tawu.~ aku tak beli la sampai 3. bell beli 1, yg selebihnya tu..aku la. haha. olwes want more :p

 TOP JOINTED WITH JACKET
RM 45.00
*me order the right one

 JACKET
Price: RM 37.00
*ada 2 choice kale kalau tak salah. this pink dengan 1 lagi aku taktau. haha

ok. tu je sebenarnya cardigan yang aku own. buat entry macam ade berpuluh cardigan. ceh! 

semuanya beli secara on-line.

*pembelian secara online ni amat sesuai kepada insan2 yang malas nak ulang alik masuk fitting room macam aku je. -.-

ok, hepi shopping ^___^V!

   

windows explorer has stopped working.

Assalamu'alaikum

entri kali ni berkaitan dengan problem yang adakalanya terjadi tiba2 kat laptop korang. contoh kalau korang download muvie or apa2 je files, than internet connection putus, so files korang akan corrupt and mula la folder tu tak boleh bukak langsung. bila klik je, screen akan appear box cam kat bawah ni.


then, kali ni entry berkaitan cemana nak fix masalah ni. hope membantu lah ye

1) Klik kat 'Organize' then klik 'Folder and search options'

 
2)  Under tab 'View', korang TICK kan 'Always show icons, never thumbnails' dengan 'Display file size information in folder tips' SAHAJA. yang lain, UNCLICK kan.

 

then, hit OK. should be OK now! suitable for Windows 7, Vista & XP :D


decorate hadiah #part1.

Assalamu'alaikum

kali ni aku nak tunjuk cara2 decorate hadiah cara mudah. takyah beli kertas pembalut mahal2. tapi kalau korang malas nak ikut, its ok. boleh ikut cara masing2. :P

antara bahan2 yang diperlukan*ni bukan tuto nak ajar masak ye

 gunting, gam, kertas kale2, reben secoet, double-tape [if perlu], recycle paper untuk balut, dan seciput gambar hiasan

ok, mula2 balutkan hadiah dengan kerta recycle paper. kale putih pun tak pe. nanti lagi senang nak conteng2 :p

then, korang tampalkan seciput hiasan tu kat atas hadiah tu. macam gambar bawah ni.

tak kesahla nak tempek guna gam ataupun side-tape. tapi aku prefer pakai side-tape sebab nampak lagi kemas. kalau guna gam, nanti kertas jadi kedut2 bagai dimamah usia

pastu, dengan menggunakan lebihan2 A4 entah zaman bila dah korang tak guna tu, potong jalur2, halus2. dengan kuasa bulan mengikut kreativiti masing2, bentukkanlah apa2 sahaja yang korang suka untuk ditempek atas hadiah tu nanti. contoh aku buat bentuk hati, matahari dan flutterby

 nak buat saiz besaq mana pun takpa. aku buat kecik sebab nak jimat ketas. hehe

next, bolehlah create macam mana pun ikut suka hati korang lah. penggunaan kale LUNA ke, magic kale ke memang digalakkan since kita guna kertas A4 kosong masa mula2 nak wrap tadi kan. then lepas decorate..

 taraaa! jadilah seperti ini :)

Selamat mencuba ^_^'

Thursday, August 14, 2014

rezeki aku dan kamu.

Assalamu'alaikum

oh ini entry ke 2 dalam sehari. biasa. kalau baru berblog, akan sentiasa bersemangat untuk menaip entry. tipu kalau korang tak rasa gitu. ohoi~

tadi petang entry pasal interview. sepatutnya patut tunggu sampai Jumaat dapat kata putus dari company passed tak untuk interview ke 2. tapi. tapi. tapi.

esok seperti terpaksa pulang. apa perlu di buat? tak tahu.
langsung tak prepare apa apa. buntu.

tapi first things first, perlu call dulu company tu tanya terus dapat or tak. kalau YES, mesti dapat extent stay. but if NOT, bubbye Subang Jaya. babai Shah Alam. Selamat datang wahai Kedah tercinta (!__!)

cerita 1

harini salah seorang kawan, She's R ada sesi interview untuk kerja baru.
petang tu, via Whatsapp,

"how's your iv?"
"I've made it!"
"Alhamdulillah. memang rezeki kau lah tu."

*murah betul rezeki dia. me? patut rasa cemburu atau bersyukur dengan kejayaan dia?

kisah ni mengingatkan aku pada satu perbualan dengan kawan aku He's Y. tempoh hari dia turut merungut dah give up nak cari kerja.

"masalah sekarang aku tengok orang baik yang ditindas, orang jahat senang lenang. bukan tak percaya rezeki tapi itu kan realiti"

muhasabah 1

aku tak nafikan apa yang dia cakap ada betulnya. tapi kalau kita terus nak mencari dan dapatkan keadilan dari manusia, kita akan jadi gila. sebab?

sebab manusia susah nak bersifat adil. tapi, kita mesti ingat bahawa keadilan ALLAH itu pasti.
sebagai contoh dengan keadaan sekarang yang memang susah gila nak dapat kerja kan, then kita dapat tahu yang kawan kita senang senang dapat masuk sebab pakai orang dalam. mungkin kita akan mengagak konfem konfem la dia akan dapat job tu.


tapi. tapi. tapi dan tapi.
kalau korang betul betul berusaha, berdoa sungguh sungguh dan yakin, insya-ALLAH keadilan itu pasti ada. rezeki korang tu ALLAH memang dah tulis begitu. tak kisah la dorang pakai orang dalam ke, luar ke, tengah ke, hatta kerabat sekalipun.
yang penting, sentiasa BERSANGKA BAIK dan JANGAN DENGKI dengan rezeki orang lain.

cerita 2

She's T pulang dari kerja terus online group Whatsapp.
2 hari berturut turut keep whining benda yang sama.

"jelesnya dorang menang. masuk newspaper. masuk tv"

tak pasti sama ada dia betul betul cemburu atau saja saja je.

yang pasti aku turut terkesan. siapa tak cemburu tengok orang lain serba berjaya, tambah tambah lagi kawan sekelas kan? mesti ada sedikit rasa envious tu. cuma aku tak luahkan je depan She's T.

tapi seboleh mungkin aku cuba untuk mem'positifkan'kan minda. dan diri. dan hati.

muhasabah 2


rezeki manusia lain lain. cara diuji lain lain. maka sudah tentu cara penetapan rezeki juga lain lain.
mungkin si A berjaya sekarang ni kerana dia pernah bersusah dahulu. tapi kita tak pernah tahu. kita cuma nampak kejayaannya yang sekarang walhal dia juga pernah bersusah.

tapi mungkin bersusahnya itu lebih 'terdahulu' berbanding kita yang perlu bersusahnya sekarang. jika kita istiqamah, pasti kejayaan jugak yang bakal kita genggam. kalau pun bukan kejayaan yang sama dengan mereka, asalkan ia tetap dipandang baik di sisi Allah. itu lebih bermakna.

Wednesday, August 13, 2014

menunggu yang tidak pasti.

Assalamu'alaikum

Hari ni masuk hari ke-10 aku berada di negeri orang.
Kali ini negeri Selangor pulak yang menjadi pilihan. Ewah. Dah macam nak pergi melancong pulak.
Nampaknya tahun ni kalau ada award untuk perantau, akulah pemenangnya. Yeay or nay? 

Takda nak melancong sangat pun. Datang jauh jauh dari kampung pedalaman nun jauh di sana, mestilah diiringi tujuan kan? Tak lain tak bukan mestilah datang untuk interview kerja. Ada berbagai kisah di sebalik aku apply macam macam kerja. Korang pun tahu kan sekarang bukan senang nak dapat kerja.

Most of the jobs that I already applied, adalah kat Jobstreet la. Tapi aku taknak cerita pasal tu, aku nak cerita pasal interview ni.

Ini adalah first interview yang aku dapat and betul betul kena dengan course aku. So, memang aku excited gila gila tahap gaban you'all. Tahu je la kan super excitednya macam mana. Tapi tu kan baru interview? Ya. aku sangatlah excited even tu hanyalah baru interview. NOOB sebentar. sobsobsob.

Aku dapat offer tu dari Jobstreet via phone. Masa tu hari raya ke 3 kalau tak salah. Tapi interview tu seminggu lagi dari tarikh yang company tu invite. Alhamdulillah. So, aku adalah masa nak contact kawan mana yang kerja area situ and berhasrat nak menumpang kasih buat seketika. Gitu.

After siap segala persiapan aku pun berangkatlah dalam hari Isnin, iv aku hari Khamis berikutnya. Gila awal kau. Semangat tu mau ada. Hahah!
Tapi di sebalik awal aku pun, kira berbaloi jugak sebab aku nak kena shopping kasut pulak sebab kasut bertutup me non hado~
After borong Mydin USJ sana, rasa memang dah berpuas hati, kasut pun di beli.


Then, hari Khamis, dup dap dup dap jantung ini memainkan irama tidak menentu. Eh kau ni, sebelum ni relaks relaks sahaja. Apsal kau hari ni?

Nak di jadikan cerita, kasut yang aku baru beli tu boleh pulak longgar. Memang konfem konfem lah tak selesa kau nak jalan. Berbaju kurung ayu bagai dah. Mai tang kasut, boleh dok naya aku. Time tme ni la nak jadinya.
Takpa takpa, cover la i kan jalan macam orang tempang.

Sampai je dekat company tu kena masuk bilik meeting menunggu interviewer datang. Sebelum tu, masuk la seorang demi seorang candidate. Sudah, makin ramai pulak yang masuk ni. Berapa ramai yang nak interview ni? My jantung ni toksah dok cerita la. Rasa time tu macam duduk kat kutub utara pun ada. Sejuk gila!
Tapi, actually candidate semua 9 orang saja. hahaha!

Then dalam pukul 1015 am, kakak receptionist datang inform interview start 1030 am sebab interview baru sampai. Jalan jammed. So, kitorang pun tunggu la lagi dok menanti giliran.Aku cuba tenangkan hati aku ni seboleh mungkin. Takpa, habis interview ni, lega lah rasa. Tunggu dorang call offer ke tak. At least aku dah cuba. be positive my litle cutey girl~ yeah!

Disebabkan aku orang ke 2 sampai awal, so aku akan masuk dulu dengan first and third candidates. Alhamdulillah. Nasib baik semua pompuan. Takda la nebes sangat. Pheww~

Then after habis je interview, terus interviewer tu cakap,

"Okay, you'll get notified about the SECOND interview by next week"

Pehtu, kami bertiga yang comel berpakaian skema ini kelihatan terpinga pinga sebentar sambil mata dikelip kelipkan berulang kali.

"What do you mean by SECOND interview?"

"Actually there will be first and second interview. Then, if you passed those interviews, you will have one TEST for a week before you are confirmed to be our permanent staff."

Ok. fine.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Iv tu Khamis minggu lepas. Masih tinggal esok atau lusa untuk menanti email.
By now, duduk la aku bergolek kat bilik kawan aku ni. Untuk apa aku pun tak tahu. Untuk benda yang berbaloi atau pun tak, aku pun tak pasti.

*mohon dipermudahkan segala. hamba-Mu berserah. sobsobsob